Tuesday, January 12, 2010

Tragedi Si Badut Sarkas

AMARAN: Awas entry panjang! baca hanya bila anda FREE & dalam keadaan STABIL!




Citer betul ni berlaku tahun 2006 tak silap.


Oleh kerana krisis kewangan yang melanda segenap pelosok dunia, 'bahangnya' terasa gak kat aku ngan kengkawan. Gaji opis mane cukup. Maggi dah hari-hari aku bedal. Tu yg kepala aku ada sikit botak...tapi skang aku tgh dalam proses menambah rambut. Ntah, tonik jenama ape pun aku tak pasti. Yang pasti bukan jenama BAWANG. (nape diorg tak guna nama lain, Kunyit ke, Tomato, hatta Lada Benggala sekalipun, aku pun takleh nak elaborate)


"Samad, camne kita ni? Makan pun megi hari-hari...."


"Ntah la Zal....aku pun tak tau....bila la bos nak naikkan gaji....keje hari2 cam nak mati", balas Samad menampakkan ke'stress'annya....


Kebetulan, dalam minggu tu, aku dan Samad di in-charge untuk satu event. Sambil event berlangsung, datang lah dua orang ni, sorang laki, sorang pompuan. Yang pompuan bawak fail, ala-ala kepit kat ketiak. Yang lelaki bawak kamera besau (yang buat shoot filem).


"Eskius me, I dari tadi tenggokkan U all... This is my card", kata si pompuan.


Kat kad tu tertera nama syarikat pengiklanan media, serta nama dan jawatan. "Talent Scout / Recruiter". Kitorang yang bodoh-bodoh alang ni, makin le konpius.


"Err...kami cari talent. Untuk iklan. Cari bakat"


"Oooo....", hilang kerut kat dahi aku ngan Samad.


"Kitorang tengah cari talent untuk iklan baru CIMB. Korang nak try tak?"


Samad tengok aku, aku tengok Samad. Tahan gelak...huff...huff.


Dalam hati, "kitorang jadik model? wakakakakakakakaa....sehat ke makcik nih?"


"Why? Korang tak berminat ke?", tanya pompuan tu tengok kitorang berperangai pelik.


"Err...bukan... Masalahnya, U tengok kitorang ni, ada rupa jadik model iklan ke?", sambil sekali lagi tahan gelak.


"Bukan nak kata korang perfect, tapi try je la, why not!", pujuk pompuan tu lagi. Laki sebelah dia tu plak, time tu rasenya cam dah nak hempuk kitorang ngan kamera besau dia.


"By the way, payment dia tinggi tau!", pujukan maut, dengan mata yang bersinar-sinar.


"Mahal?", pling......mata kitorang plak bersinar-sinar, dengan simbol duit... ka ching!!!


Aku ngan Samad dah terbayang macam-macam.... "Whoaaaaaaa....."


"Err...bolehlah!", direct, terus setuju dua-dua mangkuk nih. Dalam hati, "Yahuuuu...no more Megi!"


"Great! Tapi kena casting dululah", balas si pompuan.


"Orait! Bila tuh?", tanya Samad.


"Sekarang la, kat sini...", jawab laki kamera besau tuh.


"Uiksss....", dua-dua terkedu.


Sesi casting berlangsung, ngan Samad ngan aku masing-masing rase nak terkucil. Dah la depan-depan ramai orang. Gile malu. Ni mau gi kije pakai topeng nih.


Mula-mula turn aku.


Director bagi arahan. "Situasi dia camni, imagine diri U sorang arkitek. U tengah scan area untuk tapak projek.  Guna tangan U untuk tunjuk cam korang tengah scan area, camni (angkat dua-dua tangan ke depan, buat bentuk kotak ngan ibu jari dan jari telunjuk). Pastu korang bergerak perlahan, menujuk ke kereta. Paham tak?"


"Paham Encik", mase ni jantung aku dah nak meletup.


"3, 2, 1.....action!"


Aku pun mula beraksi. Buat gaya tengah scan ala-ala slow motion. Tiba-tiba.... "Oii, apa kangkang-kangkang tuh?", sergah Director.


"Err...saya amik feel Encik!", balas aku.


"Itu bukan amik feel....itu over-acting!", sergah Director lagi kuat, sambil orang keliling dok gelak kat aku. Aku cuba cari tong sampah beso terdekat, cadangnya nak tutup muka, tapi tak jumpa.


"Ok, CUT!", kata Director.


Dari jauh aku dah nampak Samad gelakkan aku tahap gaban.


"Ok, NEXT!! U pulak....", jawab Director sambil tunjuk pada Samad.


Samad yang tadi dok gelakkan aku tak ingat, mula diselubungi aura gabra.


"Amik position. 3,2,1...Action!!", jerit Director.


Samad dengan gaya jejaka machonye, terus melangkah hebat. Mula-mula buat adegan scan. 


"Excellent!", komen Director puas hati.


