Friday, September 4, 2009

Hang Kata Hang Tera....



"Kata KEJUUU!"


Aku pun tak tau sejak bila aku minat fotografi....dulu tgk orang kehulu-kehilir bawak SLR, tak pnah pulak aku amik pusing....aku cuma tau yang equipment tu 'MAHAL'... Minat tu datang tiba2...dulu aku pikir cuma otai je yg pegang kamera2 yg edgy nih, sampaila satu hari mase aku duduk kat kedai mamak tengah 'ngeteh' (bukan bulan pose eh...ikekekeke), nampak budak-budak skola laki pompuan kumpul, 2-3 meja ngan sorg budak ni sibuk 'snap2' picca ngan SLR! Perghhhh....

Sejak tu aku pikir cam nak sambar satu....tapi tang mampu? Hmmm...aku tak tau...

Tambah plak ngan ramai kenalan aku yg memang minat fotografi, minat tu makin menggunung....nak2 bila dorang tayang hasil shot yang mampu buat org terduduk!

Sebab aku kaki jalan, satu hari kalo tak merayap cam tak sah! Jadik weekend, jangan harap la dapat tengok aku melanguk kat umah...'tak produktif' kata Tun M.... HAHA... Bila lepak sorang2 kat fountain KLCC, layan blues (sambil ushar2...ahaks) mata sure menangkap ramai fotografer yang wat shooting....biasenye aku akan leka skodeng diorg snap2... cam whoaaaaaa....sambil nganga.... :D

Pas bape bulan, penat survey sane sini, tawar-menawar...finally akuu sambar gak sebijik...TAPI BASIC JE LA... den tak mampuuuu...

Anyway....equipment dah ada, TALENT? HAHA....ntah kemana... Tungguuuuu....

Wednesday, August 26, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN!




Akhirnya, yang ditunggu dah tiba...anak bulan mencelah muka... Hilang Syaa'ban, timbul Ramadhan...

Sekiranya ada salah dan silap, aku memohon maaf atas kekhilafan...

Paling penting.....gi Bazaar Ramadhan tu bawak-bawak bertenang....jangan bolot sume makanan.... Ni bulan Puasa...bukan bulan mentekedarah namenye... HARHARHARHAR....

Renung-renungkan & Selamat Beramal.... ;)

Monday, August 10, 2009

15 Malaysia - Yasmin's Final Touch




Chocolate. A quiet tale that reminds us that, despite the multifaceted contradiction of Malaysia, life goes on - even if not all of it is sweet.


http://www.ruumz.com/15malaysia/view_video.aspx?fm_id=1&id=41781&UserId=0

Monday, August 3, 2009

Nak KAWAN ngan saya?


Bila tiada yang mau, tiada yang sudi...aku tau kau tetap ada...

Walau siang kau muncul, bila malam kau tiada...
Bulan pengganti, aku tau kau tetap setia...

Temani aku...
Sampai bila-bila...




Aku duduk di tepi tasik petang tu, layan perasaan. Layan matahari terbenam...

Tiba-tiba seorang budak lelaki muncul entah dari mana...dia asyik memandang matahari....kawan-kawan entah ke mana.... Aku biarkan saja, lihat dia gembira berbicara dengan 'teman setianya'....
Buat aku tersenyum sampai ke telinga...

Sayu pun ada...

Jalan-Jalan Cuci Mato


Sabtu kelmarin, aku bungkam...bosan tahap cipan. Asyik-asyik lepak kat soping mall pun buntu gak kepala.

Apo laie, aku bergegas gi FLORIA '09 @ Putrajaya. Sambil snap-snap picca.

Dapat cuci mata tgk bunga...dan 'bunga-bungaan'....hohoho.

Banyak gazebo yg cun2 design dia...

Banyak arrangement bunga yg camni...they wanna make it as if we were in Netherland....hoho... Menjadik la, except for the hot weather.... (make sure pegi petang pas Asar!)

