Wednesday, January 27, 2010

TRANSPARENT




Kelmarin, seorang kenalan menemui saya, katanya....


Saya nampak gambar-gambar high-school kita satu kelas dulu di posting dalam Facebook oleh seorang kawan. Semua nama di tag, termasuk yang takde akaun Facebook...kecuali awak. 


Saya terdiam sekejap....kemudian saya jawab:


Penting sangat ke saya? Tanpa saya sekalipun, dunia tetap berjalan dengan keseimbangan alam serta ekosistemnya yang terancang dan teratur tanpa cela atau gangguan. Segala-galanya mengikut aturan yang ditetapkan oleh Tuhan. (cuba menjawab menggunakan skema jawapan subjek Alam & Manusia Darjah 4)


------------------------------------------------------


Entah kenapa, saya sebenarnya lebih gemar jadik sang anonimus, berbanding dikenali ramai. Jadi persoalan seperti itu, saya tidak ambil pusing sangat. Dikenali dalam blog ni tanpa rupa pun sudah lebih dari cukup. Saya tidak bimbang dilihat 'transparent' di hadapan manusia, saya lebih bimbang dan takut jika tidak dikenali-NYA.

Thursday, January 21, 2010

BAGASI sampai






Aku terima LAGEJ hari ni. Sudah sampai ke tangan. Bos aku yang menerima bungkusan dari Penghantar Courier mengancam nak bukak depan semua staff. Aku cakap, "Uiks...bos, jangan....segan...hehe."


Akhirnya terbocor jugak rahisa, satu office datang kerumun. Aku beli lebih, untuk simpanan sendiri. Buat kenang-kenangan. Personal archive. Ada yang tumpang baca. Ada yang terkedu baca cerIta pertama aku. Tengkiu. Ada gak yang baru tau akulah tuan punya blog JSA (kini ONOMATOPOIEA). Seperti kata KEJORA dalam entri terbaru dia mengenai LAGEJ, "terasa cam selebriti". HEHE.


Susah nak gambarkan perasaan. Gembira. Suspense. Terharu. Paling seronok....terasa dihargai. Macam mimpi (tolong cubit-cubit manja pipi aku! hoho).


Lebih-lebih lagi kata pengantarnya oleh Sinaganaga dari Sindiket Sol-Jah yang super-hebat! 


Mana pernah aku terfikir, ada buku yang memuatkan hasil karya aku & 13 blogger lain. Terutama sekali karya spontan. Semuanya dari blog, satu medium yang dulunya aku rase macam tak relevan. Agak malas nak menulis. Segalanya berubah bila aku baca KOSMO tentang seorang pelukis. Kisahnya dalam satu artikel membuatkan aku berfikir sejenak, apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup. Yang membuatkan aku kagum adalah, bagaimana individu semuda beliau punya fikiran dan kreativiti yang jauh kehadapan... Kalau beliau membaca ini, aku ingin memberitahu bahawa, kisahnya yang bergelumang dengan pallete warna dan kanvas mengubah aku menjadi seorang manusia yang punya hala tujuan, punya matlamat dan impian. Maka terciptalah Jurnal Sang Arian


Bermula dengan menulis sekadar suka-suka, entah dari mana makin lama bertambah pembaca yang aku tak kenal. Tapi terasa rapatnya ukhuwah. Lagi rapat dari kawan-kawan yang aku kenal sejak dari sekolah rendah. Seronok membaca komentar-komentar yang ditulis. Hinggalah akhirnya, saudara Firol singgah di blog aku yang kerdil. Maka, terhasillah... LAGEJ. 


Terima kasih buat saudara Firol, Soltura dan semua yang terlibat...mengangkat titah Arian ke medium koran. Buat pembaca-pembaca dan rakan-rakan blog, aku ingin ucap jutaan terima kasih kepada kalian yang sudi membaca dan mendengar tatkala 'onomatopoiea' aku bertitah. 


InsyaAllah, jari-jemari aku akan terus menarikan rentak lagu-lagu indah.


SYUKRAN JAZILAN KATHIRA  :)

Wednesday, January 20, 2010

Surreal Kebab...Kebabom




Minggu lepas, housemate aku outstesen. Nak tgk TV sorang-sorang kat rumah pun boring. Takde member gelak. Dahle siaran cuma TV1, TV2, TV3, 8TV ngan TV9 (tu pun rabun-rabun ayam). NTV7...haram. ASTRO tak mampu. Jadinye Ahad, aku mengusung kamera ke KLCC.








