Friday, July 30, 2010

La Kuntau


Sape cakap duduk atas pagar ni 'lalang'? Untungnya jadik golongan neutral, bila orang gaduh depan mata, kita boleh tengok dan analisa kejadian dan kemudian bila sume dah beransur....boleh gelak sampai pengsan.


Satu yang peliknya, bila gaduh ni, orang dah tak nampak kiri kanan. 


Sembur.Sembur.Sembur. Janji dapat kalahkan lawan. Entah apa punya jenis kepuasan!


Kekadang benang basah pun nak ditegakkan. Manusia. Ego lebih besar dari akal fikiran.


Apa taktik mahupun jurus pun tak kisah, janji menang. Tu yang timbulnya istilah Silat Kuntau. 


"Hantam sajalah Labuuuu...."


Bila semua dah reda, setan dah berjaya dengan misi nerakanya, baru terdetik nak pikir rasional. MENYESAL! Akhirnya.... "Maafkan aku. Aku terlepas cakap, kawan." ---- "Argggghhh, bole jalan!" respon si kawan.
.
.
.
Terlambat. Bila bubur dah jadik kulat.


Hadap sendiri sajalah kesalahan kau. Berani buat berani tanggung. Kalau sampan boleh jugak di gostan, kalau perkataan, maaf ajelah tuan. 


Cari ajelah lain kawan. Kesian.


Moga jadik pengajaran.


Eh, hari ni takde sesape ke nak gaduh? Boleh aku buat kajian...dan post-mortem kejadian. Ngahahahaahahaha....


--------------------------------------------------- 


Notakaki: Pernah teringin nak jadik CSI. Agagagagagaggaa :D

Friday, July 23, 2010

Cerita Pasca Baligh

["Mumtaz" - grade exam yang menjadik DAMBAAN dan POJAAN student subjek Arab sampai sanggup membela 'toyol']

-------------------------------------------------------

Lokasi:  Bilik darjah Tingkatan 2 Anggur
Tahun: 1995
Subjek: Bahasa Arab Komunikasi


Ustad: "Uridu 'an taqra'uu hazihil majaz wahid ba'da wahid. Anta ibda' ya akhi.
             [Saya mahu kamu baca karangan berikut seorang demi seorang. Mulakan dengan kamu!]


A: "Ismi Ali"
    [Nama saya Ali]


Ustad: Toyyib [bagus]! Seterusnya...B


B: "Ana min Terenjanu"
    [Saya dari Terengganu]


Ustad: Toyyib [bagus]! Seterusnya....C


C: "Ismu Sodiqiy Ahmad"
    [Nama kawan saya Ahmad]


Ustad: Toyyib [bagus]! Seterusnya...kamu D, continue....


D: "Nahnu sanazhabu ila..." [senyap]
    [Kami akan berangkat ke...]


Ustad: Kenapa berhenti? Teruskan...


D: err....."Nahnu sanazhabu ila"....err "ilaaaa"...... 
    ["Kami akan berangkat ke..."]


Ustad: Hah, "ila..." [ke...] apa? PAAAAP!! [sambil rotan melibas meja] 


D: "...ila NUYUWIRUUKA...." ustaddd!!


[seisi kelas semua diam]


Ustad: APA DIAAA...?? [sambil menggoyang-goyang rotan kat tangan]


*Pucat lesi...peluh dah mula basahkan dahi...*


D: err..."NUYUWIRUKA" ustad!


Ustad: Banyaklah kamu punya "Nuyuwiruka"..."Nuyuwiruka" tengkorak kamu!!


....NEW YORK!!


[seisi kelas senyap seketika....kemudian, tersembur gelak ketawa]


"WAKAAKAKAKAKAKAAKAKAKAA!!"


