Wednesday, May 18, 2011

Dia & Dua Batang Gigi

Bukan beliau.


Sabtu lepas aku diajak pergi ke rumah jiran yang baru berpindah ke kawasan kejiranan kami. Ada sesi penyuaman rumah...err, 'house warming'. Ekekekkekekekkekeke


Aku tanya jiran aku sebelah umah ni. "Nol, ni dijemput ke tak ni?"


"Pegi aje, jemputlah..." jawab Hasnol ngan nada konfiden.


Tak berlengah, aku pun capai t-shirt bersih sket, pastu singgah la umah jiran baru. Ye la, alang-alang tengahari pun tak soru lagik. Kata orang, rezeki jangan ditolak. 


Nasib baik dia suruh masuk, kut tak mau aku lari balik umah buat-buat angkat baju jemuran. Hoho


Selesai berkenal-kenalan, aku pun capai pinggan, amik kuih 2-3 bijik, pastu bubur pulut hitam. Time makan tu, datanglah sorang budak kecit, adalah umur dalam 2 tahun lebih. Dia datang pastu duduk sebelah aku ngan teddy bear dia, sambil senyum-senyum. Main ba-ba-chak lak dia. Aku lak chak-chak-ba dia balik.


Aku memang pantang jumpa budak kecit, kebetulan budak kecit pun pantang jumpa aku. Cam ada connection lebih kurang. Mudah mesreeeeee. 


Pas aku sembang-sembang ngan budak kecit yang belum pandai cakap tu, aku pun nak beransur la. Pas salam tuan umah, aku capai selipar jepun ngan kaki. Owh, dia ada kat situ jugak. Si kecit.


Dia lari kat aku sambil mintak dokong. Aku tak hirau dah orang keliling. Aku dokong aje. Dengan selambanya dia letak kepala kat bahu sambil senyum-senyum ngan gigi dua batang. Adoyaiii...kiut abes. Cair....


Nasib baik mak dia datang bila tengok anak dia ilang. Tapi lagi nasib baik gak aku tak kena cepuk ngan bapak dia, mane tau silap pikior ingat nak kidnap ke hape.


"I'M SORRYYYY!" [nasib baik ko dah kena tendang Amir, kalo tak aku yg tendang ko.]


Nota kaki: mungkin gak naluri kebapaan yang menebal. Hoho.

Monday, May 9, 2011

JUVANA...bukan JULIANA



Nasib baik ada drama bersiri Juvana ni, sekurang-kurangnya malam Selasa terisi sikit. Dapat pulak sentuhan Kabir Bhatia, huiii, lagilah tambah umphhhh.


Cuma dah berapa minggu aku tonton Juvana ni, aku perasan satu menda...


Kalau camnilah gaya Sekolah Juvana untuk pesalah remaja, kiranya tak jauh beza la ngan skola aku dulu. Skolah aku dulu pun tahap-tahap gini jugak le.


Meh tengok check list berikut:

  • Belasah bebudak secara berkala [aksi darah tersembur mulut ni dah cam aktiviti bebas dah kat skola]
  • Buli ekstreem
  • Tumbuk menumbuk cikgu
  • Masukkan pasir dalam tangki minyak Van Datsun warden
  • Bakar asrama



Yang ni pulak pesen-pesen budak pompuan:

  • Main spirit-spirit [abis satu skola kena amuk ngan puaka...dapat cuti seminggu, yeeyyyy!]



Bezanya skola ni ngan skola aku adalah:

  • Takde grill pintu bilik mahupun tingkap.
  • Buleh 'outing' ujung minggu.
  • Buleh balik kampung bila raya, cuti ujung minggu, cuti umum dan cuti penggal.
  • Takde Cik Adik Manis penjaga kantin [minah indon banyaklah]
  • Takde jeram dalam skola [HAHA!]



*Tapi cam tak logik ye dok, ada budak pompuan cun, lemah-lembut jaga makanan kat kantin skola Juvana yang ganas abes. Mungkin saja diwujudkan untuk tambah perasa dan subplot. 


Yang pasti, ada satu PERSAMAAN antara drama ni ngan skola aku dulu....iaitu...


Tukang masak dan pengarah drama ni dua-dua nama.... KABIR.


Kebetulan? 


Renung-renungkan dan selamat solat Asar.


Ekekekkekekekkekkee :D