Tuesday, November 24, 2009

100 Sudah...Yippiyaeyeh!!

Raye punye fireworks....best wor...!!


Cam Sambutan Jubli Perak plak dah nih...siap ada munge api....hohohoho....

Akhirnya...diam tak diam, dah 100 entry aku post kat blog nih.

Let me snap ur picca as a sign of appreciation...!

Terima kasih, Syukran wa Marhababikum....pada yang sudi membaca, follow dan amik peduli pada seorang Arian...

InsyaAllah...jurnal nih akan terus berjalan...

Let's keep it rollin' bebeh... ;)


Monday, November 16, 2009

Tamparan Gaban...Layan Hindustan




Semalam Ahad yang agak buhsan...tahap gaban.

Sebab hari Sabtu dah kopak duit makan kat Chilli's (1st time makan), abiskan sehari ngan member yang bakal menamatkan zaman terunanya minggu depan...

HAHA!

Makanye, Ahad aku lepak umah le...cuma bertahan waktu pagi, tengah harinya aku ngulor ke IOI Mall. Gi Speedy. Aku jumpa vcd cite DOUBT. Perghhh, mmg mencari, kebetulan tinggal sekeping. So, aku rembat (rembatan HALAL namenye...)

Tiba-tiba aku nampak satu VCD industan....hoho. Bukan 'kaki' pun, cuma mane-mane yang production Yash Chopra bleh le aku layan. Sebab stail dia wat filem lebih kuang cam Kabir Bhatia...antaranya Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Kushi Kabhi Gham, etc. Bukan setakat hiburan kosong!

Cite ni tajuk dia Dil Bole Hadippa.

(Semangat dia nih pemain Malaysia patut amik contoh...walaupun cuma filem, tapi bukan ke "LIFE IMITATES ART"??)


Apa yang buat aku rembat vcd nih?

1) Aku mula-mula tak perasan mamat Bhangra Singh dlm gambo cover tu sebenarnya Rani Mukherjee. Bila tengok cam ada something yang unik, aku mula la baca sinopsis kat belakang cover. Terus rembat...! (Rembatan HALAL gak).

2) Jalan cerita dia ada sikit cam filem She's The Man yang diadaptasi dari karya Twelfth Night oleh Shakespeare. Ternyata, sebahagian besar filem dan ending dia tak tiru bulat-bulat cite tu. Syabbas inspektor sahab!

3) Mesej PEACE @ Keamanan agak bijak digambarkan menerusi game Kriket. India & Pakistan memang ada konflik yang agak lama bersarang. Demi menyatukan dua buah negara yang berjiran ni, Pengurus pasukan Indian Tigers & Pakistan yang dah lama berkawan menganjurkan kejohanan AMAN CUP. Namun setelah 8 tahun, India tidak pernah sekali pun memenanginya.

4) Diskriminasi Gender gak menjadi elemen utama yang dipaparkan. Rani @ Veera merupakan Pemukul Bat Kanan & Kidal terbaik di kampungnya dan mampu melakukan pukulan Sixers, malah lebih hebat berbanding mana-mana pemain lelaki yang ada. Sewaktu sesi pemilihan untuk pasukan Indian Tigers, Veera dihalau oleh Pengawal Keselamatan yang menjaga pintu pagar Kelab Kriket dengan alasan, perempuan tiada tempat dalam pasukan kriket. Sejurus selepas dia diherdik, kebetulan muncul sekumpulan lelaki berarak yang mengusung dan memuja patung Dewi Durga lalu membuatkan kesemua lelaki yang sedang beratur panjang termasuklah si Pak Gad tadi menundukkan muka tanda hormat. Ironi & sarcasm wujud dalam adegan ni yang buat kita berfikir dan memahami emosi Veera yang diperlekehkan, hanya kerana dia manusia dan bukan Dewi. Lantas Veera menyamar sebagai Veer, maka bermulalah kerjayanya sebagai pemain kriket terhebat India.

* Tengok camne dia 'basuh' Pak Gad...menikam jantung.

5) Adegan cinta dah memang wajib la, dalam cite ni apa yang menariknya, Yash cuba menampilkan mesej Kenegaraan yang semakin terhakis dari dalam diri rakyat India. Even kalau kita perasan, di Amerika dan UK, semakin ramai warga India yang menetap di sana. Konflik kenegaraan dicetuskan menerusi watak Shahid Kapoor @ Rohan, anak Pengurus pasukan (lakonan Anupam Kher) yang menetap di London. Ayah si Rohan meminta bantuan Veera yang agak kekampungan untuk 'membasuh' anaknya supaya menjadi lebih 'India'.