D: [dalam hati] Cis...tak aci betul...kena turn gua panjang pulak ayat! Tukang tulis buku teks ni pun satu....letak la perkataan Johor ke? Singapura ke? Tak pun Indon....senang sikit... Ni Niuyork Niuyork... Free-free je gua jadi 'bahan'....T_T


-----------------------------------


Nota Kaki: 
Mahu kembali semula ke waktu tu...sesape kenal Doraemon, bak aku nombor tipon....ngahahahahahaa :D

Thursday, July 22, 2010

Aku Ditaja



Dulu mase kat Uni, agak mewah gak hidup sebagai student ni. Mana taknye, 'pitih-pitih-anne' sponsor [bukan oghe Kelate]. Bunyi cam ditaja, tapi tak sebenarnya. Konsep along gak le. Cuma versi berhemah sikit. Kalu kutip hutang takdela simbah-simbah cat.  Antor surat aje. Kiranya budaya ketimuran masih kuat lagi la dipegang. [Bagus budak anne nih...anak sapo tah]. Tang 'bunga' je la yang berat nak bayarnya. Tapi aku bayor gak. Cuma kalau senak sket, aku lego la bulan tu. Jama' ke bulan depan. Mahap ye cik anne. Lagipun takde pilihan. Kalau ada pilihan, mau aje aku apply tajaan kerajaan. Apa boleh buat, jawapan standard..."Kursus awak bukan kursus kritikal, tak boleh mohon." Kesian budak-budak Sastera cam aku nih. Kalau aku lari kerja kat oversea ko kata aku tak patriotik plak. Cis...


Gombak memang tenang. Nak-nak bila scene pas hujan. Perghhh...sayup-sayup mata memandang. Kebetulan masa study dulu bilik aku memang menghadap bukit bukau. Memang sejuk mata. Satu objek yang tak pernah lari dari mata bila pandang keluar tingkap adalah Genting Highland. Ye...tempat 'lagha' tuh. Boleh nampak dengan jelas lampu-lampu berkelipan bila malam. Terletak baeeek punya, betul-betul atas bukit. Kecik aje, macam kerlipan bintang kat langit. 


Member-member yang ada kereta dulu selalu la drive naik atas sana. Aku sempat pergi sekali aje. Naik bas [sedor diri]. Masa tu tiket RM 20 aje. Pegi-balik skali main kat Park Outdoor. Cover gak dalam pakej skali naik keta kabel. [Gila gayat!] Lantai cam nak terbobos plak aku tengok keta kabel tuh. Bab makan sendiri mau ingat laa. Nak bawak cikedis doposen, cam tak rock plak. Lagipun kompem kat atas tu sejuk, perut mesti berhip-hop setipa empat-belas minit sekali. Jadik aku beli nasik lemak 50sen 3 bungkus kat Terminal Putra LRT sebelum naik bas. Mana berani pak gad Genting nak selongkar beg aku? Ni cucu Pendekar Mustard la...eh, Mustar...


Seronok la gi ngan kengkawan. Member baik pulak lagi. Cuma tak cunnya time pegi tu satu hari hujan. Perghh...tak nampak apa...cuma nampak awan...putih...pekat. Itu cerita 6 tahun lepas.


Semalam balik kerja aku lalu Bukit Jalil. Nampak bas Genting lepak, parking baik punya. Peluang baik nih. Dekat dah ngan umah aku, senang la aku nak gi, parking kat LRT, naik bas je pegi. Tapi kejadian tadi tengahari buat aku rase haru biru. Cam nak gigit kuku kaki. 


Pegi ATM. Masuk kad. Pling!


Baki Akaun Wadiah Anda: RM 23.30!!


Apa lagi...terus aje aku ke Econsave, borong Maggi 5 kati!

Friday, July 16, 2010

Mirage Silbi





Kerenah manusia di laman sosial adakalanya menggeletek urat kelakar aku. Geli. Ngilu. 


Sesetengah orang yang aku kenal rapat seringkali mempersoalkan tentang erti persahabatan...


