Thursday, December 31, 2009
Bon Voyage
Satu lagi tahun bakal menggulung tikarnya, di saat ini, jam tangan Mont Blanc aku yang berharga 20ringgit yang aku beli di Jalan Masjid India sempena Hari Raya sudah pun menunjukkan jam 2.15 petang, bermakna ada lebih kurang tak sampai 12 jam lagi...2009 akan...MATI...
2010...kita akan meningkat umur ke satu lagi angka... Ini satu fakta yang kita selalu risaukan. Tapi sebenarnya, jika diikutkan Kalendar Hijrah, kita sebenarnya lebih tua dari usia kita yang sebenar.
Kenapa?
Sebab tahun Hijrah hanyalah 355 hari, kurang sepuluh hari dari kalendar Roman iaitu 365 hari. Jadi jika dihitung-hitung, ada kemungkinan besar aku sebenarnya dah berumur...30 tahun!?? (Tapi masih kacak & muda...hoho)
Mari kita tengok apa yang aku achieved untuk tahun 2009 yang penuh kegagalan ini (PARADOKS spontan):
1) Aku disayangi segolongan orang, tapi dibenci sebilangan yang lain.
(Nasihat: JANGAN BERCINTA DENGAN KAWAN BAIK SENDIRI PASTU PUTUS!)
2) Aku suka mengambik gambo.
3) Aku berjaya menyambar SLR.
4) Kereta aku banyak buat hal.
5) Duit banyak habis sebab keta banyak buat hal.
6) Aku mula kenal dengan ramai pemilik bengkel dan jugak pomen-pomen terlatih.
7) Aku ditipu bengkel kereta, pemilik bengkel dan pomen-pomen terlatih.
8) Banyak orang belanja aku makan.
9) Lagi banyak aku belanja orang makan (agaknya).
11) TAKDE BONUS... T_T
Pencapaian terbesau....
Aku berjaya membukak blog dan berkenalan dengan ramai orang...yang hampir sumenye aku tak pnah jumpa, tapi cam dah kenal lama.... To che...to che....
Harapan aku untuk 2010...
Semoga sume ahli kuarga, kawan-kawan dan orang yang membaca blog aku ni dirahmati Tuhan, diberkati dan dimurahkan rezeki.... Dan semoga aku cepat jadik kaya tapi tetap tak lupa pada Dia.
HUOII KORANG...TENGKIU SINGGAH SINI! (sambil buat ombak)
HEHEHEHEHE..... :D
Monday, December 28, 2009
Balada Pelakon Pembantu
Gambar hiasan Abg. Ngah aku yang tengah gigih mengecat umah.
Terbit gak perasaan kagum. Nak juga aku tahu apa rahsianya yang membuatkan dia begitu tenang walau jiwa dilanda 'badai'....
Atas sebab-sebab kesihatan, dia bercuti agak lama. Sejak dia bercuti, lama aku tak dengar kisah pasal dia. Tiada yang bercerita, tiada pulak yang bertanya. Kehidupan diteruskan macam biasa. Jika tidak kerana hari ini, mungkin aku tidak terfikir langsung pasal dia.
Kebetulan aku membantu 'install' printer di komputernya. Volunteer. Sambil mencucuk wayar itu dan ini, mata aku menangkap satu nota kecil di hujung skrin komputernya. Asalnya dalam Bahasa Inggeris, setelah diterjemahkan, aku tafsirkan bunyinya begini:
"Ada kebenaran dalam setiap tangisan, dan ada tangisan di sebalik penipuan yang bertitik-tolak dari kesilapfahaman. Belajar daripadanya, dan kekal tabah...
Di akhir cerita, pasti ada hikmah..."
Ternyata, jiwanya juga tak kebal dengan badai. Walau kental di luar jelas, dia 'menangis' di dalam. Cumanya hebatnya hamba Allah seorang ini, dia mampu menyimpan racun di benak sehingga tak siapa yang sedar hati yang berdarah.
Dan di akhirnya, dia hanyalah seorang pelakon pembantu dalam sebuah wayang kehidupan yang kehadirannya dipandang sepi; sedar dalam tidak, wujud dalam tiada.
Bila difikir dan direnung dalam-dalam...aku pun mula terfikir...dalam wayang kehidupan aku...
"Adakah aku...pelakon utama atau pelakon pembantu?"
.
.
.
ANDA?
Thursday, December 24, 2009
Pok Lah Drebar
Aku agak tensen arini... Dalam tensen-tensen nih, tiba-tiba aku teringat kat sorang pakcik mase aku kije kat Cyberjaya dulu.
Pok Lah namenye, oghe Kelate. Kelakar dalam spontan...dia pun tak tau sebenarnya dia buat kelakar....bukan senang nak jumpa orang camni.