Yang bestnye tentang filem ni:

1) Nilai-nilai cintakan negara yang cuba diterapkan semula. Satu line dari Veera yang menyentap perasaan adalah:
"Jangan kisahkan aku lelaki atau perempuan, cukuplah jika kalian dapat menyaksikan aku membantu negara mencapai kemenangan, sebab apa yang aku lakukan cuma untuk dia (India)."

2) Nilai-nilai keamanan yang mudah difahami. (Malaysia & jirannya mungkin boleh amik iktibar).

3) Paling best...tonton adegan broken English si Veera ngan si Rohan atas lori angkut lembu sambil kunyah tebu. Klaka nak mampus... Slalu kita dengar broken English atau Manglish (Malaysian English) kan? So ni kira India kampung + English.

4) Dari buta kayu, aku dah boleh faham rules game kriket cuma ngan menonton filem ni. Basic idea tu boleh digest la.

5) Kalau kita ada 1 Malaysia, dia ada 1 India...boleh tengok keghairahan & kesatuan penyokong-penyokong India dan Pakistan dari konteks ethnicity & agama. (Penyokong Malaysia pun boleh amik iktibar, jangan sibuk nak baling mercun atau bakar kerusi je...huahuahuahua)

Pendek kata, tonton filem ni cam kena tamparan gaban le... JAI HO!

Sekian, reviu filem dari aku yang buta seni.


P/S: menonton filem ni mampu mengisi mase terluang aku selama 3 jam di hujung minggu yang buhsan...tahap cipan.

Friday, November 13, 2009

TERSYASYUL


"Vrooooom...."


Sesi bersembang petang Kamis.

AKU: Bro, baru pindah umah ke?
BRO: A'ah...banyak gile barang nak punggah.
AKU: Kajang?
BRO: Yup, dekat-dekat sini je. Skang mana nak cari umah sewa murah. Nasib baik la sewa dia boleh tahan.

AKU: DOUBLE-DECKER?
BRO: ??? (konpius)

Walaupun aku copywriter/proofreader...aku cuma manusia biasa.... T_T


Thursday, November 12, 2009

Meehon Goreng Perisa Kumbang


"Arini terasa cam nak baring atas meehon la plak...MUAHAHAHAHA..." kata Encik Kumbang.


Hmmmm...lazat berkrim...disukai mak mertua jiran...

Aku pantang sebenarnya kalo makan, tup-tup ada perisa tambahan dalam makanan...kalo aku orang Nicaragua takpun dari negara Popostan atau Gohed Gostan, mungkin aku tak amik port sangat...

Tapi aku orang Melayu original (err, Pan-Asian sebenarnya, sebab ada mix Jawa...HAHA), yg lidahnya cuma berkenan kat belacan... Makan kumbang ni dah terlebih Fear Factor la rasenye... Tiba-tiba terasa nak berubah menjadik BEN10, takpun Otromen Taro....huarghhhhhh

Tapi aku agak keberatan sebenarnya nak sembur-sembur tukang masak, takpun serang owner restoren...especially kalo kedai tu aku slalu datang mentekedarah...tak best plak lain kali nak mai makan. Aku angap je la tu satu kelalaian....maybe tukang masak tak pasan kumbang tu 'landing time' baeeek punye dlm kuali.... Jadinye apa aku buat?

Kambus la balik, kebumikan kumbang berkepala kuning tu ngan mi yang masih lagi ada baki 85% dalam pinggan...

T_T (rugi duit pakcik!)

Apa-apa pun, bila dah ada perisa tambahan dalam makanan, humang aih....takyah le nak tambah-tambah Aji-got-motor ke...sebab dah Cukuuuuuup Rase...!

R.I.P Encik Kumbang! PEACE



Wednesday, November 11, 2009

Kaki PANGKAH


(Kuar Tandok!! Ngeh ngeh ngeh...)



"Demo ni muko budak WUFI*"

Ni le statement member baik aku, Awie si budak Besut merangkap room mate time study dulu yg slalu hinggap kat tinge aku. Kekadang nak tergelak pun ado.

Besar cabarannya pegang title tu, bila orang nampak kita cam malaikat tapi hakikatnya tak bape nak malaikat...HAHA.

Ingat entry sebelum ni tang zaman-zaman Brutal aku mase kecit? Ikekekekekekeke.

Alkisah...dulu arwah bapak aku jaguh main gasing pangkah kat Kota Tinggi. Siap ada team sendiri kat Felda kitorang. Siap ada jersi tu, jangan memain. Kat DESARU (resort glemer), kalo ada event, especially berkaitan ngan Pelancongan, team arwah slalu buat performance. Aku ikut ar skali...hehe. Mase tu la 1st time jumpa Mat Saleh + Minah Salleh depan mata...gaga..