"sahabat sejatikah jika di depan senyum manis, di belakang menikam bagai duri dalam daging?"
-atau-
"apakah itu teman sejati?" 
[disertakan icon 'menangis', mahukan belas dan komentar balas yang memujuk hati]
-atau-
"tak sangka, orang yang aku percaya rupa-rupanya musuh dalam selimut!"


bla bla bla....


Coretan status-status sebegini dalam laman sosial kadangkala melucukan! Apatah lagi jika aku kenal benar orangnya.


Mahu aje aku suakan cermin suruh mereka merenung dalam-dalam sambil berkata depan muka mereka...


"AHH, KAU PUN SAMA!!"


-----------------------------------------


*Lagi bagus kalau cermin tu bisa ngomong...bukan aku tak berani menghujan nista dengan bersemuka empat mata, cumanya bukan aku yang terkena... Kalau satu hari aku yang terkena, tidak ku suruh cermin itu berkata...mungkin aku hempukkan saja cermin itu ke muka mereka. 


Tapi Mahaguru Shaolin aku pernah bilang, "kekerasan bukanlah jalan penyelesaian...."



Thursday, July 15, 2010

Hitler Oh Hitler [dari e-mail]

SEKADAR MEMANJANGKAN ILMU...WALLAHUA'LAM

Nota: Sejak dahulu lagi aku memang tertanya2 kenapa Hitler terlalu membenci Yahudi sehingga melaksanakan holocaust. Mungkin email ini antara jawapan nya...

Kini, amat berminat untuk membaca tesis tersebut!!

Berikut, email drp seorang sahabat
===========================

Assalamulaikum wrt

Saya dapat artikal ni dari laman web. Menarik utk dibaca siapa Hitler sebenarnya yg selama ini kita ditipu oleh barat……

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua... 

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini... 




Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?" 

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. 

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya. 

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?" 

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : " Ada dua sebab - 

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel . Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti. 

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu. 

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.





Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau... 

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir... 

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet. 

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara : 

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler. 
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah... 

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam. 

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi... 

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar 

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German. 

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku" 

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?" 

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas... 

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Keratan akhbar

Wednesday, July 14, 2010

Kita Akan Dijemput




Hujung minggu lepas, aku balik kampung memenuhi tanggungjawab mengunjungi pengebumian seorang saudara. Ramai yang datang, aku ucap syukur pada Allah. Mungkin arwah seorang yang disenangi ramai, maka khabar-khabar indah saja lah aku dengar tentang arwah. 

*Sekadar berkongsi ilmu, sememangnya kita DITUNTUT menyampaikan khabar-khabar yang enak didengar, kebaikan arwah dan lain-lain ketika datang berkunjung ke majlis-majlis pengebumian begini. 

Tapi satu imej baghal di depan mata aku yang tak semena-mena muncul buat aku rasa nak bagi 'smack down' je kat sorang mamat ni.

Datang ke majlis pengebumian macam pergi ke fun fair. Siap berantai kat leher pastu bergelak ketawa, paling aku tak boleh terima, dia pakai baju jenama todi "BUDWEISER" besar-besar kat dada. Nak kata bodoh, tak jugak, sebab pandai pun naik motor...siap ada lesen lagi. Kalau ada lesen, mestilah dia lulus ujian berkomputer dan jugak JPJ. Jadik, aku tak rasa dia bodoh. Cuma, mungkin JAHIL. Visual jahanam nih tak berenti kat situ aje. Sejurus tamat pengebumian, aku perati mamat tu dah nak beransur...alhamdulilah mulanya, ingatkan dah nak berambus. Rupa-rupanya, lagi menyakitkan telinga...takde segan silu, dia melaung kat sorang lagi kawan dia...

"Oii, nak ke mana tu? Ni hah, mayat cari ko!!"

Sah, golongan jahilliyyah. Keluarga arwah kat keliling tu terpana, terpaku tengok kejadian berlaku depan mata. Aku tau tak baik doakan sesuatu yang buruk kat saudara sesama Islam, tapi waktu tu memang terdetik doa yang tak sepatutnya aku luahkan. Allah...ana khilaf...afwaniyy...

