Friday, April 30, 2010

Setahun Aku Berjalan


Sebagaimana sukanya aku pada langit petang, 
Setinggi itulah aku appreciate korang...thanks kawan-kawan :) 
[Anjung: 6.58 petang]


Whoa...cepat masa berjalan...sedar tak sedar dah setahun aku ber-BLOG. Ulang tahun ke-1! HOHOHOHO...


Paling best, aku kenal [literally] ramai blogger-blogger hebat. Istilah mudah dan paling sesuai....KAWAN. Ada yang muda-muda lagi tapi matang mengalahkan aku yang belum tua. Ramai yang berbakat...dan aku memang suka berkawan ngan orang yang kreatif & rasional. 


Aku tak kenal diorang muka-bertemu-muka, tapi aku dapat rasa keserasian dan adanya tindak balas 'kimia' yang mendekatkan kau dan aku jugak kita


Megat Eusoffe: bleh aku katakan...PRODIGY. Aset negara nih...hehe...rasenye dlm mase 10 tahun lagi, maybe dia bleh jadik seniman tersohor. Banyak aku belajar dari karya-karya & penulisan dia...


Firol: pun terer bab-bab & penulisan...cikgu yang aku panggil 'bos'...bleh? Tanpa dia, takdela nama aku dalam LAGEJ & Soltura...tengkiu bro...hehehe


Citahruddin: gadis yang menggelarkan dirinya Wanita Zimbabwe Terakhir...hahaha...tulisannya agak 'sengal'...tapi memang tu la yang aku suka baca....kalau hari-hari baca yang serius je, mau muntah darah aku.... hohoho :)


Hanie: tag-team si Citah....2 x 5 aku rase dua-dua orang nih...hehe. Cuma aku yakin dia bukan warganegara Zimbabwe...sebab pnah nampak gambau dia yg putih gobu... hoho (aku puji tuh...hehe)


Shukri: kecik-kecik cili boh....hoho... kalau la aku mase umur-umur dia dah terer menulis cam dia, dah lame aku apply jadik editor kat Daily Planet. Tulisan dia kekadang ringkas, tapi mesejnya mendalam...mudah dihadam. Tabik spring...!


Kejora: aku rase dia pandai main gitar..sebab gambau dia tunjuk dia main gitar....hahahahaha. dia pun 3 x 5 ngan Citah & Hanie rasenye...bolehla tubuhkan pasukan gusti...masuk WWE...orait geng... :D


Melatidaisy: bukan selalu aku jumpa penulisan ilmiah & Islamik....tapi aku jumpa di blog MD. Banyak nasihat & tips utk jadi Muslimin & Muslimat hebat... Teruskan menulis ;)


Joegrimjow: student Malaysia di Sheffield. Oleh sebab aku tak dapek menjejakkan kaki ke oversea (hatta Singapore skalipun...hoho), jadi aku suka dengo cite orang je...cita-cita aku memang nak sambung stadi kat UK, sebab kat situ je bidang aku bleh berkembang. Kata orang, nak rase Budu yang ORI, gi la ke Kelate, same cam aku...bidang Kesusasteraan Inggeris, lebih 'kaw' kalau belajar kat sane. Sebab memang kat situ tempat asal dia. Joe ni banyak update cite student-student Malaysia. Tu yang best baca. 


BellaLuna: pun student Malaysia kat USA. Ntah dah balik Malaysia ke blom...lame tak update blog dia...Hallo, where are u? HUHU


Ayin: satu-satunya blogger yang berjaya menjejak aku...kelebihan ilmu Sains Informasi & selaku pengawal library memberi kelebihan pada beliau untuk menggodeh internet...HAHAHA. Satu-satunya blogger yang mengucapkan Happy Birthday  kat aku melalui tipon... Tengkiu bro. Blog dia menceritakan kehidupan sehari-hari penjawat awam dan selaku seorang anak berkedudukan 'tengah' dalam family. Sempoiiii...


Azlan: kawan baik aku...orang pertama yang mengucapkan tahniah atas kelahiran Lagej, dan orang pertama yang menerima naskhah Lagej bertandatangan percuma dari aku setelah dia membelanja aku Nandos... hey, blog dia "Menulis Dalam Gelap" pun hebat...simple, cuma 2-3 baris ayat dalam satu-satu entry...tapi pedas, hangat dan masuk akal... HOHOHO... (feymes la ko pas ni Sele woi....50% profit ok? hohoho). Tapi apesal dah lame tak update???