Kat bawah kolong umah kitorang, bapak aku buat satu mesin khas (arwah memang kreatif + inovatif orangnya, cam aku...huhu) untuk buat gasing pangkah. Kat situ la arwah kapak cebisan-cebisan kayu, lekatkan dia punya paksi, kasi polish dan kaler. Aku memang suka tengok bapak aku godeh-godeh gasing dia. Jadi, kat bengkel mini dia tu, banyak la gasing bersepah-sepah.

Aku suka gak main kat situ. Korek-korek tanah. Guna gasing abah.

Satu hari, datanglah anak Pak Imam ngan kawan-kawan kitorang main kat situ. Leka main, aku pun tak tau setan ape yang rasuk aku time tu, aku angkat sebiji gasing (berat wor!!), sekonyong-konyongnya ngan penuh bergaya ala-ala pemain gasing profesional, terus je pangkah kepala anak Pak Imam...yang tua 2-3 taun dari aku.

Crootttt! Darah kuar dari kepala anak Pak Imam. Melalak tak ingat dunia budak tu. Masa tu aku cuak gila. Mau tak cuaknye, terbayang kena kejar ngan parang ngan bapak dia...takpun mak dia. Tak pun bapak aku.

Mak aku pun cuak gak time tu..hoho. Agaknye berkat muka WUFI aku yang sangat meyakinkan, mak dia yang kebetulan tengah bersembang ngan mak aku kat anjung umah tu selamba rock je cakap kat anak dia yang tengah meraung tuh...

"Takpelah...dia (aku) kan kecik lagi...." sambil usap-usap kepala anak dia yang berlubang tuh.

Aku??? Apo laie... Bedesuup larik........takut kena pelangkung ngan arwah abah. (Nasib baik aku berjaya escape Pedang Setiawan ayahanda...muahahahahahaha)


*Nama satu kelab yg bertindak cam 'Badan Pencegah Maksiat' masa kat universiti dulu yg membawa konotasi warak + alim ulama'...

Tuesday, November 10, 2009

Karangan Darjah 3: Aku Sebuah Pili Bomba



Kekadang lagi senang jadik Pili Bomba...


Aku baru realised yang aku dah tak cam diri aku 5 atau 10 tahun lepas. Ataupun, maybe gak 15 atau 20 tahun lepas.

Aku jadik pendiam. (Bunyik cengkerik)

Banyak gak aku terima komen-komen cam..

"Ko ni pendiam sangat la Zal..."

Sape yang baru kenal aku 5 atau 10 tahun lepas, mungkin tak perasan. Actually perubahan ni pun aku baru je perasan...lepas aku muhasabah diri.

Lately aku bertemu banyak kawan baru. Tapi, agak susah bagi aku nak 'break the ice'. Amik masa gak la nak mesra, boleh gurau-gurau. Kalo nak diikut 'gen' keluarga, mungkin gak la menyumbang, sebab family aku sume tak banyak cakap. Maybe gak sebab tu kitorang takde musuh (at least yang aku tau la). Alhamdulillah...

Masa kecik, aku lain sikit dari siblings yang lain. Banyak cakap gile gaban. Cakap main lepas. Orang Jawa kata "Semberono!". Sebab tu aku slalu kena sound ngan arwah abah aku. Kalo kuar main, dari pagi lepas sarapan sampai maghrib baru nampak batang idung. Ada sekali tu masa main rounders (kalo tak silap), aku baling budak team lawan dengan batu besor...kawan-kawan aku apa lagi....bersorak cam menang loteri... "Lari...lari.....!" Dengan mudah aku menang game tu... (sebab takde Referee!) HOHOHO

Then bile Form 1, aku masuk asrama. Time tu aku ada sorang member baik. Kitorang diletak satu dorm. Oleh sebab junior, baru masuk, aku dapat katil atas, dia katil bawah. Double-decker beb. Tapi kitorang dapat kelas lain-lain. Kena ragging pun sama-sama...hampeh...

Masa tu aku kalau bercakap memang tak pandang kiri kanan, atas bawah...then at one time, aku tak sengaja tercakap something yang agak brutal dan tak sepatutnya disebut oleh seorang kawan.

