Friday, October 30, 2009

C.U.C.I (bukan The Musical)




(bukan Satria aku, tapi keadaan dah lebih kuang)



Cam nak marah, tapi kesian.

Pagi tadi, aku bangun awal sikit. Cadangnya sebelum gi keje nak isi minyak keta kat Petronas. Skali nak withdraw duit kat ATM. Tau-tau je la, orang sibuk nak gi keje, malas nak beratur kat petrol station.

Sampai je kat pam, park keta...kuar-kuar je dah ada sorang brader Bangla greet aku, "Selamat Pagi", aku pun balas, "Pagi..."

Mulut gatal pulak request mintak lap cermin keta, sebab berdebu.

"Bang, tolong kasi lap..." sambil tunjuk pada cermin.

"Ok!", jawab dia ringkas.

Aku pun berjalan ke kaunter, nak bayar minyak. Ramai pulak orang kat kaunter. Beratur.

Habis bayar, aku pusing balik ke keta...sambil ternganga... gaga....

Keta aku abis basah di basuhnya dek brader Bangla tu...

Ringan je mulut aku... "Bang, cermin je....!"

"Ok...Ok..." sambil basuh pulak bahagian belakang keta pulak, siap bersiul-siul lagi.

Dalam hati aku, "Ni paham ke tak paham ni?"

Pastu aku dah tak tegur dah...terus capai nozzle, isi tangki kasi penuh....sambil mata aku dok pandang ngan mata berapi kat brader tu yang dengan gembiranya memandikan keta aku...

Kalau basuh siap lap takpe, ni cam baru pas kena simbah air.

"Ok bos, siap!", ngan wajah gembira kerana misinya mengelap keta aku berjaya.

Aku?

Cuma mampu... T_T

Nak marah, tapi kesian...

Sampai opis, keta aku tak ubah cam kobau kuar bendang...

-------------------------------

Teringat adegan dalam filem 'Dunia Baru...The Movie' ngan dialog popular Bangla stesen Petronas:

"10? 20? 30?" (bape mau isi?).

Satu-satunya dialog yang dia tau.


Wednesday, October 28, 2009

Hati HITAM




Permaisuri: "Beritahu Beta, racun apakah yang paling ampuh...paling berkesan...untuk membunuh dalam diam?"

Tabib: "HATI."

--------------------------------------------------------

Petikan dari filem "The Banquet" arahan Feng Xiaogang, adaptasi dari karya agung "Hamlet" oleh Shakespeare.

Dialog dari filem paling berkesan pernah aku tonton.


Thursday, October 22, 2009

Jangan TOMOI kan aku!


Sawadikaap!


Malam tadi sorang kawan SMS aku, tanya tentang job scope Copywriter...nak gi interview katanya.

Sha: Tolong aku bro, aku cuak gile ni! Copywriter tu menatang ape?

Aku: Aik, ko apply tapi tak tau?

Sha: Aku bantai je...hehe

Aku: Kije Penulis Iklan. Copy, proofread, edit, etc. dan yang sewaktu ngannye.

Sha: Susah tak? Aku bukannye jenis kreatif nih...

Aku: Alah, goreng je. Aku pun bukannye tiba-tiba reti. Amik masa utk blaja & improve, ok.

Sha: Risau aku ni, tak tau nak gi ke tak.

Aku: Baik ko pegi. Kalo nak kira rugi, lagi rugi kalo ko tak try. Tak dapat takpe, janji ko try. At least ko puas hati. Kalo dapat, Alhamdulillah.... (ikut stail iklan Bio-Aura)

Sha: Betol gak tu. Nasib baik ada ko. Lega sket. I lap U la man... (puji gaya hip hop tuh....haha)

Aku: (Terharu + Terkedu!) Dalam hati, "Gile minah ni, lap u lap u kat SMS. Kalo laki dia tau ni, mati aku kena kuntau!"

Dalam otak aku, dah terbayang...camne badan aku melayang kena silat kuntau @ tomoi ala-ala adegan Ong Bak...versi slow-motion....sambil tersembur2 air lur...

-------------------------

Nota: Fobia berulang...dulu aku pernah kena sound ngan balak seseorang...sebab SMS tetengah malam...





Tuesday, October 20, 2009

Bila Cermin Dah Tak Reliable Lagi...



