Wednesday, November 2, 2011
5 PETANDA
Dah tiba masanya anda (aku pun sama) cari kerja lain bila....
1) Pagi anda terasa lebih malas daripada biasa. Anda cenderung menekan butang 'snooze' bila jam loceng berbunyi.
2) Hubungan di tempat kerja haru-biru dan juga mutu pencapaian semakin menurun.
3) Anda 'bukan diri anda yang sebenar' di tempat kerja.
4) Jawatan yang dipegang tidak memanfaatkan sepenuhnya bakat yang anda miliki.
5) Masa kerja lebih banyak digunakan untuk bergosip, mengumpat, mengata dan sewaktu dengannya.
Ni Hallie Crawford yang cakap. Aku translate kan aje.
Nota kaki: Masa macam dah 'time' nampaknya...
Wednesday, May 18, 2011
Dia & Dua Batang Gigi
Bukan beliau.
Sabtu lepas aku diajak pergi ke rumah jiran yang baru berpindah ke kawasan kejiranan kami. Ada sesi penyuaman rumah...err, 'house warming'. Ekekekkekekekkekeke
Aku tanya jiran aku sebelah umah ni. "Nol, ni dijemput ke tak ni?"
"Pegi aje, jemputlah..." jawab Hasnol ngan nada konfiden.
Tak berlengah, aku pun capai t-shirt bersih sket, pastu singgah la umah jiran baru. Ye la, alang-alang tengahari pun tak soru lagik. Kata orang, rezeki jangan ditolak.
Nasib baik dia suruh masuk, kut tak mau aku lari balik umah buat-buat angkat baju jemuran. Hoho
Selesai berkenal-kenalan, aku pun capai pinggan, amik kuih 2-3 bijik, pastu bubur pulut hitam. Time makan tu, datanglah sorang budak kecit, adalah umur dalam 2 tahun lebih. Dia datang pastu duduk sebelah aku ngan teddy bear dia, sambil senyum-senyum. Main ba-ba-chak lak dia. Aku lak chak-chak-ba dia balik.
Aku memang pantang jumpa budak kecit, kebetulan budak kecit pun pantang jumpa aku. Cam ada connection lebih kurang. Mudah mesreeeeee.
Pas aku sembang-sembang ngan budak kecit yang belum pandai cakap tu, aku pun nak beransur la. Pas salam tuan umah, aku capai selipar jepun ngan kaki. Owh, dia ada kat situ jugak. Si kecit.
Dia lari kat aku sambil mintak dokong. Aku tak hirau dah orang keliling. Aku dokong aje. Dengan selambanya dia letak kepala kat bahu sambil senyum-senyum ngan gigi dua batang. Adoyaiii...kiut abes. Cair....
Nasib baik mak dia datang bila tengok anak dia ilang. Tapi lagi nasib baik gak aku tak kena cepuk ngan bapak dia, mane tau silap pikior ingat nak kidnap ke hape.
"I'M SORRYYYY!" [nasib baik ko dah kena tendang Amir, kalo tak aku yg tendang ko.]
Nota kaki: mungkin gak naluri kebapaan yang menebal. Hoho.
Monday, May 9, 2011
JUVANA...bukan JULIANA
Nasib baik ada drama bersiri Juvana ni, sekurang-kurangnya malam Selasa terisi sikit. Dapat pulak sentuhan Kabir Bhatia, huiii, lagilah tambah umphhhh.
Cuma dah berapa minggu aku tonton Juvana ni, aku perasan satu menda...
Kalau camnilah gaya Sekolah Juvana untuk pesalah remaja, kiranya tak jauh beza la ngan skola aku dulu. Skolah aku dulu pun tahap-tahap gini jugak le.
Meh tengok check list berikut:
- Belasah bebudak secara berkala [aksi darah tersembur mulut ni dah cam aktiviti bebas dah kat skola]
- Buli ekstreem
- Tumbuk menumbuk cikgu
- Masukkan pasir dalam tangki minyak Van Datsun warden
- Bakar asrama
Yang ni pulak pesen-pesen budak pompuan:
- Main spirit-spirit [abis satu skola kena amuk ngan puaka...dapat cuti seminggu, yeeyyyy!]
