Monday, January 31, 2011
TELOR
Waktu makan tengah hari sudah menjadi rutin untuk diselitkan dengan sesi hentam-menghentam. Nasib baik sedang musim sejuk, bila digabung dengan otak dan amarah yang menggelegak, jadi hati cepat cair.
Tapi lagi cair bila dengar dialog bebudak promoter Parkson yang tengah order makanan kat belakang...
Budak Parkson: Kak, apa beza TELUR MATA dengan TELUR DADAR?
Akak Kedai: Telur dadar ada bawang dik...
Budak Parkson: Ooo...camtu...
Diam-diam aku jeling member sebelah. Dia pulak jeling member sebelah sana pulak. Member sebelah sana jeling aku balik. Mau ditahan-tahan gelak, akhirnya tersembur jugak.
Muahahahahahahaa...
Pertama kali jumpa orang tak kenal telur.
Kalau tak tau bezakan telur ayam dengan telur lembu, paham le jugak aku.
Macam-macam.
P/S: Ye, memang dah lame aku tak menconteng dinding nih. Agagagagagagaga
Saturday, December 25, 2010
Tuesday, December 21, 2010
Hujan
"Deeja nampak bintang!"
Satu petang, aku sedang leka bermain-main dengan Khadeeja (2 1/2 tahun), sekejap-sekejap dia menyanyi "sumba gelek-gelek, sumba gelek-gelek...harum bau wek....", berkali-kali diulang, memang lancar! Aku pun terjebak sama.
Tiba-tiba mulutnya yang petah membebel tu menuturkan bait-bait kata yang membuatkan aku kehairanan sekejap.
"Laaaa....dah hujan..." ujarnya seolah-olah kecewa, kerana petang itu kami sudah merancang mandi kolam. Pelampung pun dah siap ditiup sampai kembung.
Aku terus pandang ke luar tingkap. "Mana ada hujan...?" aku menjawab sambil tangan menunjuk ke luar yang nampak masih cerah cuma langit sedikit berbalam. Dia masih leka menyanyi 'sumba gelek-gelek'nya...sambil tangan kecilnya menampar-nampar pipi aku yang tembam.
"Sumba gelek-gelek, sumba gelek-gelek...lalalalalaa" [nyanyi lagik T_T]
Entah macam mana, mata aku kebetulan menangkap siaran ASTRO di TV yang terganggu.
Beberapa saat kemudian, langit mula gelap pekat, dan...hujan pun turuuuun.
"Oooo....."
Mungkinkah Deeja sendiri pun dah 'masak' ngan perangai ASTRO? Atau memang dilahirkan genius?? Hoho.
*atau, mungkinkah sebab ketika umurnya setahun lebih, dengan rambut menutup muka, wajahnya mirip Noh HUJAN?
"Pagi yang gelap kini sudah terang, aku adikmu dan engkau kakaaak [Aqila]..."
Thursday, December 16, 2010
Tua-Tua Miang
AKU YANG SEMAKIN MUDO...HOHO
Semalam hari jadik colleague aku, nama pun dekat sama, muka pun lebih kuang. Nasib baik dia boroi sikit. [HAHA!]
Sebagai kawan yang prihatin, aku memberi ucapan "Selamat menyambut Hari Tua, Bapaakkk!!".
Ikut teori dia tua setaun lebih dari aku. Tapi yang tak best, bila ikut logik...
P: Dah, tak yah nak 'menTUAkan' aku...bulan 3 taun depan, umur kita sama aje...
A: Arghhh...birthday gua.... Cheit....!! [sape kata dunia ni bulat??]
Thursday, December 9, 2010
Lansing-Lansing Dalam Hujan
Joget kening lagi baeek...yihaaa
Kat akhbar kecoh, lagi pasangan Sehati Berdangdut bercerai...
Nak heran apa?
Tergedik-gedik atas pentas. Sepatutnya suami menjaga aurat dan ketertiban isteri yang dipimpin. Bukannya menggalakkan isteri sama-sama menari meliuk-lintuk sambil aurat dijamah mata si bukan mahram.
Kalau itulah qiblatnya...maka, takdelah hairan pun berlakunya perceraian.
Lainlah kalau pasangan Sehati Beribadah...
Thursday, December 2, 2010
Pe'el Perompak Zaman Sekarang
Baru-baru ni, rumah aku dipecah masuk perompak.
Habis rabak mangga Solex aku!
Yang hilang adalah...
Sepasang selipar jamban Crocs...versi 'pasar lambak'.
Sekian.
Moral: Garilah selipar Crocs anda, meskipun di dalam rumah.
Thursday, November 18, 2010
QORBAN TEMBIKAI
Bagi sesetengah orang, 'qurban' itu terjemahannya lebih menjurus kepada sembelihan haiwan ternakan berkaki empat yang mengikut syarak dalam ertikata Eid al-Adha. Bagi aku, definasinya lebih mendalam.
Biasalah, orang kampung...bagi yang susah macam kami sekeluarga, asal ada peluang menambah pendapatan, rezeki takkan ditolak.
Aku ingat lagi sekitar tahun 90an. Waktu tu aku masih di asrama. Cuti raya haji, pasti ambil peluang cuti di kampung. Asalnya sudah merancang beraya dengan kawan-kawan.
Pagi raya, arwah abah bagi aku kejutan. Ini bukan 'surprise!' macam Eric Leong biasa buat dalam rancangan Casa Impian. Ini betul-betul haru punya kejadian.
"Jom, hari ni teman abah meniaga tembikai!" ajakan Abah buat rancangan cuti sakan aku kecundang di tengah jalan.
"Hari ni?" aku menyoal abah kembali seolah-olah budak yang tidak paham Bahasa Melayu.
Abah mengangguk perlahan, sedikit senyum terukir dibibirnya. Aku selalu aje kalah dengan senyuman abah itu. Mana ada anak yang mahu dibilang derhaka. Pagi itu, walaupun akur tapi perasaan kecewa sukar dibendung. Sedikit sebanyak tergambar jua di muka, walau cuba disorok. Abah faham.
Manakan tidak, orang lain sibuk-sibuk tengok orang kampung sembelih korban, kami duduk di kedai tepi jalan jual tembikai.
Tugas aku cuma jaga duit, sambil bersih-bersihkan tembikai yang berserakan. Dari pagi sampai petang, aku temankan abah meniaga. Ada juga kawan-kawan yang datang lalu-lalang. Aku buat-buat tak nampak sajalah.
Menjelang senja, tugas hampir selesai. Abah ajak aku kira duit hasil jualan dalam tupperware. Aku tolong abah kira. Tidak lama kemudian mata aku terbeliak. "Wah, banyaknya!" terpacul perkataan dari mulut. Abah cuma senyum.
"Hah, duit ni nanti bolehlah buat bayar yuran sekolah kamu..." ujar Abah ringkas.
Aku pandang abah. Kelihatan peluh menitik dari dahinya yang berkedut. Jelas, abah kepenatan. Makin direnung makin sayu dibuatnya.
Diam-diam aku mula belajar sesuatu. Tiada jalan mudah untuk hidup senang.
Abah banyak berkorban untuk aku. Tapi aku? Ternyata pengorbanan kerdil aku di Hari Raya itu, memang satu pengorbanan yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila.
Ia satu pengorbanan untuk memahami apa erti sebenar PENGORBANAN.
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1431H.
ALFATIHAH BUAT ALLAHYARHAM KAMDIN BIN KASRI, AYAHANDAKU TERCINTA.
Subscribe to:
Posts (Atom)