Jalan-jalan sepanjang hari. Harap-harap ada  subjek menarik untuk di 'snap'. Hampa. Sejurus menjejakkan kaki ke taman, hujan turun dengan lebat. No outdoor shooting la gamaknye. Kebetulan baru pas nonton 'AVATAR' yang best tahap gaban...visual bikin nganga... Semangat nak shoot gambo taman la kononnya.









Kerna hampa, aku membuat U-TURN ke Food Court. Kebetulan perut berbunyik, mintak diisi. Aku teringin nak makan spageti kat Kyros. Sambil terbayang setompok mi itali ditabur cebisan daging ayam enak, sambil tu gak terbayang AVATAR. Mi itali. Avatar. Kyros Kebab. Mi itali. Avatar. Kyros Kebab.


Berjalan ke Kyros, aku menghampiri kaunter sambil mata tertumpu ke arah gambo mi enak di menu dinding.


"Kak, KEBAB satu...chicken," order dengan lancar selesa tanpa toma'ninah, sambil menjilat bibir tanda tak sabo.


Makanan sampai.... "KEBAB..??? Adoyaiii...." (bukan penggemar tegar)


Silap order. Sememangnya aku membayangkan spageti, tapi aku terorder kebab. Nak kensel tak boleh. Sebab bukan silap waiter. Silap aku.


Arghhh....ujung minggu yang sengal. Dah le terbaca sokkabo semalam! 


Semuanya gara-gara SURREALnye Avatar...



Monday, January 18, 2010

MANIS Akan PAHIT Akhirnya




Ahad kelmarin aku ke bank. Buat pengeluaran wang dari mesin ATM. Selesai memasukkan wang ke dalam dompet, aku menuju ke pintu lantas terlihat setimbun akhbar Malay Mail dengan panel kecil bertulis, "PERCUMA. Sila ambil satu."


Aku gembira. "Yahuuu...dapat paper free...takyah beli!"


Aku menuju ke kedai makan berdekatan. Jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari. Perut sudah berlagu hip-hop...'kreok kreok'. Aku memesan makanan, duduk di kerusi sambil khusyuk membaca akhbar sementara menunggu makanan tiba. 


Macam-macam reaksi aku bila baca akhbar hari tu. Kagum. Takjub. Hairan. Akhirnya....KONFIUS.


Konfius bila tengok pakcik yang duduk meja depan aku baca akhbar yang sama dengan rupa berbeza. Aku membalikkan akhbar, terus ke muka hadapan. 


Lihat tarikh.
.
.
.
.


"Cheisss....sokkabo semalam!!!"



Friday, January 15, 2010

Silap # Rumah?




Tidak...aku belum berhijrah....masih rumah yang lama, alamat yang sama...


Cuma cat je kaler lain...


Bagi peluang kat En. Kodok Ijau rileks panjang pas 6 bulan duduk menongkat dagu...jadik model tak berbayor blog aku... Kompem punggung kematu... HOHO...


Kenapa ONOMATOPOIEA ...bertitah?


Kerana setiap segala sesuatu di muka bumi Tuhan ni, hatta di segenap cakerawala yang luas ni, pasti ada derap bunyi yang tertentu, semuanya unik dan berdifinisi... Maka titah aku, hanya pada 'onomatopoiea' yang aku kongsi & terjemahkan untuk kamu semua dengar...


Maka....dengarlah.... 


Onomatopoiea ku bertitah....





Tuesday, January 12, 2010

Tragedi Si Badut Sarkas

AMARAN: Awas entry panjang! baca hanya bila anda FREE & dalam keadaan STABIL!




Citer betul ni berlaku tahun 2006 tak silap.


Oleh kerana krisis kewangan yang melanda segenap pelosok dunia, 'bahangnya' terasa gak kat aku ngan kengkawan. Gaji opis mane cukup. Maggi dah hari-hari aku bedal. Tu yg kepala aku ada sikit botak...tapi skang aku tgh dalam proses menambah rambut. Ntah, tonik jenama ape pun aku tak pasti. Yang pasti bukan jenama BAWANG. (nape diorg tak guna nama lain, Kunyit ke, Tomato, hatta Lada Benggala sekalipun, aku pun takleh nak elaborate)


"Samad, camne kita ni? Makan pun megi hari-hari...."


"Ntah la Zal....aku pun tak tau....bila la bos nak naikkan gaji....keje hari2 cam nak mati", balas Samad menampakkan ke'stress'annya....


Kebetulan, dalam minggu tu, aku dan Samad di in-charge untuk satu event. Sambil event berlangsung, datang lah dua orang ni, sorang laki, sorang pompuan. Yang pompuan bawak fail, ala-ala kepit kat ketiak. Yang lelaki bawak kamera besau (yang buat shoot filem).