Bezanya skola ni ngan skola aku adalah:
- Takde grill pintu bilik mahupun tingkap.
- Buleh 'outing' ujung minggu.
- Buleh balik kampung bila raya, cuti ujung minggu, cuti umum dan cuti penggal.
- Takde Cik Adik Manis penjaga kantin [minah indon banyaklah]
- Takde jeram dalam skola [HAHA!]
*Tapi cam tak logik ye dok, ada budak pompuan cun, lemah-lembut jaga makanan kat kantin skola Juvana yang ganas abes. Mungkin saja diwujudkan untuk tambah perasa dan subplot.
Yang pasti, ada satu PERSAMAAN antara drama ni ngan skola aku dulu....iaitu...
Tukang masak dan pengarah drama ni dua-dua nama.... KABIR.
Kebetulan?
Renung-renungkan dan selamat solat Asar.
Ekekekkekekekkekkee :D
Saturday, April 30, 2011
Thursday, April 28, 2011
Dosa Pertama
Bunyi tajuk pun dah cam CEREKARAMA ye dok? Ekekekekkekeke...
Dalam pada SOLTURA tengah hangat buat projek "Saya, Cikgu Saya dan Retro" ni, aku pun tak boleh nak lupa satu kisah yang mengubah hidup aku selama-lamanya. [Ewah, cam saspen jek]
Terus terang cakap, sejak kes ni lah aku mula kenal apa itu makna 'tipu'. Sampai ke hari ni aku terasa dia punya impak.
Kisahnya berlaku masa aku melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tadika KEMAS kat FELDA aku. Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya aku ni bolehlah melukis, melakar sikit-sikit, cuma 'kurang' bab warna-mewarna. Macam biasa lah, kalu dah kat skola Tadika tu, blajarnye takde lain...kalu tak nyanyi, melukis, kalu tak melukis, mewarna, kalu tak mewarna, joget-joget takpun baca ABC atau mengira 123.
Oleh sebab aku ber'otak' KANAN, makanya aku lebih terarah ke bidang seni. Ceh ceh ceh. Jadik subjek yang aku minat bebenor dari kecik adalah melukis dan mewarna. Masa tu cikgu yang ajar aku nama beliau Cikgu Matsuzaka [cam cikgu SinChan lak...hoho], taklah...Cikgu Halimah [nama sebenar].
Kelas lukisan pada hari tu berjalan dengan lancar. Aku yang memang suka melukis ni memang pantang kalu jumpa kaler ngan kertas lukisan. Tak gambo orang, gambo beruang aku lukis. Tu yang 'bulat kecil, bulat kecil bulat yang besor....' [ingat lagi?]
Kalu nak kata lukisan aku best, tak jugak rasenye sebab tak pernah pulak Cikgu Halimah puji aku. Jadi, selesai proses melukis tu, kami pun disuruh membasuh alatan melukis kat bilik ayor. Sape siap dulu, dialah yang pegi dulu bilik ayor. Dengan berus lukisan kat tangan, lengkap ngan warna lagik, aku ngan Helmi [kawan aku] pegilah ke bilik ayor dengan jayanya. Dari kelas ke bilik ayor jaraknya adalah dalam 5 meter.
Entah setan mane yang menghasut agaknya, dengan selambanya kami mendepangkan tangan lalu sepanjang-panjang jalan menuju ke bilik ayor, dindingnya kami conteng. Terima kasih kepada kami, mural skola tadika yang cantik dengan lukisan penguin, gajah dan sebagainya dah tak rupa mural.
Selesai sume budak cuci alatan lukisan, Cikgu Halimah sekonyong-konyonya terus naik syeh bila nampak dinding Tadika dah serupa dinding penjara. Sesi interogasi berjalan dengan penuh cemas dan saspen. Paling saspen aku le, dengan si Helmi.
"Cepat ngaku sape yang conteng??" bentak Cikgu Halimah.
Senyap.
"Takde yang nak ngaku ke?" tanya beliau lagik.
Senyap.
Sorang-sorang beliau tanya. Sampai ke giliran aku...
"Kamu ke?" tanya beliau sambil menjegilkan bijik mata.
Makin takut aku dibuatnye, gile nak ngaku.
