Wednesday, March 31, 2010

"Joyeux Anniversaire!"



28 Mac - Sedar tidak sedar, sudah hampir 3 dekad aku menghuni bumi milik Tuhan.


Sudah penat aku berjalan. Ke merata tempat aku pergi, aku meninggalkan tapak kaki.


Kadang-kadang hidup ini terlampau sunyi. Sepi.


Awalnya ku fikir, tiada yang peduli dengan kewujudan kerdil seorang aku.


Lima minit kemudian aku tersenyum sendiri, bila ramai yang mengucapkan "Selamat Hari Jadi!".


Hey, terima kasih semua...banyak hadiah yang aku terima. 
Tapi hadiah paling besar & bererti pastinya DOA-DOA yang tak putus-putus dan adanya kalian yang menerangi dunia....yang kadangkala malap tanpa cahaya... :)




"SYUKRAN, MABRUK FI KUUM"



Monday, March 29, 2010

Sanggar Mimpi







Sudah ku bilang.... Impian aku di dunia ini (dalam kehidupan ini), cuma satu!


Selain untuk mengecapi bahagia yang pastinya jalan untuk menujunya penuh liku, cukup lah jika aku mampu...


TERBANG ke sana....


Dengan bebas...tanpa serabut konflik di kepala. Bersama-sama aku cuma satu yang menemani petualangan syurgawi itu...iaitu "gembira".


Berbaring-baring di atas awan guling... 
Bergomol dengan awan dan bayu...
Diselimuti remang-remang suam cahaya syahdu mentari petang...
Dibawa terbang...tak mahu pulang. 




[Setiap kali melihat awan sebegini indah, setiap kali itu juga impian itu singgah...]

Tuesday, March 23, 2010

Beza Tapi Sama





Sama tapi tak serupa...


Dalam kehidupan kita yang penuh noda dan cela ini, siapakah yang berani mengaku sempurna? 


Kita hanya debu-debu halus yang berterbangan di dunia. 


Secantik mana pun kita, atau segagah mana...pasti ada satu titik di tubuh yang menjadikan kita kurang sempurna.


Bohonglah kalau ada yang sempurna. KENAPA?
.
.
.
.


Kerana...KESEMPURNAAN itu hanya milik Dia.

Tuesday, March 9, 2010

S.E.M.P.U.R.N.A



Bumi tempat bermain...


Adakalanya aku cuba mendepang tangan, mencapai buaian...ingin berbuai laju, didodoi angin sepoi syahdu.... 


Namun, sebelum sempat menyentuh, buaian pergi meninggalkan aku...makin jauh...jauh ia berlalu...


Aku akur lumrah kejadian insan itu tidak pernah lekang dengan naluri ingin mencuba dan mahukan sesuatu...makin sukar digapai, makin kuat keinginan... Yang pasti aku selalu HAMPA...

Kecewaku ku khabarkan pada bulan, pujuk bulan...

"Kau cuma sekelumit debu kerdil di dunia milik Tuhan, kesempurnaan bukan milikmu, ia cuma milik...Tuhan."

.
.
.

[aku cuba bermadah, maaf jika ada yang tidak faham]

Monday, March 8, 2010

CELIK DUA MATA



"Kau taknak balik kampung ke? Kehidupan kota bakal buat jiwa kau jadi HITAM." 


"Macam-macam aku dengar cerita pasal KL, kat sane banyak orang JAHAT."


PENAT. LETIH. BOSAN.


Aku dah tak boleh digest remarks yang negatif camni. Implikasinya, orang tengok aku pun dengan pandangan yang sinis. Seolah-olah di dahi aku dah tertulis perkataan HINA.


Aku berhijrah ke sini sebab nak cari sesuap nasi, rezeki yang HALAL.


Mari kita selak akhbar hari ini. 
Kes buang bayi. 
kes haruan makan anak.
Kes bersekedudukan sampai beranak-pinak, bertahun-tahun pulak tu.
kes dera.
kes jenayah & juvana.
Rempit. Bohjan. Bohsia.
Semuanya hanya melibatkan warga KOTA ke? TIDAK.



Pada aku mudah je. KL tak jahat. Manusia yang buat KL nampak jahat. Kalau kita ikut jalan yang lurus, kita takkan jalan bengkang-bengkok. Menetap di kampung sekalipun, tapi kalau hati bertuankan SILBI, yang putih suci pun akan jadi hitam legam...berkarat...berdaki...

KAMPUNG atau KOTA, sama saja. 

Selagi kita kuat berpegang pada ajaran-Nya, letaklah di mana sahaja, cahaya-Nya pasti akan menyinari hidup.

Henti-hentilah menghakimi aku! Aku ada banyak kerja lagi yang hendak dibuat.   

Monday, March 1, 2010

ExPLORASI




Subjek foto kegemaran aku...sape lagi kalau bukan si comel, Khadeeja. 


Tak susah nak dapat shot menarik, sebab Khadeeja sangat bijak & banyak keletah. Halakan lensa kamera ke wajahnya, dia akan senyum atau ketawa. 


Uncle nak Khadeeja tau, yang Uncle sayang kamu! ;)


---------------------------------------------


Bila tengok berita-berita tak sedap didengar kat akhbar dan media, tentang anak-anak comel kita yang teraniaya....didera...dan diperlakukan semahunya... Buat aku terfikir...


"DAH KENAPA DENGAN MANUSIA DAN DUNIA KITA?"


Releven lagi ke gelaran "binatang!" buat mereka-mereka yang berhati syaitan? Sedangkan haiwan sendiri menatang anak penuh erat dalam gendongan...tak mahu lepaskan...


Sesungguhnya, hanya Dia Yang Maha Mengetahui....segala rahsia yang di langit & di bumi. 


Wallahua'lam misawaab...


Al-Fatihah buat Allahyarhamah Syafiah...sabar ye dik, sakit sekejap aje... InsyaAllah, bidadari syurga & kebahagian abadi menanti kamu di sana...abadan abada.  Amiin...