"Eskius me, I dari tadi tenggokkan U all... This is my card", kata si pompuan.


Kat kad tu tertera nama syarikat pengiklanan media, serta nama dan jawatan. "Talent Scout / Recruiter". Kitorang yang bodoh-bodoh alang ni, makin le konpius.


"Err...kami cari talent. Untuk iklan. Cari bakat"


"Oooo....", hilang kerut kat dahi aku ngan Samad.


"Kitorang tengah cari talent untuk iklan baru CIMB. Korang nak try tak?"


Samad tengok aku, aku tengok Samad. Tahan gelak...huff...huff.


Dalam hati, "kitorang jadik model? wakakakakakakakaa....sehat ke makcik nih?"


"Why? Korang tak berminat ke?", tanya pompuan tu tengok kitorang berperangai pelik.


"Err...bukan... Masalahnya, U tengok kitorang ni, ada rupa jadik model iklan ke?", sambil sekali lagi tahan gelak.


"Bukan nak kata korang perfect, tapi try je la, why not!", pujuk pompuan tu lagi. Laki sebelah dia tu plak, time tu rasenya cam dah nak hempuk kitorang ngan kamera besau dia.


"By the way, payment dia tinggi tau!", pujukan maut, dengan mata yang bersinar-sinar.


"Mahal?", pling......mata kitorang plak bersinar-sinar, dengan simbol duit... ka ching!!!


Aku ngan Samad dah terbayang macam-macam.... "Whoaaaaaaa....."


"Err...bolehlah!", direct, terus setuju dua-dua mangkuk nih. Dalam hati, "Yahuuuu...no more Megi!"


"Great! Tapi kena casting dululah", balas si pompuan.


"Orait! Bila tuh?", tanya Samad.


"Sekarang la, kat sini...", jawab laki kamera besau tuh.


"Uiksss....", dua-dua terkedu.


Sesi casting berlangsung, ngan Samad ngan aku masing-masing rase nak terkucil. Dah la depan-depan ramai orang. Gile malu. Ni mau gi kije pakai topeng nih.


Mula-mula turn aku.


Director bagi arahan. "Situasi dia camni, imagine diri U sorang arkitek. U tengah scan area untuk tapak projek.  Guna tangan U untuk tunjuk cam korang tengah scan area, camni (angkat dua-dua tangan ke depan, buat bentuk kotak ngan ibu jari dan jari telunjuk). Pastu korang bergerak perlahan, menujuk ke kereta. Paham tak?"


"Paham Encik", mase ni jantung aku dah nak meletup.


"3, 2, 1.....action!"


Aku pun mula beraksi. Buat gaya tengah scan ala-ala slow motion. Tiba-tiba.... "Oii, apa kangkang-kangkang tuh?", sergah Director.


"Err...saya amik feel Encik!", balas aku.


"Itu bukan amik feel....itu over-acting!", sergah Director lagi kuat, sambil orang keliling dok gelak kat aku. Aku cuba cari tong sampah beso terdekat, cadangnya nak tutup muka, tapi tak jumpa.


"Ok, CUT!", kata Director.


Dari jauh aku dah nampak Samad gelakkan aku tahap gaban.


"Ok, NEXT!! U pulak....", jawab Director sambil tunjuk pada Samad.


Samad yang tadi dok gelakkan aku tak ingat, mula diselubungi aura gabra.


"Amik position. 3,2,1...Action!!", jerit Director.


Samad dengan gaya jejaka machonye, terus melangkah hebat. Mula-mula buat adegan scan. 


"Excellent!", komen Director puas hati.


Aku yang dengo sedikit jaki. Takpe, tak abis lagi...tunggu...tunggu.... Samad pun mula ke adegan kedua. Adegan naik kereta. 


Dia berjalan ngan bergaya, menuju ke kereta (eksen je, ketanya takde). Ngan gaya slow motion, mengangkat tangan kanan paras pinggang, kemudian jarinya seolah-olah menekan sesuatu. Masa ni Director dah garu kepala.


Samad continue. Kemudian tangan kanannya yang tadi seolah-oleh menekan, kemudiannya dikedepankan sedikit. Pergelangan tangan dipusing ke kanan.


Director makin pening kepala. Kemudian, Samad meneruskan aksinya, ala-ala model iklan Dashing. Tangan kanan tadi ditarik ke belakang. Kemudian dia membuat aksi separa duduk. Tangan kiri di angkat tinggi ke atas, sambil membetul-betulkan sesuatu.