Ada satu bangsal yg penuh ngan artsy-flower-kinda-arrangement....sape yg minat art, leh gi.... (bawak model skali...hoho)

Tribute untuk Yasmin :)

Garden luar...setiap participating organization ada segment garden diorang sendiri... Nice...

Belon panaih pun ado...10 hinggit 1 kepale....
(10 org naik, cukup untuk top-up tong gas dia...muahahahaha)

Dah malaaam....lalalalala...

P/s: aku actually lagi banyak amik gambar bangunan & scenery kat tepi tasik Putrajaya tu daripada amik gambo bunge...huhu...too breath taking...

Thursday, July 30, 2009

Perginya Seorang MAESTRO

Favourite girls...tengok! Tarikh tu pun kebetulan tarikh lahir aku...hoho


Dah hampir seminggu sejak Allahyarham Yasmin Ahmad pergi menemui DIA. Sebelumnya aku sempat karang satu entry dedikasi khas untuk beliau. Minta pembaca mendoakan kesihatan beliau. Akhirnya hampa, sebab beliau tetap pergi juga...namun redha.

Pemergian beliau memang satu kehilangan yang amat besar.

Aku bukanlah seseorang yang kenal rapat dengan Y.A, bukan jugak ahli keluarga atau saudara mara...jauh lagi seorang sahabat. Aku hanya peminat yang mengagumi Pengarah Prolifik dan berbakat ni. Pengikut setia blog dan hasil-hasil karya beliau. Sebelum ni aku tak fikir pun nak karang satu tribute entry khas untuk Y.A., tapi macam diajak-ajak...diminta-minta untuk menulis. Semuanya gara-gara sampul surat aneh yang aku jumpa di atas peti surat aku. PELIK! Tengok je sendiri...



Aku jumpa sampul surat (bil. ASTRO sebenarnya) ni terletak baik je kat atas mailbox aku...takde sape yang ambil. Aku snap gambar, dan naik ke rumah. Lepas maghrib aku turun balik, nak gi dinner. Belek-belek sampul dah takde!

Maka, inilah hasilnya. Lagipun, apa gunanya seorang penulis, kalau tidak menulis sesuatu yang wajar dikongsi, kan?

Aku bekerja di sebuah syarikat pengiklanan. Menulis naskhah, skrip dan sebagainya. Kalau nak tau, inspirasi aku untuk terjun ke bidang ni sape lagi kalau bukan Y.A.

Dari dulu lagi aku dah sangkut dengan iklan-iklan beliau yang bersifat kemanusiaan. Penuh kasih sayang. Biasanya iklan-iklan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali mahupun Hari Kemerdekaan akan buat kita terfikir, dan kadang-kala menitiskan air mata. Memang ditunggu-tunggu.

Dalam satu temubual akhbar dengan Y.A. ketika hayatnya, beliau pernah berkata:
"Saya tonton semua jenis filem. Bagi saya, filem yang saya kategorikan sebagai baik bukanlah filem yang sarat dengan pelbagai element mahupun penggunaan teknologi semata-mata. Sekiranya ia berjaya menambat hati saya dan membuatkan saya tersentuh walau sesederhana bagaimana pun penghasilannya, ia sudah cukup untuk menjadi sebuah filem yang bagus."

Beliau juga tidak suka digelar pengarah yang versatile. Itulah jawapan beliau bila ditanya kenapa tidak menghasilkan genre filem berbeza. Filem yang bercorak kemanusiaan adalah jiwanya. Kerana itulah yang menjadi cermin sebenar kehidupan manusia. Meskipun karyanya ramai yang menganggap seolah impian semata-mata dan tidak realistik, seolah-olah mencipta satu dunia yang tidak wujud, dan mustahil, tapi itulah yang diimpikan oleh beliau, untuk hidup dalam negara yang tiada perbezaan warna. Yang hanya mampu direalisasikan menerusi lensa kamera.

Pengarah 'visionary' ini sememangnya hebat. Tiada dua.

