Tuesday, February 23, 2010

Nurture au Nature...


Petikan dari KOSMO! bertarikh 23 Feb 2010


KETIKA ramai kanak-kanak lain sebaya dengannya mungkin sedang sibuk bermain permainan video atau perisian komputer di dalam rumah, ataupun menghabiskan waktu berkejar-kejaran di padang, si cilik ini sudah ada aktiviti eksklusifnya tersendiri.
Bertemankan gajet yang bersaiz dan seberat kira-kira satu per 20 daripada statistik tubuhnya, pandangan mata Danial Fitri Md. Yusoff Othman, 7, sudah menjangkau ke sudut yang paling seni dan mungkin sering diabai kanak-kanak biasa.
Minat mendalam yang ditunjukkan Danial itulah yang membawaKosmo! ke Galeri Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Perasaan asyik dan kagum mengisi ruang pameran fotografi itu tatkala menikmati 30 persembahan foto hasil kreativiti Danial dan gajetnya, kamera Nikon D100.
Dalam pameran bertema Bicara Alam itu, judul-judul bagi karya Daniel begitu unik. Ada yang diberi nama Hantu dan GajahBurung di Atas ElektrikBurung Diri JauhRumah Terbakar dan Monyet Menung. Lebih istimewa, semua judul itu adalah ciptaan murid darjah satu itu sendiri.


"Gambar yang paling saya suka ialah Gajah dan Hantu. Yang ini gajah dan yang ini hantu," kata Danial kepada penulis sambil menunjukkan rakaman bayang manusia dan bongkah batu.


Ternyata si kecil dengan ketinggian 104 sentimeter itu bukan sahaja memiliki bakat mengambil gambar tetapi juga memiliki pandangan luar biasa terhadap apa yang diambilnya.



Teruja dengan kunjungan Kosmo!, Danial berlari mendapatkan kameranya dan menunjukkan aksi-aksinya mengambil gambar. Tangan dan jari-jemari Danial yang kecil tidak menghalangnya untuk mengangkat dan mengendalikan kamera itu laksana seorang jurugambar berpengalaman.
Walaupun lagak dan gayanya mengambil gambar belum mirip jurugambar profesional, namun hasil yang terakam daripada petikan butang kamera itu cukup mengagumkan. Secara tidak langsung ia mencermin peribadi Danial yang gemar memerhati dan mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam.
Berkenaan pameran tersebut, Danial mengatakan dia senang apabila melihat begitu ramai orang yang berkunjung untuk melihat hasil fotonya.
"Tapi kenapa yang datang semuanya orang dewasa, bukan kanak-kanak seperti saya?" Tanya Danial yang mengundang rasa lucu dan senyuman di bibir yang mendengarnya.
Daniel memberitahu, dia menunggu peluang untuk mengunjungi kawasan berdekatan tasik kerana menurutnya di situ terdapat banyak ikan dan burung. Pemandangan di tasik juga cantik, katanya.
---------------------------------------- 
Sejujurnya aku cemburu. Namun, Tuhan itu Maha Kaya. Ada makhluk-Nya yang dilahirkan berbakat, ada pula yang 'diadun' sempurna menjadi hebat. Bila agaknya giliran aku tiba? 
Yang pasti, usaha aku tak putus-putus. Moga dipermudahkan-Nya. Amin.

Friday, February 19, 2010

Sekilas Sorga



Mata makin kabur.
Pandangan makin jauh.
Pancaindera paling berharga buat aku selain akal (atau otak).
Aku perlu mata untuk menyemak draf-draf iklan sebelum diabadikan di muka koran.
- Itu perihal kerja.
Aku perlukan mata untuk melihat wajah mereka-mereka yang aku sayang.
Tanpa mata aku tak dapat melihat senyuman-senyuman berharga.
- Itu perihal cinta.


Tak jumpa doktor?
Tidak. Mungkin belum lagi.


Takut?
Ya. Dan Tidak.


Ya, bimbang diberitahu tak dapat diubat.
Walau boleh diubat, bimbang tak mampu menanggung bil.
Bimbang tak dapat lagi mengagumi keajaiban alam buana. Dan segenap pelosok jagat raya.


Tidak, kerana 'harta' yang satu ni aku maklum hanya pinjaman.
Esok lusa dipulangkan. Atau, ditarik oleh Sang Empunya.
Rela atau tidak.
Akur. Terima.


Lagipun, mana mungkin ada orang yang paling beruntung di muka bumi ini...
Selain mereka yang berjaya melepasi sirat tanpa sesat. 
Mengetuk pintu Loga...
Menghirup harum Syurgaloka.

Tuesday, February 9, 2010

VOYAGE



A: Susah kan?


B: Apa yang susah?


A: Susah nak puaskan hati semua orang...susah nak puaskan hati sendiri.


