Friday, February 19, 2010

Sekilas Sorga



Mata makin kabur.
Pandangan makin jauh.
Pancaindera paling berharga buat aku selain akal (atau otak).
Aku perlu mata untuk menyemak draf-draf iklan sebelum diabadikan di muka koran.
- Itu perihal kerja.
Aku perlukan mata untuk melihat wajah mereka-mereka yang aku sayang.
Tanpa mata aku tak dapat melihat senyuman-senyuman berharga.
- Itu perihal cinta.


Tak jumpa doktor?
Tidak. Mungkin belum lagi.


Takut?
Ya. Dan Tidak.


Ya, bimbang diberitahu tak dapat diubat.
Walau boleh diubat, bimbang tak mampu menanggung bil.
Bimbang tak dapat lagi mengagumi keajaiban alam buana. Dan segenap pelosok jagat raya.


Tidak, kerana 'harta' yang satu ni aku maklum hanya pinjaman.
Esok lusa dipulangkan. Atau, ditarik oleh Sang Empunya.
Rela atau tidak.
Akur. Terima.


Lagipun, mana mungkin ada orang yang paling beruntung di muka bumi ini...
Selain mereka yang berjaya melepasi sirat tanpa sesat. 
Mengetuk pintu Loga...
Menghirup harum Syurgaloka.

19 comments:

  1. kenapa dgn ur eyes??

    papepun sy doakan smoga everthing will b ok ..
    syafakallah..

    ReplyDelete
  2. tapi manusia tak takut benda yang tak nampak..tetap tak takut pembalasan kelak.

    keep on menulis...

    ReplyDelete
  3. salam...moge2 kite sume dipermudahkan dunia dan akhirat aminnn

    ReplyDelete
  4. Salam Takzim dari kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Kami sedang melayari entri kamu.... kira kunjungan tanpa diundang
    Antara Aku, Kau, Kita & kami
    Salam lawatan buat mu dari ku
    Bagiku…
    Kau selalu jadi sahabatku
    Selalu dalam hidupku
    Karena kau adalah sahabat
    Yang memiliki erti
    Dari dulu sampai sekarang
    Ku pohon sejuta kemaafan diri
    Andai bicara seloka tersayat duri
    Mengguris hati tanpa sengaja
    Menyemarak rasa marah beraja
    Memungkin terlerai ikatan kuat tersimpuh..
    Membuang jauh diri ini.. penuh tanda tanya?

    Ketahuilah kalian semua...
    apa sahaja yang aku lakukan, ku cari damai dihati..

    saLAM PERKENALAN DARI KAMI.....

    ReplyDelete
  5. izzad: time kasih...mari doakan utk aku, kau & semua...semoga apa yg dikurnia-Nya di dunia ini, bermanfaat di akhirat kelak. Amin

    ReplyDelete
  6. melati: saya pun tak sure...myb kena jumpa doktor... hey, lama saya tak dengar org sebut doa 'syafakallah' tu... syukran sbb mengingatkan... amiiin :)

    ReplyDelete
  7. selagi nyawa tak sampai ke paras hidung bro, pintu taubat dpn mata pun adakalanya buat-buat tak nampak... (pesanan khidmat masyarakat utk aku gak...hehe)

    tengkiu Firol, pasti terus....insyaAllah :)

    ReplyDelete
  8. hisham: hey, lame tak mari.... insyaAllah brader, meh kita doa sesama.... :)

    ReplyDelete
  9. mata yang celik dah tentu mampu melihat cahaya tapi belum pasti terangnya boleh sampai ke hati...

    hoh..manusia..
    sentiasa terlalai

    ReplyDelete
  10. citah: nun.sin.ya = lupa

    mmg slalu terlalai...(den gak)...hukhuk

    ReplyDelete
  11. Tak salah aku pilih orang untuk Lagej...

    ReplyDelete
  12. Firol: besau penghormatan tu bro, huhu...terima kasih kerana mempercayai... besau maknanye buat aku :)

    ReplyDelete
  13. keep on writing bro...

    ada hikmah semua tuh..InysaAllah..

    ReplyDelete
  14. kejora: pasti terus.... ;)

    insyaAllah....syukran cik bintang

    ReplyDelete
  15. mak aku kata.kita tak punya apa.

    sedangkan masuk syurga itu bukan atas sebab banyaknya amalan, tetapi kerana rahmat dan maghfirahNya

    jadi, marilah hidup menjadi hamba yang bersyukur

    ReplyDelete
  16. chenta: kata mak kamu mmg tepat! kita hanya sekelumit debu yang menumpang di bumi-NYA. Tanpa rasa syukur, kita bakal kufur nikmat...nauzubillah...

    sedangkan apa yg diperolehi hari ini cuma sementara....jom bersyukur :)

    ReplyDelete