"Err.... Tak Cikgu."
Cikgu Halimah dah naik tensen. Tapi dia pun tak boleh nak buat apa. Zaman tu pun CCTV belum wujud lagik. Teropong adalah, tapi teropong pun bukan boleh buat apa pun. Oleh sebab kami semua budak Tadika, jadik takdelah denda. Kalu skola menengah mau kena baling dengan tin cat dan sebagainya.
Tapi sejak dari kejadian tu, aku tak tenteram langsung. Asyik-asyik teringat kes penipuan tu. Tu la kali pertama aku menipu. Aku jadik lagi takut bila nasihat yang selalu mak aku pesan bergaung-gaung aje kat tinge.
"Kalau menipu, nanti lidah kena potong..potong...potong...potong!" [efek bergaung]
Sampailah skang, aku tak jugak ngaku-ngaku kat Cikgu Halimah.
Kalau Cikgu Halimah baca entry nih, aku mau katakan.... "Akulah penyangak itu!"
Maafkan aku Cikgu Halimah.
Sekian.
Wednesday, April 27, 2011
DEHIDRASI
Sejak tiga menjak ni aku tak bape sehat. Sakit tekak, sakit bibir, sakit ati.
Aku jumpa doktor, "dehydrated" mengikut keputusan diagnose Doktor Ismadi [bukan name sebenor].
Tang makan paling susah. Huiii, ngilu abes. Makan pedas, makan panas sume tak boleh. Kesan dia sampaikan kulit-kulit jari aku merekah. Perghhhh, pedih wor. Tapi kalu dah namenye derhaka, sambal belacan pun aku tibai. Abih nak pekena petai ngan nasik, mane boleh tak di'duet'kan dengan sambal belacan, ye dok?
"Tu lah, malas nak minum air 8 gelen tiap hari," tambah beliau menambah rekah di bibir. Adeeh...
Kata-kata Doktor Ismadi aku bolayankan saje.
Akibat jari yang merekah tu, aku terpaksa la makan guna sudu ngan garpu. Satu tabiat yang jarang-jarang aku buat. Mana taknya, depan client pun aku selamba aje tibai nasik guna tangan. Tapi nak buat guano, even dalam Islam pun ada kelonggaran "Rukhsoh", jadik bila ada alternatif, guna aje la.
[Mode: Raihan, Rabbani & In Team] insaaaaaap :)
Nak dijadikan cerita, hari ni makan tengah hari dikelilingi bebudak skolah dengan pakaian beragam. Ada Polis, Bomba, Paramedik dan sebagainya. Almaklumlah, hari Rabu...hari ko-ko.
Sebelah kami duduk satu kumpulan bebudak bermacam kaler. Ni bukan 1 Malaysia. Ni 1 Bumi dah. Otromen aje yang takde, kalu tak boleh dipanggil 1 Galaksi. [Aagagagagaggagagagaga] Sebab boleh pulak ada budak Minah Salleh kiut-miut dok dalam grup tu. Manis aje...pakai baju kurung lagik. Mungkin pelajar pertukaran [student exchange] kot.
Aku yang tengah melahap nasik lauk ayam percik ni pun tak lepas peluang ushar sama. Skali member seat sebelah sudah sound, ayat kasi tinge aku berasap...
"Ko tengok, awek omputih pun makan pakai tangan!"
Pedas....pedas...
"Ko rase, tangan aku ni kalo penampau ko sebijik rase ape agaknye? Rase pijor ke rase oren?" selamba badak jek aku sound....dalam ati. Ekekekekkekee....kawan, agak-agak la nak penampau member.
Tapi kalo sound wat kali ke-nam belas kompem tak teragak-agak aku menyedekahkan Tendangan Padu Maut berserta Hikmat Alam Semesta kepada beliau.
Wachaaaaa!
[cite ni ada unsur tahyul yang tidak keterlaluan]
Friday, April 22, 2011
PASUNG
Aku tak suka perasaan yang begini.
Takut. Terkurung. Terperangkap.
Tak nampak cahaya di hujung terowong.
Tiada jalan keluar.
*Tuhan, KAU permudahkanlah urusanku.
Subscribe to:
Posts (Atom)






