Tuesday, April 3, 2012

FREE-LUNCH?

[Entry berbaur skema]


Kerja sambilan. Siapa yang tak rebut jika peluang dah muncul depan mata. Rezeki dari Tuhan, terima sajalah. Asal tidak mengganggu pekerjaan tetap, masih lagi 'halal'. Tapi dengan peningkatan taraf hidup, gaji yang sedia ada belum tentu cukup. Mau bayar bil, hutang biaya pengajian yang bertahun tertunggak, cukai-cukai KERAJAAN, mau sara keluarga, mau makan, minum.

Mungkin dari situ Tuhan turunkan rezeki dari cambah yang lain. [Alhamdulillah]

Selaku seorang 'translator freelancer', banyak juga dilemma yang terpaksa ditanggung. Lebih-lebih lagi jika bukan penterjemah yang berakreditasi atau 'certified' macam aku ni. Bagi yang bertauliah, ada 'rate' atau kadar spesifik yang dikenakan, contohnya; 50sen bagi setiap perkataan. Bayangkan satu muka surat saiz A4 penuh, dengan font saiz 12, kurang-kurang ada 200 patah perkataan. Darab pula dengan 10 muka surat. 'KA-CHING!'

Itu yang bertauliah lah, yang main terjah cam aku, satu muka surat cincailah RM10. Tapi dari tak buat apa-apa kat rumah, waktu-waktu senggang, apa lagi, buat ajelah. Janji ada hasil. Itupun job datang ikut musim. Waktu ada banyaklah, waktu takde, senyap.

Berbalik kepada dilemma tadi, aku selalu juga dapat SMS dari client-client, kebanyakannya dari bidang media dan hiburan.

Client: "Bro, tolong translate ni, xxxxxxxxxxx..."
.
.
.
[seminit dua kemudian]
Aku: "Ok, dah translate. Option 1, xxxxxxx, Option 2, xxxxxx."
Client: "Thank you, so nak caj berapa ni?"
Aku: "Err, takpelah...ciput je ni, kira halal."
Client: "Thank you, bro!"

Kalau penterjemah bertauliah, sebaris tagline pun ada harganya. Memang dah tertulis dalam kontrak. Itulah untungnya. Jadi client tak boleh nak argue. Apa-apapun semuanya terpulang pada penterjemah tu sendiri, mau caj atau tidak.

Bagi aku, dilemma nya tulah, bila bab harga. Kekadang pikir mau caj, tapi macam tak patut pulak. Ye la, setakat terjemah 'tagline' atau slogan yang berapa patah perkataan sangat tu. Nak letak amount dalam invoice pun malu. Akhirnya, aku halalkan aje lah.

Cara aku rasionalkan mudah aje. Dalam perniagaan, kita kena jaga hati client, adakalanya kita tak perlu berkira sangat. Tak rugi satu sen pun. Natijahnya, kita dapat perkukuh hubungan dengan client. Bila client dah anggap kita macam kawan, bertambahlah keyakinan dia dengan kredibiliti kita. Dari perkara-perkara kecil camni yang kekadang kita tak sedar, Tuhan menambahkan rezeki dengan job-job yang lebih besar.

Tapi, tolong-menolong biarlah berpada. Kena pandai tackle keadaan. Hati mau baik. Yang penting, keikhlasan dan nawaitu saoma rodin. Haha.

So far, client aku sume ok. Alhamdulillah, diorang tak amik kesempatan. Ikutkan diorang nak bayar, tapi tak sampai ati lak aku nak accept. Yang pasti, seronok kerja, seronok gak tambah kenalan. Aku bersyukur dan hargai kepercayaan diorang kat aku.

Berusahalah!



Wednesday, February 29, 2012

Jeles Sama Jason

Sejak on-off relationship ngan blog ni, aku pun turut berhibernasi dari shooting. Lama gak tu. Lense pun dah berhabuk. Siap ada 'dead pixel' lagi. Berpenyakit gak Nikon aku nih. Sian. Maaflah, sebab aku turut betray ko sama.

Tapi hari ni, tiba-tiba aku gian nak shooting balik....bila abang aku post link sorang photographer ni kat FB. Bukan saja kehebatan skill dia, plus the 'touch-ups' yang berjaya menginspirasikan...tapi 'keikhlasan' dan kasih sayang yang ditonjolkan buat aku... "Whoa...." [rahang jatuh]

Memperkenalkan Jason Lee dan anak-anaknya Kristin & Kayla...

 This reminds me of Mr. Bean...
 "I believe I can fly..."
 Kiut-miut -----> baca tajuk buku Dummies tuh!
 Yok...gi skool! [Bedesuuuup]
 "You look better toothless la kakak!"
 Jason Lee dan Kristin
 Hachiuuuuu....!
 Apa yang penting... KERJASAMA!
Blub blub blub....

Jason Lee ada blog sendiri, cekidaut! http://www.jwlphotography.com/ 

Budak kecit berdua yang kiut ni pun ada... http://kristinandkayla.blogspot.com/

Owh...mau start shooting Qaliph! Yay

Monday, February 27, 2012

Surat Terbuka Untukmu



Assalamualaikum.

Lama betul tak jenguk kau. Tak tanya khabar kau.

Sejak akhir-akhir ni, tiap kali nak luahkan kata, mesti terbantut lepas susun 2-3 baris ayat. Kemudian, aku senyap. 2-3 bulan aku cari kau lagi, kendian, terbantut. Pastu, senyap lagi.

Mungkin kau kecik hati.

Jujur, walau baru setahun dua kenal kau, tapi rasa macam dah lama. Akhir-akhir ni aku betul-betul terasa macam dah khianati kau. Manakan tidak, sebelum tempoh 'hibernasi' dulu, asal ada waktu terluang walaupun 5 minit, pasti aku curahkan semuanya kat kau. Suka betul aku kongsi cerita dengan kau sebab kau tak pernah membantah, kau cuma dengar. Bagus kau ni, anak sape agaknya. Sejuk perut mak kau mengandungkan kau.

Tapi tulah, aku dah tak ada banyak masa macam dulu.

Lagipun, terus-terang aku katakan, kita memang dah tak boleh rapat macam dulu-dulu. Dunia kita berbeza.

Maaflah, aku kini sudah ada dua nyawa yang wajib ku tatang penuh tanggungjawab.

Terpaksalah aku meletakkan kau jadi pilihan kedua.

Maaf ye, blog.

Yang benar,
Jejai Alhariesz

"Dekat Tapi Jauh"