Saturday, April 30, 2011

Sape buruh angkat kaki!


YAHOOOOOO...cutiiiii....


Cuti-cuti jugak, semayang jangan tinggal ye.... :)

Thursday, April 28, 2011

Dosa Pertama


Bunyi tajuk pun dah cam CEREKARAMA ye dok? Ekekekekkekeke...


Dalam pada SOLTURA tengah hangat buat projek "Saya, Cikgu Saya dan Retro" ni, aku pun tak boleh nak lupa satu kisah yang mengubah hidup aku selama-lamanya. [Ewah, cam saspen jek]


Terus terang cakap, sejak kes ni lah aku mula kenal apa itu makna 'tipu'. Sampai ke hari ni aku terasa dia punya impak.


Kisahnya berlaku masa aku melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tadika KEMAS kat FELDA aku. Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya aku ni bolehlah melukis, melakar sikit-sikit, cuma 'kurang' bab warna-mewarna. Macam biasa lah, kalu dah kat skola Tadika tu, blajarnye takde lain...kalu tak nyanyi, melukis, kalu tak melukis, mewarna, kalu tak mewarna, joget-joget takpun baca ABC atau mengira 123.


Oleh sebab aku ber'otak' KANAN, makanya aku lebih terarah ke bidang seni. Ceh ceh ceh. Jadik subjek yang aku minat bebenor dari kecik adalah melukis dan mewarna. Masa tu cikgu yang ajar aku nama beliau Cikgu Matsuzaka [cam cikgu SinChan lak...hoho], taklah...Cikgu Halimah [nama sebenar].


Kelas lukisan pada hari tu berjalan dengan lancar. Aku yang memang suka melukis ni memang pantang kalu jumpa kaler ngan kertas lukisan. Tak gambo orang, gambo beruang aku lukis. Tu yang 'bulat kecil, bulat kecil bulat yang besor....' [ingat lagi?]


Kalu nak kata lukisan aku best, tak jugak rasenye sebab tak pernah pulak Cikgu Halimah puji aku. Jadi, selesai proses melukis tu, kami pun disuruh membasuh alatan melukis kat bilik ayor. Sape siap dulu, dialah yang pegi dulu bilik ayor. Dengan berus lukisan kat tangan, lengkap ngan warna lagik, aku ngan Helmi [kawan aku] pegilah ke bilik ayor dengan jayanya. Dari kelas ke bilik ayor jaraknya adalah dalam  5 meter.


Entah setan mane yang menghasut agaknya, dengan selambanya kami mendepangkan tangan lalu sepanjang-panjang jalan menuju ke bilik ayor, dindingnya kami conteng. Terima kasih kepada kami, mural skola tadika yang cantik dengan lukisan penguin, gajah dan sebagainya dah tak rupa mural.  


Selesai sume budak cuci alatan lukisan, Cikgu Halimah sekonyong-konyonya terus naik syeh bila nampak dinding Tadika dah serupa dinding penjara. Sesi interogasi berjalan dengan penuh cemas dan saspen. Paling saspen aku le, dengan si Helmi. 


"Cepat ngaku sape yang conteng??" bentak Cikgu Halimah.


Senyap.


"Takde yang nak ngaku ke?" tanya beliau lagik.


Senyap.


Sorang-sorang beliau tanya. Sampai ke giliran aku...


"Kamu ke?" tanya beliau sambil menjegilkan bijik mata.


Makin takut aku dibuatnye, gile nak ngaku. 


"Err.... Tak Cikgu."


Cikgu Halimah dah naik tensen. Tapi dia pun tak boleh nak buat apa. Zaman tu pun CCTV belum wujud lagik. Teropong adalah, tapi teropong pun bukan boleh buat apa pun. Oleh sebab kami semua budak Tadika, jadik takdelah denda. Kalu skola menengah mau kena baling dengan tin cat dan sebagainya. 


Tapi sejak dari kejadian tu, aku tak tenteram langsung. Asyik-asyik teringat kes penipuan tu. Tu la kali pertama aku menipu. Aku jadik lagi takut bila nasihat yang selalu mak aku pesan bergaung-gaung aje kat tinge.


"Kalau menipu, nanti lidah kena potong..potong...potong...potong!" [efek bergaung]


Sampailah skang, aku tak jugak ngaku-ngaku kat Cikgu Halimah. 


Kalau Cikgu Halimah baca entry nih, aku mau katakan.... "Akulah penyangak itu!"


Maafkan aku Cikgu Halimah. 


Sekian.