Member tu baru lepas kematian adik, arwah melecur teruk satu badan sebab insiden kebakaran. Budak-budak mungkin, jadi bab perasaan ni masih tak berperasaan agaknya. Kawan tu cuti lama, sebab adik dia meninggal. Then, bila dia naik cuti aku pun banyak spend time ngan dia. Bila dia dah boleh senyum balik time kitorang joke-joke, mungkin secara perlahan-lahan, elemen sedih tu hilang la bagi aku. We act like normal. Gurau-gurau, gaduh-gaduh, baling-baling pen kena kepala..."Kelekuk!" (bunyik dia).

Sampai satu masa tu, insiden yang aku takleh lupa sampai arini. So far, aku rasa tu lah perkara paling jahat pernah aku buat, secara tak sengaja.

Satu hari tu, balik sekolah, cam biasa student memang kena gi straight ke Musolla, kena solat Zohor jemaah. Sementara tunggu Azan, aku ngan member ni sembang la cam nak rak. Kononnya nak bikin member tu happy (tapi tak kena tempat, dalam Surau tu...hoho). Tiba-tiba, speaker asrama berbunyi bagi pengumuman.

"Kepada pelajar bernama *Polan bin Polan*, sila pergi ke Bilik Tetamu, kerana ayah anda sedang menunggu!" Roger & out.

Dengar je nama member tu, mulut aku yang belum diinsurans tu spontan je lepaskan satu statement....

"Hmm, sape pulak yang meninggal?" (Selamba katak je...)

Lepas je aku kuarkan statement kamikaze tu, kami terdiam. (Bunyik cengkerik lagi...nyit nyit nyit). Aku baru realized yang aku terlepas cakap something yang tak sepatutnya aku kata. Paling aku tak boleh lupe pandangan mata member aku time tu, ngan statement dia yang buat aku insaf & terngiang-ngiang kat tinge sampai arini.

"Sampai hati ko Zal..."

Aku tak tunggu lama untuk mintak maaf. Aku tau aku salah masa tu. Tapi kata orang, "terlajak perahu boleh diundur....terlajak speedboad, amik ko..."

Berkali-kali gak la aku mintak maaf. Akhirnya member tu maafkan gak. Though dia maafkan secara verbal, tapi dalam hati dia aku tau dia tak boleh terima.

Sejak hari tu secara perlahan-lahan aku jadik pendiam. Aku gak dah tak jadik defensive cam dulu. Sebelum tu kalo orang kutuk aku, aku akan maki balik, tak kiralah apa jadik. Siap pernah wrestling, bertumbuk. Guling-guling atas lantai. Langgar-langgar almari asrama sampai nak terbalik. (Brader senior tengok je...diorang pun terkejut badak time tu gaknye).

Pas kes tu, tak lagi. Mungkin aku terkena badi aku sendiri kot.

Skang aku leka ngan dunia aku sendiri. Tak kaco orang. Ke mana-mana pun sendiri. Istilah kawan baik tu agak susah nak lekat kat aku. Kawan biasa memang ramai.

Alhamdulillah, skang aku dah ada insurans. MAA, Takaful Ikhlas, Kurnia dan Etiqa...banyak ekk... HAHA... Aku rasa lagi tenang bila jadik pendiam, sebab bagi aku...

"DIAM ITU BIJAK!"

Moralnye: Cakap siang pandang-pandang, cakap malam...dalam kelambu aje...

--------------------------------------------------------

PANDAI-PANDAI LA KORANG KAITKAN NGAN "PILI BOMBA" TUH...


Friday, November 6, 2009

QILA & UCU


"1...2...macam-macam kaler" (tengok jari dia mengira!)


Qila: "Ni untuk Ucu...."
Ucu: T_T


Orang Melayu memang pemurah. Biasanya kalau balik kampung, orang-orang dewasa suka hulur duit (salam keruk) kat budak-budak.

Lokasi kejadian: Dalam kereta, on the way balik dari kampung.

Qila: "Hijau, merah....1, 2, 3....." (sibuk mengira duit dari dalam angpau)
Ibu: "Banyaknya duit, ibu mintak sikit boleh?"
Qila: "Mana boleh. Qila nak beli eskrem!"
Ibu: (Cebik bibir, buat-buat merajuk)
Qila: "Ok..ok... ibu amik yang ni" (menghulurkan not merah)
Ibu: "Tengkiu.... Abih, Ucu camne?" (tunjuk pada aku yang buat-buat blur)
Qila: "Takpe, Ucu kongsi ngan Qila eh. Yang ni! Nanti kita boleh beli eskrem...bla...bla..." (sambil tunjuk not kaler hijau)

Ucu: T_T (dalam hati, "Dah la kongsi, 5 ringgit plak..HUHU")

Seronoknya jadik pakcik nih, bila anak-anak sedara ramai...pastu cerdik-cerdik. Kekadang kita pun kalah berdebat.