Wednesday, September 29, 2010
Tak perlu kata apa...SENYUM
Pengalaman bawa anak-anak buah beraya...
Aqila: Pak Usu, kenapa budak tu marah kita?
Aku: Takdelah, dia bukan marah. Tak pandai cakap, jadi cuma boleh jerit. Dia 'sakit'.
Aliya: Dia sakit apa?
Aku: Err...dia tak sihat. Dia OKU.
Aqila: OKU tu apa?
Aku: Orang Kurang Upaya... [adoyaii...camne nak explain nih?]
Aqila & Aliya: ??? [masih tak faham]
Hariri: Dia ISTIMEWA lah...
.
.
.
Aku: [senyum] :)
Thursday, September 23, 2010
A.K.U (Aku Kurang Upaya)
3 tahun bergelumang dengan lambakan draf iklan buat daya penglihatan makin kurang. Bercadang memakai kaca mata gaya Afghan, sebab kanta lekap buat aku lemas 'tenggelam'.
Asalnya tidak mahu mengaku rabun...hinggalah pada satu hari yang indah permai...
"Zal, tu SUDU...bukan straaaw!!" laung Samad tatkala melihat aku menyuakan mulut untuk menyedut air dari gelas minuman.
.
.
.
.
Aku pasrah.
[Tunduk bawah sambil kaki kanan kuis-kuis tanah]
Tuesday, September 21, 2010
Apa barang Raya......
Sesi perbualan santai berbaur kejam tetapi relevan di satu petang Ramadhan ...
Siput: Perghhh...pejam celik, pejam celik dah nak raye...
Tapir: Aku bila cakap pasal raya kompem ingat 'bara'an' [marhaban]...
Siput: Huhu...betol beb, tak satu kampung terjah umah tak sah!
Ayam: Kalu cite pasal raye, apo laie....kalu tak ketupat ngan rendang siram kuah lodeh....
[bunyik perut berkeroncong...]
Siput: Hoi, puasa woi...agak-agak la...!
Semua: Haha....
Tuntung: Aku kalu raye, paling aku ingat......pagi-pagi raye mesti TV tayang....
.
.
.
.
.
SARKIS!!!
Semua: [Diam. Lalu angguk tanda setuju.]
Nota Kaki: Sampai skang tak paham ape relevannya SARKIS ngan Raya...
Wednesday, September 8, 2010
2 Hari Sebelum Raya
Akibat ditimbuni kerja-kerja kantor, tetikus komputer aku tak berdaya menolak kursor menaip entry-entry baru.
Yang pasti, untuk raya ni, aku rerajin gak gerakkan tetikus aku yang malas ni untuk bagi ucapan keramat kat korang yang sudi mampir.
InsyaAllah, lepas raya...entry ON balik.
Buat SOLTURANGERS, duit raye takdak weh... Ngahahahahahahaa
Selamat balik kampong memasing!
Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin.
Wednesday, August 18, 2010
Tragedi MOREH Berdarah
Malam tu Terawikh disusuli hujan renyai. Memang nyaman. Aman. Tenteram. Sesekali telinga menangkap hiruk-pikuk kanak-kanak yang bergurau senda di beranda Masjid. Terganggu sekejap.
Malam itu Imam jemputan adalah seorang Ustaz bekas tahanan ISA. Aku rasa itu sesi Terawikh paling sempoi dan seronok pernah aku sertai. Imam menyelitkan humor dalam Tazkirah antara solat. Baru aku tahu, di negara bergolak di Timur Tengah, bacaan antara solat yang bersahut-sahutan di sana ditukar dengan bacaan pujian-pujian...
"Subhanallah, Walhamdulillah wa laillahaillahha, wallahu Akbar...Wa la haulawalaquata Illa Billahi 'aliyil 'azim..."
Kerana di sana Terawikh ditemani hujanan bom dan peluru. Maka puji-pujian sedemikian untuk Allah jadi keutamaan. Maka malam itu, bacaan berlainan daripada biasa...
Selesai Terawikh, berpusu-pusu jemaah bergerak ke ruang makan. Ikut tentatif, 'moreh' menunggu. Tiba di meja makan, kelihatan bersusun bekas-bekas polisterin yang berisi makanan. Aku beratur di belakang seorang budak.
Polisterin dihulurkan petugas masjid merangkap tukang masak, kanak-kanak itu menerima kemudian berlalu pergi. Kini tiba giliran aku. Polisterin bertukar tangan. Sebelum sempat aku berlalu, budak tadi datang kembali.
Dengan selamba badak dia berkata, "Pak cik, ada makanan lain tak? Saya tak makan mi la....lagi-lagi yang banyak sayur camni!"
Secara tiba-tiba aku tengok muka pakcik tadi berubah merah padam, kalau dibiar mau berasap telinga kiri kanan. Apa lagi, demi menyelamatkan keadaan, terus saja aku bisik kat telinga budak tadi.....
"RUN FORREST...RUUUN!"
Monday, August 9, 2010
SEBELUM...
Banyak sangat tonton cite P.Ramlee, aku perasan satu menda...
"DAH ADA KAWAN"
Rupenye P.Ramlee lagi advanced daripada Facebook & Twitter... Update status kat almari...
Salute' lah!
Ngahahahahahhahahahaaa....
Tuesday, August 3, 2010
Mengong
Seperti biasa, apabila si bos mengambil tempat di sebelah aku, 'vibe' gabra itu tiba-tiba datang. Cuaks pun ada. Ada surat yang harus dikarang. Keje sambilan aku adalah penulis surat. Beliau memonitor kerjaku. Tiba di satu bahagian...
Bos: Tarikh hari ni ape Zal?
Aku: Tarikh? Err..jap. [Gabra makin parah]
Bos: Cepat!
Aku: Jap bos... [padahal kalendar depan mata, tetap mengerling jam kat tangan]
.
.
.
Aku: Ooo..hari ni... [paused] 34 JU...LAI....?? [pauses lagik]
Bos: [pandang semacam]
.
.
.
Aku: [Dalam hati] "Siot punya jam...dalam diam sabotaj tuan...makan dalam...."
----------------------------------------------------------------------------------------
INFO: Jam jarum aku mesti diset tarikhnya setiap bulan. Bangang kan? Tapi kelako jugak bila dikenang. Aku sayang ini jam wor.
Subscribe to:
Posts (Atom)