AnisaHangTuah: gadis Johor yang unik...mengambil ijazah kewartawan di Utara. Blog dia banyak cerita kisah-kisah student & personal....memang anak, adik, kakak & kawan yang baik...mungkin bakal pengganti Karam Singh Walia...atau Oprah ;)


Eqbal: brader kembar hebat....tapi aku kenal sorang je....terer bidang Sains dan bakal doktor (agaknye la)...minat makan & fotografi, cam aku gak.... tapi aku jaki gile, sebab aku tak pandai Math & Sains cam dia...SPM pun cangkul....Andai bisa diputar waktu, aku akan rajin-rajin hafal sifir.... T_T


AiSumiChan: blog Quirky Butterfly dia punya ratusan pengikut. Peminat tegar Sup Urat Ketin, dan rajin buat award & contest kat blog...hey3x, bila mau bagi aku satu hadiah... ;p


ChentaAtiku: penulis blog yang menulis tentang tema cinta...especially pada keluarga....pun ada blog fotografi sendiri... antara pengunjung tegar blog aku... terima kasih :)


MiraCun: baru kenal...penulisan tentang kisah-kisah student di universiti kebanyakannya...mungkin tak lama lagi ada entry "Liza Burung Hantu" atau "As...Asmidah!"...dengan scene baling telur dalam ketapi... hoho.. tungguuuu....


Peeps: bekas bos aku yang lebih kurang sengal...suka mengupdate tentang muzik dan lifestyle...darah 'art' le katakan...suka melintas jalan ngan gaya itik yang nak hampir dilanggar steamroll... suka buat lawak tak kira masa dan tempat... Peeps: ko orang paling gile & sempoi pnah aku jumpa... [err...gua compliment lu bos...hoho]


Mungkin ramai lagi yang aku tak sebut....takpela, maybe lain kali...yang pasti, bagi aku...korang sume best. Maybe akan di mention dalam entry-entry akan datang. InsyaAllah, akan ada Ulang Tahun ke-2...3...&  seterusnya... Walau sape pun korang, terima kasih sebab bagi IMPAK besar dalam hidup aku yang kekadang suram-suram mendung nak hujan....


[err..aku memang suka hujan...hoho]

Wednesday, April 28, 2010

Tidak Khusyuk Tendang Punggung



Malam tadi baru berkesempatan menonton "Kick-Ass", kisah superhero yang bukan superhero, tapi lebih hero dari superhero. Pening? HAHAHAHAHAHA


Aku tonton dengan kawan opis. Saje nak release tensen. Kami petugas bidang kreatif ni memang kena selalu release kan ketegangan urat serebelum. Baru idea senang masuk. Cite dia memang puas hati, pelakon hebat (esp. budak kecit terer kiut-miut "Hit Girl" kaler ungu tuh), visual gile cun, soundtrack mantap, seat kitorang pun best, betul-betul line atas sekali & tengah-tengah....tapi sayang...


Kami menonton dengan tidak khusyuk!


Diganggu dua pasangan di sebelah kanan & kiri. Sebelah kanan kawan aku, satu pasangan kekasih sama jantina pompuan. Sebelah kiri aku pulak satu couple sama jantina lelaki.


Arghhhhhh..kalu korang nak bercengkerama sekalipun, tolong la buat kat tempat lain. Sedangkan couple laki pompuan buat projek dalam cinema pun aku tengok dah loya anak tekak, inikan pulak yang sama "kromosom".


Cis...nikmat menonton wayang aku 'dinodai' mereka-mereka yang tidak berhati perut.


Rugi duit pakcik 9 ringgit.... T_T


Memang...."KICK-ASS" betolla! 


Tuesday, April 27, 2010

WEEKEND PRA-NERAKA

Bawak bajak anak sedara aku nih gi keje pun best gak nih...

Hujung minggu lepas, aku macam 'ketulahan'!


Sabtu : aku terlanggar kereta orang waktu nak pegi beli sarapan. Lesap duit aku RM500 nak setelkan. Malas nak bawak ke Polis. Kalau report, tetap aku gak yang kena kompaun. Walaupun minah tu yang brek tak pasal-pasal mase keta lain tengah laju kat highway. Mentang-mentang Satria aku tak dilengkapi ABS. Break emergency pun lajak le.... Arghhhhh...aku benci keta mahal!!!


AHAD : keluar dari parking lot kat mall, keta aku kena libas ngan sebiji Beemer X5 (kalau tak silap). HIT & RUN kata omputih. Aku tak dpt nak kejar, sebab sumenye berlaku ngan pantas. Skang kalu ditanya nombor plat kereta tu pun aku dah tak ingat. Camne aku nak report.


ISNIN : aku bertambah HANGIN, bila tengah cari parking, satu kereta ni tak nak kalah bila bertembung ngan keta aku. Lorong tu pun muat satu kereta je. Seolah-olah berada di Wild-Wild West. Satu di hujung Timur, aku dan Satria di hujung Barat. Pistol di pinggang. RATATATATATATATATTT! (mau aje aku tembak). Padahal terang-terangan aku di tempat yang benar. 


