Wednesday, August 18, 2010

Tragedi MOREH Berdarah





Malam tu Terawikh disusuli hujan renyai. Memang nyaman. Aman. Tenteram. Sesekali telinga menangkap hiruk-pikuk kanak-kanak yang bergurau senda di beranda Masjid. Terganggu sekejap.


Malam itu Imam jemputan adalah seorang Ustaz bekas tahanan ISA. Aku rasa itu sesi Terawikh paling sempoi dan seronok pernah aku sertai. Imam menyelitkan humor dalam Tazkirah antara solat. Baru aku tahu, di negara bergolak di Timur Tengah, bacaan antara solat yang bersahut-sahutan di sana ditukar dengan bacaan pujian-pujian... 


"Subhanallah, Walhamdulillah wa laillahaillahha, wallahu Akbar...Wa la haulawalaquata Illa Billahi 'aliyil 'azim..."


Kerana di sana Terawikh ditemani hujanan bom dan peluru. Maka puji-pujian sedemikian untuk Allah jadi keutamaan. Maka malam itu, bacaan berlainan daripada biasa...


Selesai Terawikh, berpusu-pusu jemaah bergerak ke ruang makan. Ikut tentatif, 'moreh' menunggu. Tiba di meja makan, kelihatan bersusun bekas-bekas polisterin yang berisi makanan. Aku beratur di belakang seorang budak.  


Polisterin dihulurkan petugas masjid merangkap tukang masak, kanak-kanak itu menerima kemudian berlalu pergi. Kini tiba giliran aku. Polisterin bertukar tangan. Sebelum sempat aku berlalu, budak tadi datang kembali.


Dengan selamba badak dia berkata, "Pak cik, ada makanan lain tak? Saya tak makan mi la....lagi-lagi yang banyak sayur camni!" 


Secara tiba-tiba aku tengok muka pakcik tadi berubah merah padam, kalau dibiar mau berasap telinga kiri kanan. Apa lagi, demi menyelamatkan keadaan, terus saja aku bisik kat telinga budak tadi..... 


"RUN FORREST...RUUUN!"



Monday, August 9, 2010

SEBELUM...

Banyak sangat tonton cite P.Ramlee, aku perasan satu menda...

"DAH ADA KAWAN"

Rupenye P.Ramlee lagi advanced daripada Facebook & Twitter... Update status kat almari...

Salute' lah!

Ngahahahahahhahahahaaa....

Tuesday, August 3, 2010

Mengong





Seperti biasa, apabila si bos mengambil tempat di sebelah aku, 'vibe' gabra itu tiba-tiba datang. Cuaks pun ada. Ada surat yang harus dikarang. Keje sambilan aku adalah penulis surat. Beliau memonitor kerjaku. Tiba di satu bahagian...


Bos: Tarikh hari ni ape Zal?
Aku: Tarikh? Err..jap. [Gabra makin parah]
Bos: Cepat!
Aku: Jap bos... [padahal kalendar depan mata, tetap mengerling jam kat tangan]
.
.
.
Aku: Ooo..hari ni... [paused] 34 JU...LAI....?? [pauses lagik]
Bos: [pandang semacam]
.
.
.
Aku: [Dalam hati] "Siot punya jam...dalam diam sabotaj tuan...makan dalam...."


----------------------------------------------------------------------------------------


INFO: Jam jarum aku mesti diset tarikhnya setiap bulan. Bangang kan? Tapi kelako jugak bila dikenang. Aku sayang ini jam wor.