"Ahh...Sheddap yuuu!" - kata Norkiah Gebu si penyanyi kabaret kepada jirannya Cikgu Sya'ari.


Norkiah Gebu memang suka bershopping. Beli itu dan ini. Walau almari kat bilik dah tambah 3, tu tak termasuk 2 lagi yang terpaksa di pindah ke dapur sebab tak cukup ruang, yang semuanya dah hampir terburai isi perut, hampir terbelahak, masih gak nak cari baju-baju yang baru. Fikirnya, dengan baju yang sesuai, mampu menyerlahkan kemontokkan tubuh badannya.

Tang tukar-tukar pakaian mmg hobi no. 1 si Norkiah Gebu. Bila terasa diri dah hilang montok, hilang aura di body, dia pun apa lagi...pegi le shopping lagi dan lagi.

"Cis...baru je aku beli baju ni, dah tak lawa dah. Dah tak sendat cam dulu. Dah tak seksi dah aku! Aku tak lawa ni memang sebab baju la ni, takde lain!" Marah Norkiah Gebu sambil mencampakkan beberapa helai pakaian ke dalam baldi dengan label, 'Boleh Jalan Daa...'

"Takpe la, aku ada duit, senang-senang boleh shopping lagi, cari baju yang lagi bagus...lagi mantap...lagi sendat...lagi meletop," sambil tersenyum ala-ala kambing Cik Nab si jiran sebelah.

Masalah Norkiah Gebu cuma satu, walau cermin bersepah-sepah kat rumah, bila tengok cermin, baju gak yang disumpah-seranah. Padahal Norkiah Gebu tak pernah nak ngaku...daging di perut dan pinggul akan nampak terbih-lebih bila tiap kali di sarung baju...

"Hampeh betul kebaya ni, baru je aku beli.....ni terpaksa la aku shopping lagi ni. Takpe, aku ada duit, senang je cari ganti....", komplen-komplen Norkiah Gebu dengan senang hati sambil buang lagi baju dalam baldi.

Entah bila Norkiah Gebu nak sedar, baju lazimnya dibuat dengan ukuran. Bila baju dah tak mampu nak tampung, patutnya Norkiah Gebu kena check sendiri punya body. Tak pasal-pasal baju yang kena caci...

Mungkin kali ni Norkiah Gebu kena beli cermin pulak satu lagi...kali ni jenis yang boleh bercakap...baru dia sedar diri...

Friday, October 16, 2009

Warna.NEUTRAL



Lama tak update...'sesat dalam masa' jap.

Pejam celik raya dah nak abis...sok pun dah Deepavali... "Deepavali Vethekel" buat kawan aku Vick, jiran aku Mary, tukang gunting rambut aku Vic, cleaner2 kat apartment aku dan sewaktu ngannya...

Yang pasti, aku rindu Ramadhan...ada banyak perkara yang berlaku buat aku rasa cam cepatnya masa berlalu...hikmah pun banyak...

Satu yang aku tak boleh lupa...insiden di KLCC...

"You puasa kan?", tanya sorang lelaki bangsa Cina yang amik seat kat pangkin depan ISETAN. Mungkin dia nampak aku pegang tin NESACFE + ban sardin dan tak jamah2 lagi.

"Ya, saya puasa," jawab aku ringkas. Aku senyum, dia pun balas senyum. Dia duduk sebelah aku ngan isteri + baby dalam stroller. Aku perasan dia kuarkan bekal dari dalam beg. Kemudian dia duduk dan sembang ngan aku. Nama dia Wong.

"Kenapa you tak makan lagi?", aku tanya sebab tengok dia pegang je bekas makanan tu.

"Takpela, you kan puasa," dia jawab sambil senyum lagi.

".....", aku pause sekejap.

"Eh, takpe...please enjoy your food, I tak kisah," aku suruh dia makan gak, sebab tempat tu pun tempat awam. Dan aku pun takdela kisah sangat orang makan depan aku. Tak terliur pun.

"Its ok, kejap lagi dah azan kan?", jawapan + soalan yang rasional dan ringkas.

Soalan ringkas tu buat aku tergamam sekejap. Rase sejuk je dengar. Aku cuma senyum, dan jawab... "Ya."

