Tuesday, February 22, 2011

Warm-Warm Ciken Sheet

aku cadang nak sambar moto ni, kira 'warm-warm ciken sheet' ke dok nih?

Tidak mahu digelar 'vulgarist' maka tajuk di atas telah diubah sesedap kambing golek. Maklumlah, ada kemungkinan juga anak sedara aku yang berumur lingkungan 3 hingga 17 tahun membacanya. Sudah tentu tidak elok jika bapak sedaranya menutur perkataan 'tahi' atau lebih sopan, najis tak pasal-pasal.


Berbalik kepada topik, ya memang betul, semangat aku begitulah sejak akhir-akhir ni. Suam-suam aje. Tak payah tengok jauh, blog ni pun dah cukup. Sebulan sekali belum tentu ber'hapdet'.


Bukan malas sebenarnya, tapi tak tahu mahu mem'borak' apa. Tulis tak tentu hala karang, tambah buruk dari baik, buat hapa betol tak. 


Lagipun dalam keadaan kepala hotak yang tidak begitu memberangsangkan ni, asyik-asyik [bukan lagu dangdut!] diherdik, ada kebarangkalian 99% kandungan tulisan hanya berbaur keceluparan yang vulgar. Ustad aku pun dulu ada kata, tak elok ngate orang tak tentu pasal. Jadik, lebih baiklah aku diam, membatu sebentar. Jadi cendawan di busut. 


Sejak pertengahan tahun lepas lagi sebenarnya, aku mula menulis cerpen atau cerpan. Cadangnya mahu hantar ke akhbar atau majalah. Sayang...lagi 10% mahu siap, aku membantutkan usaha. Entah angin kus-kus apa. Cis sungguh.


Jadi, cerpen ber'working title' Lara Cinta Kaukasia itu terbenam di benak komputer riba camtu aje. Jadik kalau korang ada terbaca cerpen ngan tajuk serupa dalam masa terdekat ni, ada kemungkinan tu bukan aku yang punya. ATAU, mungkin gak ada Jin Aprit curik dari dalam laptop aku, pastu antor kat paper. 


Takpe, aku sudah mula mahu mengumpulkan semula semangat itu, menunggu ruhnya masuk ke jasad malas ni. Malam-malam abis kerja dah setat main futsal ngan member-member [tapi last main pun 2 bulan lepas...haruuu], kasi stretching...kasi hiah sana, hiaaaah sinun.


Supaya tidak lagi hangat-hangat najis tenuk. Arggggghhh...tersebut najis! 

Monday, January 31, 2011

TELOR



Waktu makan tengah hari sudah menjadi rutin untuk diselitkan dengan sesi hentam-menghentam. Nasib baik sedang musim sejuk, bila digabung dengan otak dan amarah yang menggelegak, jadi hati cepat cair. 


Tapi lagi cair bila dengar dialog bebudak promoter Parkson yang tengah order makanan kat belakang...


Budak Parkson: Kak, apa beza TELUR MATA dengan TELUR DADAR?


Akak Kedai: Telur dadar ada bawang dik...


Budak Parkson: Ooo...camtu...


Diam-diam aku jeling member sebelah. Dia pulak jeling member sebelah sana pulak. Member sebelah sana jeling aku balik. Mau ditahan-tahan gelak, akhirnya tersembur jugak.


Muahahahahahahaa...


Pertama kali jumpa orang tak kenal telur. 


Kalau tak tau bezakan telur ayam dengan telur lembu, paham le jugak aku.


Macam-macam.




P/S: Ye, memang dah lame aku tak menconteng dinding nih. Agagagagagagaga

Saturday, December 25, 2010

BERKECAMUK!

Di mana ku cari DAMAI...

Masjid Wilayah, Jln. Duta
4.45 ptg

Di sini ku temu CINTA.


Tuesday, December 21, 2010

Hujan

"Deeja nampak bintang!"

Satu petang, aku sedang leka bermain-main dengan Khadeeja (2 1/2 tahun), sekejap-sekejap dia menyanyi "sumba gelek-gelek, sumba gelek-gelek...harum bau wek....", berkali-kali diulang, memang lancar! Aku pun terjebak sama.


Tiba-tiba mulutnya yang petah membebel tu menuturkan bait-bait kata yang membuatkan aku kehairanan sekejap.


"Laaaa....dah hujan..." ujarnya seolah-olah kecewa, kerana petang itu kami sudah merancang mandi kolam. Pelampung pun dah siap ditiup sampai kembung.


Aku terus pandang ke luar tingkap. "Mana ada hujan...?" aku menjawab sambil tangan menunjuk ke luar yang nampak masih cerah cuma langit sedikit berbalam. Dia masih leka menyanyi 'sumba gelek-gelek'nya...sambil tangan kecilnya menampar-nampar pipi aku yang tembam.


"Sumba gelek-gelek, sumba gelek-gelek...lalalalalaa" [nyanyi lagik T_T]


Entah macam mana, mata aku kebetulan menangkap siaran ASTRO di TV yang terganggu.


Beberapa saat kemudian, langit mula gelap pekat, dan...hujan pun turuuuun.


"Oooo....."


Mungkinkah Deeja sendiri pun dah 'masak' ngan perangai ASTRO? Atau memang dilahirkan genius?? Hoho.

*atau, mungkinkah sebab ketika umurnya setahun lebih, dengan rambut menutup muka, wajahnya mirip Noh HUJAN?



"Pagi yang gelap kini sudah terang, aku adikmu dan engkau kakaaak [Aqila]..."

Thursday, December 16, 2010

Tua-Tua Miang

AKU YANG SEMAKIN MUDO...HOHO


Semalam hari jadik colleague aku, nama pun dekat sama, muka pun lebih kuang. Nasib baik dia boroi sikit. [HAHA!]


Sebagai kawan yang prihatin, aku memberi ucapan "Selamat menyambut Hari Tua, Bapaakkk!!".


Ikut teori dia tua setaun lebih dari aku. Tapi yang tak best, bila ikut logik...


P: Dah, tak yah nak 'menTUAkan' aku...bulan 3 taun depan, umur kita sama aje...
A: Arghhh...birthday gua.... Cheit....!! [sape kata dunia ni bulat??]

Thursday, December 9, 2010

Lansing-Lansing Dalam Hujan

Joget kening lagi baeek...yihaaa

Kat akhbar kecoh, lagi pasangan Sehati Berdangdut bercerai...


Nak heran apa? 
Tergedik-gedik atas pentas. Sepatutnya suami menjaga aurat dan ketertiban isteri yang dipimpin. Bukannya menggalakkan isteri sama-sama menari meliuk-lintuk sambil aurat dijamah mata si bukan mahram.


Kalau itulah qiblatnya...maka, takdelah hairan pun berlakunya perceraian.


Lainlah kalau pasangan Sehati Beribadah...

Thursday, December 2, 2010

Pe'el Perompak Zaman Sekarang



Baru-baru ni, rumah aku dipecah masuk perompak. 
Habis rabak mangga Solex aku!
Yang hilang adalah...


Sepasang selipar jamban Crocs...versi 'pasar lambak'.


Sekian.




Moral: Garilah selipar Crocs anda, meskipun di dalam rumah.