Wednesday, August 18, 2010

Tragedi MOREH Berdarah





Malam tu Terawikh disusuli hujan renyai. Memang nyaman. Aman. Tenteram. Sesekali telinga menangkap hiruk-pikuk kanak-kanak yang bergurau senda di beranda Masjid. Terganggu sekejap.


Malam itu Imam jemputan adalah seorang Ustaz bekas tahanan ISA. Aku rasa itu sesi Terawikh paling sempoi dan seronok pernah aku sertai. Imam menyelitkan humor dalam Tazkirah antara solat. Baru aku tahu, di negara bergolak di Timur Tengah, bacaan antara solat yang bersahut-sahutan di sana ditukar dengan bacaan pujian-pujian... 


"Subhanallah, Walhamdulillah wa laillahaillahha, wallahu Akbar...Wa la haulawalaquata Illa Billahi 'aliyil 'azim..."


Kerana di sana Terawikh ditemani hujanan bom dan peluru. Maka puji-pujian sedemikian untuk Allah jadi keutamaan. Maka malam itu, bacaan berlainan daripada biasa...


Selesai Terawikh, berpusu-pusu jemaah bergerak ke ruang makan. Ikut tentatif, 'moreh' menunggu. Tiba di meja makan, kelihatan bersusun bekas-bekas polisterin yang berisi makanan. Aku beratur di belakang seorang budak.  


Polisterin dihulurkan petugas masjid merangkap tukang masak, kanak-kanak itu menerima kemudian berlalu pergi. Kini tiba giliran aku. Polisterin bertukar tangan. Sebelum sempat aku berlalu, budak tadi datang kembali.


Dengan selamba badak dia berkata, "Pak cik, ada makanan lain tak? Saya tak makan mi la....lagi-lagi yang banyak sayur camni!" 


Secara tiba-tiba aku tengok muka pakcik tadi berubah merah padam, kalau dibiar mau berasap telinga kiri kanan. Apa lagi, demi menyelamatkan keadaan, terus saja aku bisik kat telinga budak tadi..... 


"RUN FORREST...RUUUN!"



20 comments:

  1. coolio budak nih.
    selamba badak goreng!

    ReplyDelete
  2. mira: kalu sempat mau gak aku nyanyikan lagu 'gangsta's paradise' kat tinge dia....

    ReplyDelete
  3. Is: taiko nih...jgn memain... ngahahahahaha

    ReplyDelete
  4. kalu aku ada kt situ..aku tangkap jek bdk tu...campak dlm kolah besh gak tu...

    keh3


    eh, ustaz sape kh?

    ReplyDelete
  5. kalau aku, aku suruh pakcik tu yang lari.hehe

    ReplyDelete
  6. jenis ni la yang kitorang duk punahkan basikal dia lepas tu.

    ReplyDelete
  7. aku rasa ko pn 2 x seberani bdk 2 zal,kan?kan?

    ReplyDelete
  8. citah: mahap weh, tak sempat aku nak mintak otograp dia... tak pasan lak name sape... mikrofon tak clear [skil kaver line]

    ReplyDelete
  9. ju: kental tak kental le...pas kena jelingan maut, lari mencicit gak... ngahahahahaah

    ReplyDelete
  10. caki: susah kalu pakcik tu lari...moreh malam lusa sapo nak masak? aku suh ko bleh?

    wakakakakkakaakakaka

    ReplyDelete
  11. shuk: aku tunggu ko depan pintu masjid malam ni k...kita survey basikal dia yg mane satu... :D

    ReplyDelete
  12. Yin: err..brani la... aku brani makan! ngap...!

    ReplyDelete
  13. dah nama budak banyak ngomelnya

    ReplyDelete
  14. hehe...ko lebih tau kan, cikgu? :D

    ReplyDelete
  15. dekat raya ni minta di jauhkan dengan benda2 mcm ni...

    selamat berpose bro...

    selamat menyambut hari raya juga...

    ReplyDelete
  16. selamat berpuasa dan raye gak bro :)

    *pas sini sikit puding karamel...ngahahahahahaa

    ReplyDelete