Samad senyum, seolah-olah model iklan Sensodyne. Menampakkan barisan giginya yang sedikit rongak di kiri.


"CUTTTT!", laung Director.


"Boleh jelaskan, apa yang kamu buat tadi. Dari mula sampai abis", arah Director.


"Ooo...tadi tu....mula-mula saya unlock keta ngan remote alarm. Pastu saya bukak pintu, duduk.....hidupkan enjin dan betulkan cermin keta...." jawab Samad penuh konfiden dan selamba.


Jawapan Samad yang konfiden tu disambut dengan hilaian ketawa orang ramai yang lalu-lalang. 


"WAKAKAKAAKAKAKAKAKA".


Encik Director mase ni dah menangis, tahan gelak....ngan muka merah padam. Aku hampir-hampir jumpa tong sampah besau, sikit lagi nak tutup muka, sakit perut...crammed, tahan gelak.


"Saya tak suruh masuk keta, betulkan cermin sume...saya cuma suh kamu gi ke kereta je..." komen Director.


"Ini dah bukan over-acting...ni over-dose namanye!" sambung Director lagi menambah malu di hati Samad. Sekali lagi disambut gelak terbarai orang ramai yang datang menyibuk.


Samad melangkah longlai....amik tempat sebelah aku, ngan muka merah padam, hampir-hampir nak jotos kepala aku yang mase tu tengah tekap mulut ngan tangan...huff...huff. "Cantik keta ko Samad? Ferrarri ke? Ikekekekeekekeke..." saje nyakat member.


Kemudian pompuan tadi datang semula kat kami.


"Ok guys, thank you for your participation...nanti kitorang akan call you kalau selected," jawab pompuan tu sambil senyum.


................................


Sebulan berlalu. Aku ngan Samad pun dah lupekan peristiwa ngeri tu. Satu hari, mase tonton TV kat kedai mamak. Mata aku ngan Samad terpaku. Tonton iklan CIMB yang feature Dato' Nicol David.


Samad pandang aku, aku pandang Samad. "Apakah....."


Kitorang berdebar-debar tunggu adegan yang dimaksudkan.


Kelihatan sorang lelaki, sedang berdiri di tanah lapang. Si lelaki megangkat tangan, membuat gaya sedang scan kawasan ala-ala seorang arkitek. Dua saat. Kemudian bertukar adegan. Adegan pakcik nelayan menangkap ikan ngan machonye.


Senyap.


Aku ngan Samad saling memandang. "Aik...tu je? Dua saat", komen aku sedikit bengang.


Samad balas, "Siot.....penat-penat aku buat gaya ala-ala model DASHING.... manenye adegan naik keta??? Mana? Mana?"


"Hmm...nasib baik tak terpilih...buat malu je....setakat dua saat...apa barang?" kata Samad meng'cover' kekecewaan di hati.


Dalam hati aku. "Perghhhh....nyesal aku jadik cam badut sarkis aritu...tobat...tobat...."


Ironinya, hari ni...aku jadik penulis iklan. Err...ada sape-sape nak jadik mangsa aku? Dah lame aku tunggu nak balas dendam. Ngeh ngeh ngeh..... (kuar tanduk!) 

 


IKLAN YANG DIGEMBAR-GEMBURKAN. DEPA DAH "POTONG" ADEGAN TUH....WAHAHAHAHAHAHAHA...PUEH HATI PAKCIK.

Monday, January 11, 2010

X - ROBOT

"Dong...3x" (bunyi pintu diketuk)
.........
"Dong...3x" (lagi sekali)
.........


(senyap)


"Dong...3x" kali ni disertai suara.... "Haloo...ada orang ka?"


(dalam hati) "Adoiyaii...kacau tol la...."
.
.
.
.


Selepas 4 minit....pintu dibuka...


"Haiyaaaa...mana lu pergi? Tido ka?.... Wa ketuk macam nak tercabut pintu wor..."


"I mandi la Ms. Tan. Mau collect sewa rumah ka?"


"Ya la....abis tu...!"


Masuk ke dalam.....kemudian keluar semula.


"Nah...cukup tak?"


"Sikijap ar....(kira duit)... ok, cukup....tengkiu ar...." mula berjalan, berhenti...pusing semula.... "Eh, apasal mata u merah?"


"Aik...mana ada.....err, habuk kot"


"Haiyaaa...ini olang ar, lagi mau tipu gua ka....hahahaha" ...gelak kaya sambil menuju ke kereta.
.
.
.


"Cheis....ketawakan aku...."






* KALAU TAK PERNAH KEHILANGAN, KO TAKKAN PAHAM.