Kami sembang sekejap, menurut Wong dia dengan family dari Ipoh, tengah bercuti di KL. Kemudian, aku tengok dekat pangkin berhadapan aku satu couple Melayu dah pun teguk air. So, aku tawakkal je la waktu Maghrib dah masuk.

Baca doa dan bismillah, aku jamah ban sardin 80 sen aku. "Makanlah Wong, dah masuk waktu," aku mempelawa.

"Oo, thanks," sambil dia dan isteri buka bekal makanan diorang.

"You mahu?", Wong menghulurkan sandwich. "Jangan risau, ni halal," cuba memujuk aku.

Aku senyum lagi...

Kejadian tu buat aku sedar betapa beruntungnya dapat hidup dalam negara yang aman camni. Banyak perbezaan dalam komuniti, tapi bila kita bertoleransi dan saling memahami, jurang perbezaan tak susah untuk dirapatkan. Ramadhan kali ni mengajar aku bahawa dunia ni bukan hanya ada "aku", tapi ada "kita"...sama-sama kekurangan, sama-sama tak sempurna...

Bak kata Jerry MacGuire, dengan adanya kamu, "YOU COMPLETE ME..."

Wednesday, October 7, 2009

Tragedi BALIK RAYA



Excited nak raya punya pasal, aku ni jenis yg suka berkemas last minute. Jadiknye malam sebelum balik kampung, aku ditimbuni baju untuk dipacking dalam beg. Duit raye anak-anak buah aku siap-siap packing skali, letak dalam beg kamera...takut lupa. Mercun, aku tak beli walaupun sibuk di remind dek anak sedara aku si kecit Hariri (6 tahun)...

"Pak Chu, adik puasa penuh tau...cuma satu hari je adik puasa sampai tengahari, sebab kecur tengok Akim (kawan dia) makan eskrem. Adik nak hadiah mercun tau!!!" (Cam bergaung kat tinge aku bile dengor)

Siap berkemas, layan pulak drama raya kat TV...gelak terbarai depan TV sampai le lewat malam...pastu TV yang tengok aku. Aku memang camtu, kalo malam sebelum nak travel, memang mata liat sikit nak lelap...tapi bila dah lelap, bangunnya susah yang amat.

Kalau berjalan jauh, aku memang suka gerak sebelum Subuh. Syok drive sejuk-sejuk, pastu bleh tengok matahari terbit. Whoa...tangkap nganga.....

Semangat gila pagi-pagi buta dah mandi....brrrr..pakai cologne, wangi seh...ehehhehee... Sumenye berlangsung dalam keadaan mata yang separuh lalok dalam bilik yg agak gelap (bilik aku lampu kalimantang dah lame tak menyala..starter kot). Gile ensem (perasaan aku je...wakakakakaa). Ikut plan, bangun kul 3 pagi, siap-siap mandi, start enjin keta...bedesup sahur kat McD Sg. Besi. 

Sampai McD, panjang gile line...perghhh...aku beratur ngan penuh sabar dan perasan ensem...haha...

Sorang-sorang lepas line...dalam menunggu (sambil cuak tengok jam takut Imsak dah dekat!) aku perasan cam ada orang dok ushar aku...kembang sekejap....ewah... Tiba-tiba aku menangkap satu statement yg mampu buat aku commit Kamikaze kat situ gak...

Dak Kecit: "Ibu, ibu...nape abang tu pakai baju TERBALIK?!"
Mak dia: "Shhhhhhh!" (Marah-marah gelak)

Aku: T_T (rase cam ada keta kebal terbalik timpa aku)




Thursday, October 1, 2009

ain.itu.MATA



Ada orang tanya, 'malu' letaknya di mana? 

Jawab aku, "Di muka. Sebab bila malu, kita selalunya cuba untuk selindungkan muka. Kalau muka yang putih melepak, bila malu, merah padam jawabnya. Kalau tengok berita kat TV contohnya, kes-kes jenayah & mahkamah, tertuduh akan cuba macam-macam cara untuk tutup muka dari ditangkap lensa kamera".

Dari mana pula datangnya 'cinta'?

Jawab aku, "Dari MATA...turun ke bibir (senyuman), kemudian jatuh ke HATI..."

---------------------------

Ya. Aku mudah tewas dek sorotan MATA...dan SENYUMAN...

Sebenarnya tiada jawapan betul atau salah, kerana CINTA.KASIH.SAYANG itu subjektif dan sukar ditafsirkan...