Aku yang dengo sedikit jaki. Takpe, tak abis lagi...tunggu...tunggu.... Samad pun mula ke adegan kedua. Adegan naik kereta. 


Dia berjalan ngan bergaya, menuju ke kereta (eksen je, ketanya takde). Ngan gaya slow motion, mengangkat tangan kanan paras pinggang, kemudian jarinya seolah-olah menekan sesuatu. Masa ni Director dah garu kepala.


Samad continue. Kemudian tangan kanannya yang tadi seolah-oleh menekan, kemudiannya dikedepankan sedikit. Pergelangan tangan dipusing ke kanan.


Director makin pening kepala. Kemudian, Samad meneruskan aksinya, ala-ala model iklan Dashing. Tangan kanan tadi ditarik ke belakang. Kemudian dia membuat aksi separa duduk. Tangan kiri di angkat tinggi ke atas, sambil membetul-betulkan sesuatu.


Samad senyum, seolah-olah model iklan Sensodyne. Menampakkan barisan giginya yang sedikit rongak di kiri.


"CUTTTT!", laung Director.


"Boleh jelaskan, apa yang kamu buat tadi. Dari mula sampai abis", arah Director.


"Ooo...tadi tu....mula-mula saya unlock keta ngan remote alarm. Pastu saya bukak pintu, duduk.....hidupkan enjin dan betulkan cermin keta...." jawab Samad penuh konfiden dan selamba.


Jawapan Samad yang konfiden tu disambut dengan hilaian ketawa orang ramai yang lalu-lalang. 


"WAKAKAKAAKAKAKAKAKA".


Encik Director mase ni dah menangis, tahan gelak....ngan muka merah padam. Aku hampir-hampir jumpa tong sampah besau, sikit lagi nak tutup muka, sakit perut...crammed, tahan gelak.


"Saya tak suruh masuk keta, betulkan cermin sume...saya cuma suh kamu gi ke kereta je..." komen Director.


"Ini dah bukan over-acting...ni over-dose namanye!" sambung Director lagi menambah malu di hati Samad. Sekali lagi disambut gelak terbarai orang ramai yang datang menyibuk.


Samad melangkah longlai....amik tempat sebelah aku, ngan muka merah padam, hampir-hampir nak jotos kepala aku yang mase tu tengah tekap mulut ngan tangan...huff...huff. "Cantik keta ko Samad? Ferrarri ke? Ikekekekeekekeke..." saje nyakat member.


Kemudian pompuan tadi datang semula kat kami.


"Ok guys, thank you for your participation...nanti kitorang akan call you kalau selected," jawab pompuan tu sambil senyum.


................................


Sebulan berlalu. Aku ngan Samad pun dah lupekan peristiwa ngeri tu. Satu hari, mase tonton TV kat kedai mamak. Mata aku ngan Samad terpaku. Tonton iklan CIMB yang feature Dato' Nicol David.


Samad pandang aku, aku pandang Samad. "Apakah....."


Kitorang berdebar-debar tunggu adegan yang dimaksudkan.


Kelihatan sorang lelaki, sedang berdiri di tanah lapang. Si lelaki megangkat tangan, membuat gaya sedang scan kawasan ala-ala seorang arkitek. Dua saat. Kemudian bertukar adegan. Adegan pakcik nelayan menangkap ikan ngan machonye.


Senyap.


Aku ngan Samad saling memandang. "Aik...tu je? Dua saat", komen aku sedikit bengang.


Samad balas, "Siot.....penat-penat aku buat gaya ala-ala model DASHING.... manenye adegan naik keta??? Mana? Mana?"


"Hmm...nasib baik tak terpilih...buat malu je....setakat dua saat...apa barang?" kata Samad meng'cover' kekecewaan di hati.


Dalam hati aku. "Perghhhh....nyesal aku jadik cam badut sarkis aritu...tobat...tobat...."


Ironinya, hari ni...aku jadik penulis iklan. Err...ada sape-sape nak jadik mangsa aku? Dah lame aku tunggu nak balas dendam. Ngeh ngeh ngeh..... (kuar tanduk!) 

 


IKLAN YANG DIGEMBAR-GEMBURKAN. DEPA DAH "POTONG" ADEGAN TUH....WAHAHAHAHAHAHAHA...PUEH HATI PAKCIK.

5 comments:

  1. pengalaman yg den takkan lupo sampai mati....

    ReplyDelete
  2. hahaha...bagus tu buat pengalaman....

    kira nak balas la ni hehehhe

    ReplyDelete
  3. Firol: yezza....V for Vendetta...muahahahahaahaha.... tapi pengalaman tu mmg berharga bro...tp tak sanggup nak repeat....tobat...tobat...

    chenta: model jari kaki boleh kot....kahkah... saya rase dorg tak pakai spek aritu... muka cam Din Beramboi pun dorg bleh suh casting... huhu :)

    ReplyDelete