Aku ngan budak-budak ofis selalu lepak kat Terminal....sape yang kije kat Cyber sure almaklum, tempat tu ada satu food court yang murah makanannya, sedap pulak tu. 9 kedai ditanggung Halal...1 kedai lagik agak was-was le kehalalannya.
Terminal ni tempat bas-bas berenti sebenarnye, amik penumpang. Ramai le drebar-drebar bas yang landing kat situ. Salah sorangnya Pok Lah. Aku pun tak tau camne asalnye kitorang boleh ber-klik ngan Pok Lah yang selamba nih. Dah le peramah, jujur (naive) plak tuh.
Satu hari mase kitorang tengah melapah hidangan tengahari, ayam peneyet yang lazat, Pok Lah datang ngan muka yang agak serius. Selalu datang-datang dah buat lawak. Kitorang agak heran le. Apa agaknye yang ditensenkan dek Pok Lah nih.
Kawan A: Pok Lah...nape kelat semacam je muka?
Pok Lah: Mane aku tak kelat. Ada ke tadi sorang penumpang tuh kurang ajor ngan aku.
Kawan B: Dia buat ape Pok Lah? Berani dia kuang ajor ngan orang tua.... Pok Lah dah la tua.... (statement kuang ajo)
Pok Lah: Dalam bas tadi, aku boring le tak ramai penumpang. Pastu seat belakang aku ni ada sorang budak pompuan. Budak luar (foreigner). Aku ajak le bersembang. Aku tanya sepatah, dia buleh tunjuk JARI kat aku! Tak guna betol!
Kawan A: Sabo Pok Lah...sabo... Bawak bertenang...
Kawan C: Memang tak patut! Err...apa yang Pak Lah tanya sampai dia hangin sangat tuh?
Pok Lah: Alah...aku tau la aku tak terer omputih, yang biasa-biasa le aku tanya...aku bukannya bodoh sangat pun...aku tanya cara baik pulak tu...
Kawan B: Tanya apa?
Pok Lah: Aku tanya..... "Hello, are you NEGRO?"
Satu Terminal: (bunyik cengkerik)..... pastu... "WAKAKAKAKAKAKAKAKAKA!"
Wednesday, December 23, 2009
Kisah KELEDEK & KENTANG
Aku harap kengkawan high-skool aku tak baca entry nih...haha.
Masa kat asrama dulu, kitorang dianugerahkan nama-nama gelaran yang pelik-pelik. Habis sume nama binatang kuar. Bila dah habis nama binatang, gelaran diberi berdasarkan kategori-kategori yang dirasakan sesuai, termasuklah tumbuh-tumbuhan.
Salah seorang kawan baik aku, badannya agak chubby. Satu ketika, waktu Ceramah Maulud Nabi kat Surau, si kawan ni punyalah syok tido masa Ustad bagi ceramah, bertongkat dagu sampaikan mukanya yang chubby tuh tergelebeh serupa bentuk...KENTANG.
Sejak hari tu, lekat la nama Kentang, dianugerahkan oleh senior-senior yang bagero.
Kawan aku ni dari marah, sampailah dah penat nak tegur....jadik, "lantak korang lah!".
Tahun depannya, budak-budak junior masuk. Part ni yg best, sebab kitorang dah tamat era ragging...so nak ragging la plak....hoho.
Si Kentang ni ingat, bila budak junior masuk, berakhirlah penderitaan dia. Makin teruk ghupenye. Dalam ramai-ramai budak junior nih, boleh pulak ada sorang yang mukanya sejibik si Kentang. Sejak hari tu, dianugerahkan la pulak nama....KELEDEK kat budak tu..hoho...kesian...
"Oii Kentang, adik ko Keledek mane?"
Tu la sindiran yang Kentang dengor hari-hari, sampai naik kematu telinga dengor.
"Lantak korang lah!" (jawapan standard si Kentang)
Ada satu kejadian kelakar yang tak buleh kitorang lupekan pasal si Keledek nih. Kat asrama biasa la, budak-budak biasanya akan jadik lebih KREATIF dan INOVATIF....nak survive... Maka lahirlah ramai tukang masak separa profesional, menggoreng telur menggunakan seterika dan sebagainya. Begitu gak tukang gunting separa profesional (aku tak terkecuali)...hoho.
Kitorang selalu kena spot check ngan Cikgu Disiplin...rambut panjang kalu kantoi, sah-sah kena gondol depan perhimpunan. Kitorang skola agama, brothers kena pakai lengan panjang....so sape-sape tak kancing lengan tuh, kompem akan di stapler lengan bajunye... (ye, aku pernah kena...mmg sadis....huhu).
