Thursday, November 18, 2010

QORBAN TEMBIKAI




Bagi sesetengah orang, 'qurban' itu terjemahannya lebih menjurus kepada sembelihan haiwan ternakan berkaki empat yang mengikut syarak dalam ertikata Eid al-Adha. Bagi aku, definasinya lebih mendalam.

Biasalah, orang kampung...bagi yang susah macam kami sekeluarga, asal ada peluang menambah pendapatan, rezeki takkan ditolak.

Aku ingat lagi sekitar tahun 90an. Waktu tu aku masih di asrama. Cuti raya haji, pasti ambil peluang cuti di kampung. Asalnya sudah merancang beraya dengan kawan-kawan. 

Pagi raya, arwah abah bagi aku kejutan. Ini bukan 'surprise!' macam Eric Leong biasa buat dalam rancangan Casa Impian. Ini betul-betul haru punya kejadian.

"Jom, hari ni teman abah meniaga tembikai!" ajakan Abah buat rancangan cuti sakan aku kecundang di tengah jalan. 

"Hari ni?" aku menyoal abah kembali seolah-olah budak yang tidak paham Bahasa Melayu. 

Abah mengangguk perlahan, sedikit senyum terukir dibibirnya. Aku selalu aje kalah dengan senyuman abah itu. Mana ada anak yang mahu dibilang derhaka. Pagi itu, walaupun akur tapi perasaan kecewa sukar dibendung. Sedikit sebanyak tergambar jua di muka, walau cuba disorok.  Abah faham.

Manakan tidak, orang lain sibuk-sibuk tengok orang kampung sembelih korban, kami duduk di kedai tepi jalan jual tembikai.

Tugas aku cuma jaga duit, sambil bersih-bersihkan tembikai yang berserakan. Dari pagi sampai petang, aku temankan abah meniaga. Ada juga kawan-kawan yang datang lalu-lalang. Aku buat-buat tak nampak sajalah. 

Menjelang senja, tugas hampir selesai. Abah ajak aku kira duit hasil jualan dalam tupperware. Aku tolong abah kira. Tidak lama kemudian mata aku terbeliak. "Wah, banyaknya!" terpacul perkataan dari mulut. Abah cuma senyum.

"Hah, duit ni nanti bolehlah buat bayar yuran sekolah kamu..." ujar Abah ringkas.

Aku pandang abah. Kelihatan peluh menitik dari dahinya yang berkedut. Jelas, abah kepenatan. Makin direnung makin sayu dibuatnya.

Diam-diam aku mula belajar sesuatu. Tiada jalan mudah untuk hidup senang.

Abah banyak berkorban untuk aku. Tapi aku? Ternyata pengorbanan kerdil aku di Hari Raya itu, memang satu pengorbanan yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila.

Ia satu pengorbanan untuk memahami apa erti sebenar PENGORBANAN. 

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1431H.

ALFATIHAH BUAT ALLAHYARHAM KAMDIN BIN KASRI, AYAHANDAKU TERCINTA.

13 comments:

  1. paris hilton je yang lahir2 dah kaya, tak payah susah2 kerja

    ReplyDelete
  2. paris hilton? ex-colleague aku ada sorang...tapi depa panggil Parit Eton...versi Jowo mungkin.

    ekekekekekekekekkek

    ReplyDelete
  3. tak ramai anak yg sedar pengorbanan ibu bapa..






    *kalo tok durhaka...rasanye dh lama tok jd sport car..hahahahah

    ReplyDelete
  4. ape????? sport car?

    tok like.... ngahahahahahhahhaa

    ReplyDelete
  5. sayu beb
    ..
    Al - Fatihah untuk arwah

    ReplyDelete
  6. alien: time kasih atas sedekahan al-fatihah :)

    ReplyDelete
  7. sabar.. hidup satu ujian .

    akhirat sana, kekal selamanya....

    ReplyDelete
  8. caki: owh, musti. tok takpnah nyesal. setiap pengalaman = harta paling berharga... ;)

    ReplyDelete
  9. x terlewat,selamat hari raya quraban zal :D

    ReplyDelete
  10. quraban ye yin? tu 'gagap pengantin' namenye.... agagagagagagaga...

    melawak aje...

    selamat ari raye bro :)

    ReplyDelete
  11. selamat ari raye pakwe :) kim salam kat makwe skali yek


    *al-Fatihah utk arwah pakcik Kamdin. Smoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..

    ReplyDelete
  12. selamat ari raye gak makwe. kim slm gak kat pakwe & anak-anak we...

    hoho

    *mekasih beb ;)

    ReplyDelete
  13. cik epal:

    time kasey :)

    bukan tembikai...epal. eh...silap. kambing golek... hoho.

    ReplyDelete