Tuesday, April 3, 2012

FREE-LUNCH?

[Entry berbaur skema]


Kerja sambilan. Siapa yang tak rebut jika peluang dah muncul depan mata. Rezeki dari Tuhan, terima sajalah. Asal tidak mengganggu pekerjaan tetap, masih lagi 'halal'. Tapi dengan peningkatan taraf hidup, gaji yang sedia ada belum tentu cukup. Mau bayar bil, hutang biaya pengajian yang bertahun tertunggak, cukai-cukai KERAJAAN, mau sara keluarga, mau makan, minum.

Mungkin dari situ Tuhan turunkan rezeki dari cambah yang lain. [Alhamdulillah]

Selaku seorang 'translator freelancer', banyak juga dilemma yang terpaksa ditanggung. Lebih-lebih lagi jika bukan penterjemah yang berakreditasi atau 'certified' macam aku ni. Bagi yang bertauliah, ada 'rate' atau kadar spesifik yang dikenakan, contohnya; 50sen bagi setiap perkataan. Bayangkan satu muka surat saiz A4 penuh, dengan font saiz 12, kurang-kurang ada 200 patah perkataan. Darab pula dengan 10 muka surat. 'KA-CHING!'

Itu yang bertauliah lah, yang main terjah cam aku, satu muka surat cincailah RM10. Tapi dari tak buat apa-apa kat rumah, waktu-waktu senggang, apa lagi, buat ajelah. Janji ada hasil. Itupun job datang ikut musim. Waktu ada banyaklah, waktu takde, senyap.

Berbalik kepada dilemma tadi, aku selalu juga dapat SMS dari client-client, kebanyakannya dari bidang media dan hiburan.

Client: "Bro, tolong translate ni, xxxxxxxxxxx..."
.
.
.
[seminit dua kemudian]
Aku: "Ok, dah translate. Option 1, xxxxxxx, Option 2, xxxxxx."
Client: "Thank you, so nak caj berapa ni?"
Aku: "Err, takpelah...ciput je ni, kira halal."
Client: "Thank you, bro!"

Kalau penterjemah bertauliah, sebaris tagline pun ada harganya. Memang dah tertulis dalam kontrak. Itulah untungnya. Jadi client tak boleh nak argue. Apa-apapun semuanya terpulang pada penterjemah tu sendiri, mau caj atau tidak.

Bagi aku, dilemma nya tulah, bila bab harga. Kekadang pikir mau caj, tapi macam tak patut pulak. Ye la, setakat terjemah 'tagline' atau slogan yang berapa patah perkataan sangat tu. Nak letak amount dalam invoice pun malu. Akhirnya, aku halalkan aje lah.

Cara aku rasionalkan mudah aje. Dalam perniagaan, kita kena jaga hati client, adakalanya kita tak perlu berkira sangat. Tak rugi satu sen pun. Natijahnya, kita dapat perkukuh hubungan dengan client. Bila client dah anggap kita macam kawan, bertambahlah keyakinan dia dengan kredibiliti kita. Dari perkara-perkara kecil camni yang kekadang kita tak sedar, Tuhan menambahkan rezeki dengan job-job yang lebih besar.

Tapi, tolong-menolong biarlah berpada. Kena pandai tackle keadaan. Hati mau baik. Yang penting, keikhlasan dan nawaitu saoma rodin. Haha.

So far, client aku sume ok. Alhamdulillah, diorang tak amik kesempatan. Ikutkan diorang nak bayar, tapi tak sampai ati lak aku nak accept. Yang pasti, seronok kerja, seronok gak tambah kenalan. Aku bersyukur dan hargai kepercayaan diorang kat aku.

Berusahalah!



12 comments:

  1. patutla jarang2 update blog, bz rupanya..

    ReplyDelete
  2. maaf, tak sangka masih ada yang ingat.

    time kasih byk masih sudi mem'follow' wlw lame tak menulis :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tunggu, jgn tak tunggu. rezeki mai, rembat terus...hoho

      Delete
  4. Fighting tokkkkkk!! errr..nak keje dgn tok boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kungfu ke kuntau? agagagagagagaagga :D

      buleh,tapi masalahnye tok takde wat translation ke base korea... anyounghaseeyo :D

      agagagagagagagagaggaaga

      Delete
  5. salam, sbg seorang uia student yg amk bahasa jgk (sama ngan bro tp x serupa.sbb b.arab hehe) rase termotivasi la plak dgn entri ni, tenkiu2..inshaAllah moga2 sy pn bleh jd "free-lunch" translater yg brjaye mcm bro jgk :)

    yg penting nawaitu sauma ghodin !! hehe

    p/s: tgh tunggu gmba Qaliph

    ReplyDelete
  6. salam...

    masih stadi lagi ke? ingat dah grad.

    dulu lepas grad, 'squatting' jap kat uia...sebab dpt offer jadi Research Asst ngan sorang candidate PhD. kira part time gak tu.

    kalu rerajin, tgk signboard around campus k, sbb slalu gak org post advertisement kat situ. insyaAllah.

    berusahalah! :)

    ReplyDelete
  7. Kau dan aku, sebagai copywriter cum translator mengalami dilema yang sama. Kerja "freelance" ikut musim, sekali masuk banyak, untunglah kita. Kekadang tiada hasil langsung. Aku punya harga pun ikut standard luar juga, walaupun bukan perterjemah bertauliah atau penulis iklan tersohor di McCann. Tapi apa-apa pun, selagi ianya halal, hubungan klien boleh dijaga rasanya tiada masalah. Dan pastinya, kita mengenakan caj mengikut kriteria dan budi bicara kita dengan klien. Kadang-kadang klien mungkin tak bayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk benda. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol sgt tu is, klien mau jaga, kalu tak bisnes lari. huahuahuahua. tapi sitem barter tu aku lum pnah try lagik? sounds interesting... :D

      Delete
  8. Lari topik jap...

    Next time kalo jumpa tegur la.. Hehee.. Sumi memang slalu g warta.. Kalo xdgn family mesti dgn kazen :-)

    ReplyDelete