B: Sebab tu saya kata.... Puaskan hati sendiri dulu sebelum kamu puaskan hati orang lain. Belayarlah seperti bahtera di laut lepas.... Bila ribut, cekalkan hati...berani menongkas deras arus....bila tenang, berlabuh di pantai... Menikmati alam ciptaan Tuhan. Kerana di akhir perhentian, kamu akan bersoal-jawab dengan DIA. Ditimbang ukur amal pahala. Bukan dengan mereka.


A: Jadi, saya cuma perlu jadi diri sendiri...berlayar mengikut ke mana arah angin bertiup?


B: Tidak juga. Ikutlah kemana jarum kompas yang HAKIKI itu menghala. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada akal...FIKIR. 


Jika mengikut angin, kamu mungkin akan... HANYUT....

Friday, February 5, 2010

Sirf TUM



Adakalanya bila duduk-duduk sendiri, di pangkin laman atau serambi....
Merenung ke horizon jauh atau langit yang infiniti...
Fikiran ligat menziarah kembali zaman kanak-kanak, seorang aku yang suci...tanpa dosa tanpa cela....tiada fitnah dan huru-hara....
Dunia hanya ada aku dan DIA...
Segenap pelosok dan ceruk muka buminya aku teroka, taman permainan percuma, tanpa had...tanpa sempadan..


LEKA...LEKA...LEKA....


Jika mampu, aku ingin kembali menjadi budak hingusan itu...
Dengan mudah pedulikan apa orang kata di belakang aku, atau di depan....didengar pahit, dibuang sukar....
Lihat aku gembira menerima pahit sedang di dalam menangis duka...
Mereka gelak, aku ketawa...
Berlakon sang 'jester' sedangkan cuma manusia biasa...


Kerana bila menganjak usia...
Aku bimbang, tatkala leka menongkat dunia, aku terlupa definisi siapa aku....seorang aku, yang hidup hanya untuk DIA...


Hanya DIA...


SIRF TUM...

Monday, February 1, 2010

CAS...



Kesinambungan cite kelas sains Tahun 5 encik Firol...


Terasa nak berkongsi plak versi cite aku nih...


Aku mengaku. Benda-benda teknikal dan saintifik nih aku agak bengap sket. Ntah kenapa. Kata orang, nak melentur buluh bior dari rebung. Mungkin kat situ silapnya. Masa skolah dulu, aku tak dapat perhatian & pendedahan yang sewajarnya masa kelas Sains. Eksperimen pun ala-kadar. Peralatan tak cukup. 


Istilah-istilah Sains yang lekat kat kepala aku sampai hari ni cuma beberapa. 


Kertas Turas. Radas. Penunu Bunsen. 


Itu aje. Dan satu lagi eksperimen yang mendatangkan kesan dalam diri aku, satu-satunya yang aku ingat. Amik sample kat dinding pipi dalam mulut. Tak pernah plak bedah-bedah katak cam aku tengok dalam cite-cite bebudak high-school dari Hollywood...maupun CSI Miami...


Masa Tingkatan 3. Tahun paling penting waktu tu. Hujung tahun nak PMR. Yang aku ingat, sepanjang-panjang tahun tu, 1 bab je kitorang belajar. Bab 3: CAS....


Bulan 1 blaja cas...bulan 2 pun cas...bulan 3 apatah lagi...inikan pulak bulan 7.... Masuk bulan 8 je, Cikgu Sains yang serupa ngan Albert Einstein, ngan rambut putih cam kena renjatan elektrik (betul, aku tak tipu!) jejakkan kaki kat kelas, belum sempat bukak mulut lagi, kitorang dah selak-selak buku teks....terus ke Bab 3: CAS.... Pergh....mase tu aku memang dah give-up la... "Punah PMR aku...."


Menjelang PMR, kitorang sekelas dah target fail la subjek Sains. Jadinye, kitorang fokus kat subjek lain. Sains, kitorang cuma baca CAS...tu pun tak stadi betul-betul. Bab lain, belek-belek je... Sebab cam tak logik plak kalu baca 1 bab je buleh lulus. Rasenye cas negatif & positif kat otak kitorang pun dah naik kematu.... 


Sampai time exam.....ngan muka poyo, memasing pun belek-belek kertas soalan... 


"Aik....CAS....!" 


Rasenye 70% soalan sumenye berkenaan Cas... Kawan-kawan ku yang lain aku tengok muke sume dah gelak-gelak kambing. Aku? Cam nak nanges... Rugi gile tak stadi Bab 3: Cas...betol-betol....


Inilah akibatnye kalu derhaka kat cikgu...tak nak dengo nasihat cikgu... 


Akibatnye, subjek Sains PMR aku dapat.... "C"


Sampai ke hari ni aku tak bape minat Sains... Sain autograf aku minatla. HAHA