Bidang pengiklanan dan perfileman kehilangan sebutir permata yang bersinar. Jika dulu aku bangga punya seorang anak Melayu yang hebat dan gah menjadi sebutan, kini aku tak pasti jika ada lagi anak Melayu yang bisa jadi ikutan dalam dunia pengiklanan. Aku hilang paksi. Mentor dalam diam.

Berikut merupakan petikan kata-katanya yang aku akan ikut dan jadikan panduan:
"Dalam kehidupan, jika kita berada di sebuah persimpangan, keliru untuk membuat keputusan tentang masa depan, fikirkan saja samada kita ingin jadikannya 'chicken shit' atau 'chicken salad'. Jika saya, pastinya saya akan menjadikannya 'chicken salad'.

Memang bernas!

Buat Yasmin, aku sedekahkan Al-Fatihah....moga ruhnya lebih tenang di sana. Amin.



They called her, 'COLORblind'. And she was :)

Thursday, July 23, 2009

Yasmin Ahmad - Doa Aku Untuk Dia

Ingat iklan PETRONAS ni? "Percintaan Tan Hong Ming & Ummi Qazrena" :)



Pukul 5.00 ptg tadi aku diberitahu oleh kawan yang berkerja di akhbar, berita Yasmin Ahmad dimasukkan ke Damansara Specialist Hospital akibat 'cardiac arrest' ketika menghadiri program di TV3. The Star pun ada buat follow-up.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/7/23/nation/20090723163731&sec=nation

Agak terkejut...kenapa?

Paginya aku ada melayari blog pembikin filem hebat ni, dan ada submit satu komentar tentang entry terbarunya. Aku pengunjung tetap blog http://yasminthefilmmaker.blogspot.com

Bila aku submit komentar kat entry-entry dia biasanya dia reply. Seolah-olah kita bersembang dengan dia. Macam dah kenal lama. Salah satu reply dia yang wat aku overwhelmed selepas aku congratulate dia untuk penyertaan filem di Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF):

yasmin said...

salaam, alhariesz. thanks, that was very comforting and encouraging.


Apa yang menarik, dia seorang yang sangat 'down to earth'...walaupun ada pembaca blog yang kutuk atau tanya soalan yg agak pedas, cara dia reply tu agak menyejukkan hati.

Pagi tadi, aku tambah lagi rasa hormat aku kat dia bila baca komentar ni kat entry terbaru (pagi tadi):
Anuar said...

Kak Min, nak tanya. Jgn marah saya ye. Nak tanya aje. Masa Kak Min arahkan filem, berada di set - ada tak break utk solat? Kak Min solat tak? Dan galakkan anak-anak buah solat tak?

Saya wonder aje. Thanks Kak Min.

yasmin said...

anuar, the answer to that is Yes. we do break for solat. and the reason for our solat break is not because we think we're good or anything, but because we need to seek allah's guidance and thank him for his blessings. we don't force others to solat with us -- they can see what we're doing, and that i think is enough of a reminder.


Aku tersenyum panjang.

Selain tu, dia jugak pernah singgah di blog aku dan tinggalkan komen. Deep down, I truly appreciate it.

Pada aku Yasmin Ahmad merupakan seorang penggiat seni yang prolifik. Karyanya bukan hanya ada kisah, ia ada mesej dan pengajaran...tentang kebenaran yang lazimnya cuba diselindungkan.

Aku rasa rugi jika tak dapat lagi menonton lagi filem hebat selepas Rabun, Sepet, Gubra & Talentime. Apatah lagi iklan-iklan hebat dia bila menjelang Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali mahupun MERDEKA. Kini Yasmin khabarnya sedang terlibat dalam sebuah projek untuk sebuah filem Jepun berjudul "WASURENAGUSA". Memang 1 dalam sejuta.

Anak Malaysia hebat kebanggan dunia (memenangi banyak anugerah di 'luar' negara) ini satu anugerah.

Jadi, doa aku hari ini adalah untuk dia, semoga dia sembuh dan dapat meneruskan perjuangannya.

Amin...amin ya Rabbal Alamin.