aku cadang nak sambar moto ni, kira 'warm-warm ciken sheet' ke dok nih?
Berbalik kepada topik, ya memang betul, semangat aku begitulah sejak akhir-akhir ni. Suam-suam aje. Tak payah tengok jauh, blog ni pun dah cukup. Sebulan sekali belum tentu ber'hapdet'.
Bukan malas sebenarnya, tapi tak tahu mahu mem'borak' apa. Tulis tak tentu hala karang, tambah buruk dari baik, buat hapa betol tak.
Lagipun dalam keadaan kepala hotak yang tidak begitu memberangsangkan ni, asyik-asyik [bukan lagu dangdut!] diherdik, ada kebarangkalian 99% kandungan tulisan hanya berbaur keceluparan yang vulgar. Ustad aku pun dulu ada kata, tak elok ngate orang tak tentu pasal. Jadik, lebih baiklah aku diam, membatu sebentar. Jadi cendawan di busut.
Sejak pertengahan tahun lepas lagi sebenarnya, aku mula menulis cerpen atau cerpan. Cadangnya mahu hantar ke akhbar atau majalah. Sayang...lagi 10% mahu siap, aku membantutkan usaha. Entah angin kus-kus apa. Cis sungguh.
Jadi, cerpen ber'working title' Lara Cinta Kaukasia itu terbenam di benak komputer riba camtu aje. Jadik kalau korang ada terbaca cerpen ngan tajuk serupa dalam masa terdekat ni, ada kemungkinan tu bukan aku yang punya. ATAU, mungkin gak ada Jin Aprit curik dari dalam laptop aku, pastu antor kat paper.
Takpe, aku sudah mula mahu mengumpulkan semula semangat itu, menunggu ruhnya masuk ke jasad malas ni. Malam-malam abis kerja dah setat main futsal ngan member-member [tapi last main pun 2 bulan lepas...haruuu], kasi stretching...kasi hiah sana, hiaaaah sinun.
Supaya tidak lagi hangat-hangat najis tenuk. Arggggghhh...tersebut najis!