Tuesday, April 20, 2010

AYU



"Tomei tak saya?" - Alisha Aqila Hanan (4 tahun)


Baru lepas menyelongkar blog abang aku....mata aku cair melihat gambo nih....


Whoa, 'makcik' nih dah nak tukar imej ke? Huhu...baguih la...


Kata abang... "Lately, Aqila suka sangat pakai tudung ibu dia..."


Bila tak jumpa tudung...tuala pun jadik la.... HAHA...


*Aqila, Uncle suke gigi kapak mu.... :D

Monday, April 19, 2010

*SUMPAH*







Kekayaan itu sumpahan bagi yang mengejar fana'...
Kemiskinan itu peringatan bagi yang mengejar Khaliq...


Mewah...berdiri di kaki angkuh...
Kedana...melutut di tepi kufur...


Tersilap langkah...
Membelakangi takdir Al-Ghafoor...
Longlai di dalam kubur...
Hancur...
Lebur...



Wednesday, April 14, 2010

Monolog Untuk Mifzal







Sudah aku katakan...
Jangan kau 'mengalah' sekarang!
Kau tahu kenapa?
Sebab aku tak pernah berhenti menadah tangan...
Memohon Dia meringankan beban yang kau pikul...
Aku tahu beratnya tak tertanggung,
Sebab...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...
Pinggul yang menggendong...
Lutut yang menanggung.


Percayalah...Yakinlah!
Di hujung lorong yang gelap itu...
...pasti ada sinar menunggu...
yang tak henti-henti memuntahkan lahar bahagia...
Itu janji Dia untuk mereka yang sabar & redha...
akan ketentuan-Nya.




*monolog ini aku tujukan buat sahabat aku yang cekal & tabah meskipun puteranya sering gering. 
Minta rakan-rakan mendoakan sahabat saya Che Noryoehana & suami, Putra terus cekal & semoga putera comel mereka Mifzal (3 thn), diberi kesembuhan, kesehatan & kesejahteraan. Amin.


*Untuk kau sahabat, selain doa...cuma ini yang mampu aku buat.



Monday, April 12, 2010

Le Ingrat...Non Grata



"Hujan lagi...!"
"Penat-penat basuh baju, mendung pulak..."
"Nak hujan, hujan la betul-betul....ni setakat hujan lalu...baik takyah!"
"Adoyaii...panasnya hari ni...matahari terik betol, bila nak hujan ni?"
"Potong stim betolla....dah elok-elok cerah pagi tadi, tup-tup hujan pulak...rosak majlis aku..."


Aku kalau dengar ayat-ayat yang begini dituturkan kuat-kuat, terang-terangan di khalayak ramai, satu je yang aku tanya....


"Kau marahkan SIAPA?"

Friday, April 9, 2010

Errr.... !!!



Reaksi aku membaca ramalan cuaca oleh Encik Shahril Conteng ada dua....'huahuahuahua' dan jugak T_T ....


Kalu betul taun last aku taun 2010, maapkan le aku.....doakan le aku berbahagia di sorgaaa.... (aku tau, brader ni berseloroh je...tak amik ati pun)


Aku suka baca blog brader ni sebab dia suka amik gambo dan conteng caption MERAPUnya yang luar dari norma & kebiasaan....atau bahasa saintifiknye, "SEWEL"... mueheheheehehe....


Blog Shahril Conteng boleh diziarahi di alamat nih: SHAHRIL CONTENG!

Monday, April 5, 2010

Sentimen Budu



Ada seorang kawan baru....ajak dia makan tengahari.


Di depan kami ada meja panjang penuh dengan lauk-pauk & hidangan.


Setelah ambil nasi & ikan keli bakar, aku terus ke bahagian ulam-ulaman. 


Ada 4 balang kecil berisi; cincalok, tempoyak, budu & sambal belacan. Aku ambil semua. Sesudu setiap satu. Kecuali budu, aku letak dalam mangkuk kecil, ditambah perahan limau dan 2 potong cili api. Lalu aku duduk di meja.


Dia ambil tempat di sebelah aku, sambil bertanya....


"Kau orang 'mana'?" soal dia, sambil garu kepala.


Ringkas aku jawab.... 


"Aku? Aku orang Malaysia..." sambil meratah petai depan mata, tak pandang kiri kanan.




*Cuma cerita rekaan, harap-harap ada yang faham. Asal-usul tempat kelahiran tidak mendefinasikan siapa aku sebagai seorang manusia di bumi-Nya. Tapi memang, BENAR aku orang Selatan yang menggemari tempoyak, budu, cincalok & sambal belacan! ;)

Friday, April 2, 2010

Salar De Uyuni




Salar De Uyuni, Bolivia. Tempat ini dikatakan sebagai 'cermin pemantul @ refleksi semulajadi' terbesar di dunia. Asalnya aku fikir, "Uyuni" ada kaitan dengan istilah Arab bermaksud "mata-mata" dari kata dasar 'Ain, rupanya tidak. Kerana aku taksub dan takjub pada keajaibannya yang mengelirukan mata telanjang ku. [read: naked eyes]


Ia satu-satunya tempat di muka bumi di mana....


"TIDAK TERDAPAT GARIS PEMISAH ANTARA LANGIT & BUMI"


Sekali pandang, mengingatkan aku pada adegan dalam filem adaptasi karya "The Lovely Bones" tentang si mati yang menerawang di syurga.


The Lovely Bones oleh Alice Sebold


Maha Suci Allah, Dia yang mencipta seluruh alam, cakerawala dan segala isinya.



Hey, aku mau ke sini...kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, dan setelah aku berjaya menapak bumi Anbiyya' dan Rumah-Nya! Amiiin.