Monday, May 9, 2011

JUVANA...bukan JULIANA



Nasib baik ada drama bersiri Juvana ni, sekurang-kurangnya malam Selasa terisi sikit. Dapat pulak sentuhan Kabir Bhatia, huiii, lagilah tambah umphhhh.


Cuma dah berapa minggu aku tonton Juvana ni, aku perasan satu menda...


Kalau camnilah gaya Sekolah Juvana untuk pesalah remaja, kiranya tak jauh beza la ngan skola aku dulu. Skolah aku dulu pun tahap-tahap gini jugak le.


Meh tengok check list berikut:

  • Belasah bebudak secara berkala [aksi darah tersembur mulut ni dah cam aktiviti bebas dah kat skola]
  • Buli ekstreem
  • Tumbuk menumbuk cikgu
  • Masukkan pasir dalam tangki minyak Van Datsun warden
  • Bakar asrama



Yang ni pulak pesen-pesen budak pompuan:

  • Main spirit-spirit [abis satu skola kena amuk ngan puaka...dapat cuti seminggu, yeeyyyy!]



Bezanya skola ni ngan skola aku adalah:

  • Takde grill pintu bilik mahupun tingkap.
  • Buleh 'outing' ujung minggu.
  • Buleh balik kampung bila raya, cuti ujung minggu, cuti umum dan cuti penggal.
  • Takde Cik Adik Manis penjaga kantin [minah indon banyaklah]
  • Takde jeram dalam skola [HAHA!]



*Tapi cam tak logik ye dok, ada budak pompuan cun, lemah-lembut jaga makanan kat kantin skola Juvana yang ganas abes. Mungkin saja diwujudkan untuk tambah perasa dan subplot. 


Yang pasti, ada satu PERSAMAAN antara drama ni ngan skola aku dulu....iaitu...


Tukang masak dan pengarah drama ni dua-dua nama.... KABIR.


Kebetulan? 


Renung-renungkan dan selamat solat Asar.


Ekekekkekekekkekkee :D

9 comments:

  1. LOLOLOLOLOLOLOLOL

    hahah
    aku tak penah main spirit duit syiling tu.

    seram.

    ReplyDelete
  2. HEHE...

    nanti tok buat entry khas utk cite spirit-spirit ni eh....

    brrrrr....serreeeeemmm...

    ReplyDelete
  3. Tulah rasa lagi teruk ada...Daim watak blur lurus jadi lah buat rasa nak belasah
    hehehe

    ReplyDelete
  4. boss: ngahahaha....betul sgt tuh... tapi yg lurus2 ni yg biase dpt heroin... adil benor le dunia ni yek...

    kena belasah kaw2, dpt lak awek...

    hoho

    ReplyDelete
  5. tp 1st episod rasa mcm x lalu nk tgk.. ganas benor. cho kan berhati wanita. hahahahaha..

    ReplyDelete
  6. yoyooh je cho... dah le tak belikan tok 'kusyen' kepala singa mulut kuar ayo...

    tok nak macam Hashim, baju koboi skali ngan kuda lima-belas...ok

    agagagagaggaggagaga :D

    ReplyDelete
  7. hai, new here.
    ni pun setelah menggeledah blog n terjumpa mamat ni; Kamarul Farhan promot blog hang.
    kembali ke topik asal ekceli aku pn tak suka sgt cte ni. tak sk sbb ketidaklogika itu la. ada ke dh tahu sekolah tu bdk2 dia ganas, dorg bt bena x bena je jga bdk2 tu. tah pape.

    ReplyDelete
  8. missF: hai...sy pun bukanlah hard-core blogger sgt... welcome to this humble-and-not-so-great-blog.... huhu

    hei, THIS IS ME hebat juga :)

    ReplyDelete
  9. dah maju tukang masak kat sekolah kau tu rupenye..
    haha

    ReplyDelete