Berbalik pada si Keledek nih, agaknye kerana dah terlampau desperate, tak mau ditogelkan depan khalayak ramai mase perhimpunan... Masa berjalan, tik-tok...tik-tok....esok pagi dah nak perhimpunan.... Ahad malam Senin, setengah jam sebelum lampu dimatikan, dia pun mengambil tindakan drastik, memotong sendirik rambutnye menggunakan cermin sisi motor sape entah.... 5 minit pertama ok, segala-galanya berjalan lancar....malangnya pada minit ke-6, dia pun kerling bahagian rambut sebelah kanan....
"Ya Allah....TOKAK kepala aku!"
Esoknya...mase perhimpunan, kitorang perasan rambut si Keledek ni lain macam kalernye....HITAM abis sebelah kanan....pelik gak.... Sebelah kiri tu nampak gak la kaler kulit sikit.... Memang pelik...
Masa perhimpunan, satu pengumuman penting dari Guru Disiplin menyebabkan ramai brothers yang hampir terkena serangan jantung....begitu gak pacar masing-masing yang tidak dapat menerima hakikat pakwe masing-masing akan kelihatan kurang kacak daripada biasa...apatah lagi si Keledek!
"Mampos aku!", tu je la terkeluar dari mulut Keledek.
Kementerian Pelajaran waktu tu memerintahkan semua pelajar lelaki tidak boleh menyimpan rambut panjang dan berfesyen. Hanya satu fesyen yang dibenarkan....rekrut style...no. 3... Lebih kuang askar la.... Jadik, pelajar-pelajar lelaki diminta beratur, untuk membotakkan kepala masing-masing..... Sorang demi sorang digondolkan dengan rakus sekali...akhirnya tibalah giliran Keledek. Aku rase time ni, si Keledek nak terkucil dah...
Mesin dihidupkan, "zriiiiiiiiiingggg"....
Keledek terasa seperti duduk di kerusi elektrik....
Tak sampai 5 minit kepala Keledek dah gondol...ngan mata terpejam....tak sanggup tengok reaksi senior, kawan-kawan, cikgu-cikgi dan jugak Pakcik Tukang Gunting...
"Aikkkkkk!" (ramai-ramai terkejut)
Kepala Keledek yang putih melepak tu, kelihatan Hitam di sebelah kanan.....dah macam beruang panda....
Cikgu Disiplin pun interrogate si Keledek...
"Ni apesal kepala kamu sebelah putih sebelah hitam nih?", tanya Cikgu Disiplin (konpius sambil tahan gelak).
"Err...yang hitam tu....MARKER Cikgu!", jawab Keledek selamba badak.
Sejurus tu, diikuti gelak ketawa terbarai Cikgu Disiplin, senior-senior, kawan-kawan dan jugak Pak Cik Tukang Gunting....
"WAKAKAKAKAKAKAKAKA"
Respon standard Kentang yang akhirnya diaplikasikan gak oleh si Keledek..
"Lantak korang laaaah...."
Tuesday, December 22, 2009
Selamat Ulang Tahun Sayang
Now, she turns 4... ampat taun laa...
Sekejapnya masa berlalu... Dulu cinonet je, aku sukakan matanya yang sepet, gigi kapaknya yang besar...dan senyumnya yang selamba.... Jugak ketawa besaunya yang terbahak-bahak! HOHOHO
Untuk Aqila, Pak Ucu nyanyikan 1 lagu 3 kerat...
"Selamat Ulang Tahun Sayang...
Kini kau bersayap pergilah terbang...
Rentaslah langit cita-cita mu....
Esok lusa kita kan bertemu..."
---------------------------------------------------------
*Pernah nyanyikan lagu ni sebagai hadiah untuk ulang tahun seseorang...on request nih. Malu siot (tutup muka...). Tolong, lain kali jgn suruh aku menyanyi....bunyinye seolah-olah buaya yang tengah sakit tekak!
SELAMAT ULANG TAHUN JUGA UNTUK SEMUA YANG MENYAMBUT
(Maaf, tiada kek coklat...hanya doa semoga semuanya berbahagia & berjaya memperoleh apa yang dihajat... AMIN)
Monday, December 21, 2009
Kata P. Ramlee
"Lagu & Irama tak boleh berpisah, jika berpisah...sumbang lah Nada..."
E: Tapi aku pernah dengar...ini benar-benar kejadian....
A: Bila?
E: (kuatkan volume radio)
"Hey Hey Hey...
Aku...tak percaya CINTA...
Tak pernah fikirkan CINTA...
Tak pernah percaya..
... C.I.N.T.A...."
Thursday, December 17, 2009
Muhajirin 1431
Masanya sudah tiba...untuk transisi sahsiah diri...
Memilih MAHMUDAH, menolak MAZMUMAH...
Dari GELAP kepada CAHAYA...
Salam Maal Hijrah 1431
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)
.jpg)

+edit.jpg)