Salar De Uyuni, Bolivia. Tempat ini dikatakan sebagai 'cermin pemantul @ refleksi semulajadi' terbesar di dunia. Asalnya aku fikir, "Uyuni" ada kaitan dengan istilah Arab bermaksud "mata-mata" dari kata dasar 'Ain, rupanya tidak. Kerana aku taksub dan takjub pada keajaibannya yang mengelirukan mata telanjang ku. [read: naked eyes]
Ia satu-satunya tempat di muka bumi di mana....
"TIDAK TERDAPAT GARIS PEMISAH ANTARA LANGIT & BUMI"
Sekali pandang, mengingatkan aku pada adegan dalam filem adaptasi karya "The Lovely Bones" tentang si mati yang menerawang di syurga.
The Lovely Bones oleh Alice Sebold
Maha Suci Allah, Dia yang mencipta seluruh alam, cakerawala dan segala isinya.
Hey, aku mau ke sini...kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, dan setelah aku berjaya menapak bumi Anbiyya' dan Rumah-Nya! Amiiin.