Friday, January 8, 2010

Jahil -vs- Biadap




Solat Jumaat hari ini, walaupun khutbahnya sedap didengar, fikiran aku diganggu perkara yang tak sepatutnya.


- Sebelum solat, aku masuk ke toilet...barisan panjang....semuanya orang dewasa. Tak semena-mena seorang budak belasan tahun menonong masuk dan memotong barisan lalu terus masuk ke satu tandas yang kosong.  "Biadap!" (terpacul dari dalam hati aku, tapi tak terluah). Kami yang beratur saling pandang memandang antara satu sama lain, sambil geleng kepala.


Aku masuk ke dewan solat. Khutbah dah bermula. 


- Di sebelah aku, sebaris kanak-kanak sekolah tahfiz duduk khusyuk mendengar khutbah. Ironinya, di depan aku pulak, dua orang dewasa tengah bersembang-sembang, sambil yang seorang lagi tengah membalas SMS atau mungkin juga sedang bermain permainan JAVA! Sedangkan satu perkataan bakal meluputkan seluruh pahala Jumaat. "Jahilnye!" (terpacul dari dalam hati, tapi tak terluah). 


Habis solat, di sepanjang jalan menuju ke kereta di fikiran aku masih berlegar-legar tentang kejadian tadi. Aku bukanlah alim sangat, tapi sebagai orang Melayu, ada satu pepatah yang tak pernah aku lupa...


"Bila bapak kencing berdiri, anak kencing berlari...."


Ada benarnya juga...

Thursday, January 7, 2010

Sleepyhead




Munge api malam raya, bukan malam new year...




Malam tadi, sambil menconteng-conteng ngan MS Word dalam laptop, aku amik bantal...sambil tonton tv.


Waktu tu pukul 11...ada satu rancangan talk-show kat TV, Apek host dia. Layan je la...kije aku pun byk tak siap lagi. Biasanya kalau aku buat kerja depan TV, kerja aku tak pernah siap. Ada la 2- baris ayat je yang aku buat. Buat sedap kan hati...HOHO


Apek interview 3 orang artis muda.


Bell Ngasri, Mila Wazzup & Farah Breep-Breep.


Soalan terakhir sebelum program tamat. Apek tanya soalan cepugangsa....


Apek: Biasanya sebelum tido, apa korang buat?


Bell: Ooo...saya biasanya, baring sambil goyang-goyang kaki...goyang...goyang sampai tertido...


Apek: O gitu...cam helikopter la plak ye...


Mila: Mila pulak, biasanya Mila baca novel...baca...baca...sampai tido. Kalu tak tido gak, Mila berangan je...


Apek: Kisahnye... Hah, Farah plak camne?


Farah: Ooo... Farah biasanye sebelum tido, Farah akan baca DOA.....


Sentap. Dalam hati aku..... "Perghhhh....makan dalam...". Aku dapat rasakan Bell + Mila mesti terasa cam ditampar malaikat...hoho. Maka, aku pun masuk bilik sambil baca doa sebelum tido....


Ngorok lagi best....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Wednesday, January 6, 2010

RABUN








Sesi sembang santai antara sorang mak yang sporting dan anak lelakinya yang agak poyo.


Anak: Err mak, mata Usu ni ada member kata cam nampak ada selaput ar.
Mak: Iye ke??? Uii...bahaya tuh...gi check dokter! Kang melarat...abih putih mata itam sume... Buta kang, sape susah? 
Anak: Adoyaii...tu yang cuak tu mak. Member kata, kalu gi dokter mungkin kena operate...tak bius plak tuh... Dia operate masa kita tengah celik.....perghhhh...tak sanggup...
Mak: Alah...sekali je operate, rilek la....tahan je...cam kena gigit semut...


Esoknya, sebelum balik ke KL, si anak bersalam sambil mencium tangan ibunya...kebetulan dia memandang tepat ke mata si ibu...


Anak: Aik....mak, jap mak....
Mak: Apa dia...emo ke? HEHE... Tak pernah-pernah emo nak balik KL....
Anak: Err...dok aih...tu, mata mak pun ada selaput le, lagi banyak....kena check dokter gak nih...jom!


Mak: Aisehmen... Bior betol? Err, takdela kot.... Hmm, agaknya tak bahaya la tu, kalau ko ada, mak pun ada, mesti ramai lagi orang pun ada gak... Tak bahaya la tu maknanye...
Anak: Aik, semalam kata cam kena gigit semut je...jom le! Kikikikikikiki....
Mak: Ha'ah iye...memang cam semut... SEMUT GIANT!


WAKAKAKAKAKAKAKAKAKA.....