Lama tak update...'sesat dalam masa' jap.
Pejam celik raya dah nak abis...sok pun dah Deepavali... "Deepavali Vethekel" buat kawan aku Vick, jiran aku Mary, tukang gunting rambut aku Vic, cleaner2 kat apartment aku dan sewaktu ngannya...
Yang pasti, aku rindu Ramadhan...ada banyak perkara yang berlaku buat aku rasa cam cepatnya masa berlalu...hikmah pun banyak...
Satu yang aku tak boleh lupa...insiden di KLCC...
"You puasa kan?", tanya sorang lelaki bangsa Cina yang amik seat kat pangkin depan ISETAN. Mungkin dia nampak aku pegang tin NESACFE + ban sardin dan tak jamah2 lagi.
"Ya, saya puasa," jawab aku ringkas. Aku senyum, dia pun balas senyum. Dia duduk sebelah aku ngan isteri + baby dalam stroller. Aku perasan dia kuarkan bekal dari dalam beg. Kemudian dia duduk dan sembang ngan aku. Nama dia Wong.
"Kenapa you tak makan lagi?", aku tanya sebab tengok dia pegang je bekas makanan tu.
"Takpela, you kan puasa," dia jawab sambil senyum lagi.
".....", aku pause sekejap.
"Eh, takpe...please enjoy your food, I tak kisah," aku suruh dia makan gak, sebab tempat tu pun tempat awam. Dan aku pun takdela kisah sangat orang makan depan aku. Tak terliur pun.
"Its ok, kejap lagi dah azan kan?", jawapan + soalan yang rasional dan ringkas.
Soalan ringkas tu buat aku tergamam sekejap. Rase sejuk je dengar. Aku cuma senyum, dan jawab... "Ya."
Kami sembang sekejap, menurut Wong dia dengan family dari Ipoh, tengah bercuti di KL. Kemudian, aku tengok dekat pangkin berhadapan aku satu couple Melayu dah pun teguk air. So, aku tawakkal je la waktu Maghrib dah masuk.
Baca doa dan bismillah, aku jamah ban sardin 80 sen aku. "Makanlah Wong, dah masuk waktu," aku mempelawa.
"Oo, thanks," sambil dia dan isteri buka bekal makanan diorang.
"You mahu?", Wong menghulurkan sandwich. "Jangan risau, ni halal," cuba memujuk aku.
Aku senyum lagi...
Kejadian tu buat aku sedar betapa beruntungnya dapat hidup dalam negara yang aman camni. Banyak perbezaan dalam komuniti, tapi bila kita bertoleransi dan saling memahami, jurang perbezaan tak susah untuk dirapatkan. Ramadhan kali ni mengajar aku bahawa dunia ni bukan hanya ada "aku", tapi ada "kita"...sama-sama kekurangan, sama-sama tak sempurna...
Bak kata Jerry MacGuire, dengan adanya kamu, "YOU COMPLETE ME..."
bagus ada bangsa lain yg tau hormat agama kita,tp bangsa kita sendiri?rasanya x terbuat mcm 2 kan????
ReplyDeletebetul tu...respect tu yg susah nak implement dan practice...
ReplyDeletebuat pe nak gaduh2..camnikan bagus berbaik sesama insan
ReplyDeletesume tu soal hati bro...ada satu dialog dlm filem The Banquet (versi Cina) dan Hamlet (versi Shakespeare) that best describe this:
ReplyDeleteMaharani: Demi dendam, Beta perlukan sejenis racun yang paling kuat. Ada racun yang lebih ampuh dari racun yang kamu beri ni?
Tabib: Ada. HATI.
Kalu kita nak berbaik boleh je.
lepas siap baru sedar silap tu..dah malas sebab dah hantar..lenguh tangan dah..takpe 24 dan 25 ada..
ReplyDeletehoho...normal tuh...aku pun slalu camtu...gudlak beb... muahahahaa
ReplyDeletetersentuh dgn cerite ni..
ReplyDeletealhamdulillah...yg elok jdkn iktibar..ok ;)
ReplyDeletetq sudi singgah