Nasib baik ada drama bersiri Juvana ni, sekurang-kurangnya malam Selasa terisi sikit. Dapat pulak sentuhan Kabir Bhatia, huiii, lagilah tambah umphhhh.
Cuma dah berapa minggu aku tonton Juvana ni, aku perasan satu menda...
Kalau camnilah gaya Sekolah Juvana untuk pesalah remaja, kiranya tak jauh beza la ngan skola aku dulu. Skolah aku dulu pun tahap-tahap gini jugak le.
Meh tengok check list berikut:
- Belasah bebudak secara berkala [aksi darah tersembur mulut ni dah cam aktiviti bebas dah kat skola]
- Buli ekstreem
- Tumbuk menumbuk cikgu
- Masukkan pasir dalam tangki minyak Van Datsun warden
- Bakar asrama
Yang ni pulak pesen-pesen budak pompuan:
- Main spirit-spirit [abis satu skola kena amuk ngan puaka...dapat cuti seminggu, yeeyyyy!]
Bezanya skola ni ngan skola aku adalah:
- Takde grill pintu bilik mahupun tingkap.
- Buleh 'outing' ujung minggu.
- Buleh balik kampung bila raya, cuti ujung minggu, cuti umum dan cuti penggal.
- Takde Cik Adik Manis penjaga kantin [minah indon banyaklah]
- Takde jeram dalam skola [HAHA!]
*Tapi cam tak logik ye dok, ada budak pompuan cun, lemah-lembut jaga makanan kat kantin skola Juvana yang ganas abes. Mungkin saja diwujudkan untuk tambah perasa dan subplot.
Yang pasti, ada satu PERSAMAAN antara drama ni ngan skola aku dulu....iaitu...
Tukang masak dan pengarah drama ni dua-dua nama.... KABIR.
Kebetulan?
Renung-renungkan dan selamat solat Asar.
Ekekekkekekekkekkee :D