Teringat aku kat satu kisah kawan aku ni. Umur dia dah menjangkau 40an, tapi tak kawen lagi. Memamg hidup dia rumit sikit. Waktu mengebumikan jenazah salah sorang pakcik dia, dalam liang...sewaktu menurunkan jenazah...seorang saudara dia dengan lancar tanpa toma'ninah menuturkan soalan cepumas berikut...

"Kau bila lagi?" [bila nak kawen maksud dia]

Dengan hanginnya kawan ni pun menjawab...

"Bila lagi apa? Bila lagi nak mati??"

Itulah, orang-orang kita...nama aje belajar adab, tauhid, ibadah semua...tapi kata-kata & tingkah laku main bantai aje...

Kata orang, "CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG, CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR" la weh...

---------------------------------------------------

*aku perasan gak ramai bebudak remaja yang pakai baju jenama arak, tak pasti sedar atau tidak...pernah gak aku nampak ada yang bawak ke solat...sedih tengok senario-senario yang macam ni... Lagi sedih bila tengok bapak budak pun sama....

"manakan ranting menjalar tegak, kalau akar bersimpul, tegaknya tidak"... 
[simpulan bahasa ni takde dalam ensiklopedia atau DBP, tak perlu susah-susah cari]


NOTA KAKI: Maafla, ini cuma entry kosong...aku takde entry-entry kreatif untuk disiarkan sejak sekian lama...kepala ini sudah tepu dengan idea-idea yang sering ditong-sampahkan di ofis oleh mata-mata tuli lain...otak aku sudah letih...

Friday, July 9, 2010

Pilih Antara 2 Pintu



Tengah pale otak aku melayang jap tadi, memikir idea untuk execute iklan utk client....aku terfikir satu benda...


Semua orang mengejar syurga, tapi...berapa ramai yang berusaha ke arah itu? Semak-semak balik kelakuan sehari-harian..setiap detik, minit dan jam... Setiap patah kata... Ke arah itu, atau menyimpang?


Atau mungkinkah kita terlalu taksub dengan kisah pelacur & anjing? Kerana memberi minum binatang yang haram dek kehausan dan kelaparan, dianugerahkan syurga oleh Tuhan... Indah bukan?


Semudah itukah? Maka, ramai yang tidak kisah halal-haram...ikut nafsu, bertuankan Syaitan... Dalam hati terselit pengharapan, moga ada antara tingkah-lakunya yang mendapat keredhaan Tuhan, diiktiraf Syurga dalam diam...


Alpanya kita, kerana selalu lupa...mati itu datang tiba-tiba...dan syurga neraka itu urusan-Nya... 


Memang...pintu taubat itu sentiasa terbuka...tapi jangan lupa! Seven-Eleven yang doploh-pat jam tu pun adakalanya tutup juga...kalau black-out... Inikan pula urusan agama...bila-bila masa boleh tutup, "no warning-warning punya!"


Mungkin entry ni membosankan bagi sesetengah orang...tapi aku cuma mengatakan yang haqq. Barangkali juga, aku teringatkan kawan aku Ibrahim @ Raju...seorang mualaf yang begitu berat ujian diberikan...dibuang keluarga dan kawan...bangun Subuh untuk solat bagai satu mimpi ngeri awalnya, lama-kelamaan dia tidak kisah bersolat 5 waktu tanpa jemu walau dikelilingi golongan kufur... Semuanya gara-gara terdengar Azan tanpa henti di telinga.... Hidayah yang turun buat segelintir kita yang terpilih dan berusaha mencari keredhaan-Nya... 


Sayangnya, ramai juga dari kita yang dilahirkan dengan janjian Syurga, akhirnya hanyut ke pintu neraka...


Wallahua'lam...