Wednesday, April 27, 2011

DEHIDRASI



Sejak tiga menjak ni aku tak bape sehat. Sakit tekak, sakit bibir, sakit ati.


Aku jumpa doktor, "dehydrated" mengikut keputusan diagnose Doktor Ismadi [bukan name sebenor]. 


Tang makan paling susah. Huiii, ngilu abes. Makan pedas, makan panas sume tak boleh. Kesan dia sampaikan kulit-kulit jari aku merekah. Perghhhh, pedih wor. Tapi kalu dah namenye derhaka, sambal belacan pun aku tibai. Abih nak pekena petai ngan nasik, mane boleh tak di'duet'kan dengan sambal belacan, ye dok? 


"Tu lah, malas nak minum air 8 gelen tiap hari," tambah beliau menambah rekah di bibir. Adeeh...


Kata-kata Doktor Ismadi aku bolayankan saje.


Akibat jari yang merekah tu, aku terpaksa la makan guna sudu ngan garpu. Satu tabiat yang jarang-jarang aku buat. Mana taknya, depan client pun aku selamba aje tibai nasik guna tangan. Tapi nak buat guano, even dalam Islam pun ada kelonggaran "Rukhsoh", jadik bila ada alternatif, guna aje la. 


[Mode: Raihan, Rabbani & In Team] insaaaaaap :)


Nak dijadikan cerita, hari ni makan tengah hari dikelilingi bebudak skolah dengan pakaian beragam. Ada Polis, Bomba, Paramedik dan sebagainya. Almaklumlah, hari Rabu...hari ko-ko.


Sebelah kami duduk satu kumpulan bebudak bermacam kaler. Ni bukan 1 Malaysia. Ni 1 Bumi dah. Otromen aje yang takde, kalu tak boleh dipanggil 1 Galaksi. [Aagagagagaggagagagaga] Sebab boleh pulak ada budak Minah Salleh kiut-miut dok dalam grup tu. Manis aje...pakai baju kurung lagik. Mungkin pelajar pertukaran [student exchange] kot.


Aku yang tengah melahap nasik lauk ayam percik ni pun tak lepas peluang ushar sama. Skali member seat sebelah sudah sound, ayat kasi tinge aku berasap...


"Ko tengok, awek omputih pun makan pakai tangan!"


Pedas....pedas...


"Ko rase, tangan aku ni kalo penampau ko sebijik rase ape agaknye? Rase pijor ke rase oren?" selamba badak jek aku sound....dalam ati. Ekekekekkekee....kawan, agak-agak la nak penampau member. 


Tapi kalo sound wat kali ke-nam belas kompem tak teragak-agak aku menyedekahkan Tendangan Padu Maut berserta Hikmat Alam Semesta kepada beliau.

Wachaaaaa!


[cite ni ada unsur tahyul yang tidak keterlaluan]

Friday, April 22, 2011

PASUNG



Aku tak suka perasaan yang begini.


Takut. Terkurung. Terperangkap.


Tak nampak cahaya di hujung terowong.


Tiada jalan keluar.

*Tuhan, KAU permudahkanlah urusanku.

Wednesday, April 20, 2011

Gadoh

Tadaaa....Resepi Megi Tomyam Ayaq Mata Meleleh

Orang kata kalau hidup bermasyarakat jangan anti-sosial.


Kejiranan aku akhir-akhir ni selalu benar diredah perampok. Siang-siang celik, malam-malam buta pun dirampoknya rumah jiran-jiran. Tak kira masa. Pantang leka sikit, keta pun di kebas. Dah namanya perampok. Itule kejenya. Sian jiran-jiran. 


Harap-harap jgn la badi tu kena kat aku lak. Mintak-mintak dijauhkan Ya Allah.


Untuk elak kejadian berlanjutan, mesyuarat acapkali dianjurkan. [Acapkali tuh...ekekekkke]


Masalahnya dah bape kali aku pegi, setiap kali tu mesti ada orang bertekak-tekak. Tak puas hati itu, tak puas hati ini. Politik itu, politik ini. [Dah la TV, Radio, sokkabor hari-hari tayang 'drama politik' yang tak menjana pembangunan minda]


Aku jadik bosan. Skang aku dah agak jarang gi mesyuarat. Gaduh aje manjang. Kalu gi pun sekadar tunjuk muka.


Baik aku balik dok umah, masak megi....layan Top Chef kat TV! Whoaa...memang terbaeeeek.

*Tapi kekadang Top Chef pun ada gaduh-gaduh. Hoho.