[aku cuma manusia yang belum tentu terlepas hukuman-Nya]



Friday, July 2, 2010

'Beca' Abah



Terima kasih kepada chentatiku sebab mengingatkan aku kembali di mana bumiku berpijak. Menyedarkan aku asal fitrah yang menjadikan aku siapa aku hari ini. Foto ini benar-benar buat hiruk-pikuk dunia aku yang berputar tanpa penat...berhenti seketika. PAUSED! 


Kerana aku pernah berada di situ...aku pernah jadi si baju Biru. Sama, cuma abah tidak cacat. Itu saje. Abah tak benasibbaik sebab abah tak berpelajaran tinggi. 


Dulu arwah abah aku minat berniaga. Abah meniaga cendol dan ABC. Tak lupa rojak petis yang top satu FELDA. Balik motong buah dan noreh getah, abah keluar meniaga...jelajah satu FELDA.


Tahu aku pergi sekolah naik apa? Naik ni lah. Duduk dalam tempat letak barang @ passenger seat yang aku panggil 'beca', sebab sampai sekarang aku tak tahu nak gelar apa. Duduk sama-sama dengan barang-barang jualan dan payung besar. Balik sekolah naik lagi sekali, kali ni abah hantar balik rumah tapi kemudian aku naik semula ke dalam 'beca' dan ikut abah meniaga. Kawan-kawan tengok, aku buat bodoh aje. Sikit pun rasa malu takde. Entah kenapa. Bila tengok cerita kat TV pasal askar Jerman dan motor roda tiganya, aku mesti ingat kat abah. 


Bila abah sibuk melayan pelanggan, aku cuma teman sembang-sembang dengan abah. Atau main 'ceper' dengan kawan-kawan. Kalau takde kawan,aku main korek-korek tanah tepi jalan. Aku tak tahu nak tolong apa, kecuali tolong pulangkan duit baki pelanggan. Sen-sen aku taulah, tahap duit kertas aku 'pass' kat abah. Abah ketawa [Haha!]. Mana taknya, sifir 3 pun aku tak pass. 


Satu peristiwa paling menyayat hati pernah aku alami dengan abah, satu hari kami balik lewat dari berniaga. Rumah kami atas bukit. Sape pernah duduk  atau pergi FELDA mungkin perasan yang perumahan FELDA agak terancang. Ada sederet yang belah bawah, ada sederet lagi yang belah atas. Rumah kami belah atas. memang seronok, dapat tengok pemandangan seluruh kampung. Kampung sebelah pun nampak, kadang-kadang kalu cuaca baik. Tapi paling best suasana lepas hujan...perghhhh, cam kat Cameron.Sejuk...nyaman...brrrrr.....


Kembali pada cerita.


Mungkin sebab barang banyak sangat, motor abah tak boleh naik. Masuk gear pun berbunyik kuat. Aku dengan mak cepat-cepat turun bawah, tolong tolak dari belakang, mungkin sebab momentum tolakan yang terlalu kuat, motor bergerak laju...tak terkawal, habis barang-barang jualan jatuh terhempas ke tanah. Habis mesin air batu abah, habis pecah bekas air abah. Masa tu kami tak nangis pun, entah kenapa. Mungkin sebab kami dah biasa susah. Walaupun tak nangis, tapi hati kami macam sama-sama dihempas ke tanah...berderai, pecah. Sebak. Sampai sekarang kalau diingat semula, perasaan sebak masih ada.


Dengan duit-duit jualan tu lah abah sara aku dan keluarga...sampai aku masuk Universiti, sampailah aku jadik 'manusia' hari ni. Aku harap aku tak hampakan abah. Walaupun aku cuma seorang copywriter cabuk si kuli majikan.


Esok 3hb Julai, genap 8 tahun arwah abah pulang ke-Rahmatullah. AL-fatihah untuk abah, semoga ruhnya dicucuri Rahmat Allah. Amin ya Rabbal-Alamin.


[Rindunya...abah]