"HALLO brader...bahagian mana "JALAN SEHALA" yang ko tak paham!" 


Bosan melayan manusia "ba.alif.nga.nga"  [sila eja dengan tertib dan tajwid].


p/s: hmmmm, tapi aku puas...sebab side miror aku dah berjaya memberi "cakaran harimau" kat badan Beemer tuh... Masak la ko nak cat balik! Dunia ni memang adil la... ngeh ngeh ngeh.... (kuar tandok!)



Wednesday, April 21, 2010

AYU - II

Arisa Khadeeja Hanan - 1 1/2 tahun

"Papa, Mama...look!" (Harap-harap itu Pampers yg FRESH...hoho)

Budak-budak memang senang 'dilentur'...dan...MENIRU...
Tgk apa Khadeeja sudah tiru si kakaknya, Aqila...


HAHAHAHAHAHAHAHA :D


*Owh....rindu sungguh ngan kamu si kecit ... HUHU




Kredit : gambar Khadeeja ngan Pampers dicuri dari blog abang aku. 

Tuesday, April 20, 2010

AYU



"Tomei tak saya?" - Alisha Aqila Hanan (4 tahun)


Baru lepas menyelongkar blog abang aku....mata aku cair melihat gambo nih....


Whoa, 'makcik' nih dah nak tukar imej ke? Huhu...baguih la...


Kata abang... "Lately, Aqila suka sangat pakai tudung ibu dia..."


Bila tak jumpa tudung...tuala pun jadik la.... HAHA...


*Aqila, Uncle suke gigi kapak mu.... :D

Monday, April 19, 2010

*SUMPAH*







Kekayaan itu sumpahan bagi yang mengejar fana'...
Kemiskinan itu peringatan bagi yang mengejar Khaliq...


Mewah...berdiri di kaki angkuh...
Kedana...melutut di tepi kufur...


Tersilap langkah...
Membelakangi takdir Al-Ghafoor...
Longlai di dalam kubur...
Hancur...
Lebur...



Wednesday, April 14, 2010

Monolog Untuk Mifzal







Sudah aku katakan...
Jangan kau 'mengalah' sekarang!
Kau tahu kenapa?
Sebab aku tak pernah berhenti menadah tangan...
Memohon Dia meringankan beban yang kau pikul...
Aku tahu beratnya tak tertanggung,
Sebab...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...
Pinggul yang menggendong...
Lutut yang menanggung.


Percayalah...Yakinlah!
Di hujung lorong yang gelap itu...
...pasti ada sinar menunggu...
yang tak henti-henti memuntahkan lahar bahagia...
Itu janji Dia untuk mereka yang sabar & redha...
akan ketentuan-Nya.




*monolog ini aku tujukan buat sahabat aku yang cekal & tabah meskipun puteranya sering gering. 
Minta rakan-rakan mendoakan sahabat saya Che Noryoehana & suami, Putra terus cekal & semoga putera comel mereka Mifzal (3 thn), diberi kesembuhan, kesehatan & kesejahteraan. Amin.


*Untuk kau sahabat, selain doa...cuma ini yang mampu aku buat.



Monday, April 12, 2010

Le Ingrat...Non Grata



"Hujan lagi...!"
"Penat-penat basuh baju, mendung pulak..."
"Nak hujan, hujan la betul-betul....ni setakat hujan lalu...baik takyah!"
"Adoyaii...panasnya hari ni...matahari terik betol, bila nak hujan ni?"
"Potong stim betolla....dah elok-elok cerah pagi tadi, tup-tup hujan pulak...rosak majlis aku..."


Aku kalau dengar ayat-ayat yang begini dituturkan kuat-kuat, terang-terangan di khalayak ramai, satu je yang aku tanya....


"Kau marahkan SIAPA?"

Friday, April 9, 2010

Errr.... !!!



Reaksi aku membaca ramalan cuaca oleh Encik Shahril Conteng ada dua....'huahuahuahua' dan jugak T_T ....


Kalu betul taun last aku taun 2010, maapkan le aku.....doakan le aku berbahagia di sorgaaa.... (aku tau, brader ni berseloroh je...tak amik ati pun)


Aku suka baca blog brader ni sebab dia suka amik gambo dan conteng caption MERAPUnya yang luar dari norma & kebiasaan....atau bahasa saintifiknye, "SEWEL"... mueheheheehehe....


Blog Shahril Conteng boleh diziarahi di alamat nih: SHAHRIL CONTENG!

Monday, April 5, 2010

Sentimen Budu



Ada seorang kawan baru....ajak dia makan tengahari.


Di depan kami ada meja panjang penuh dengan lauk-pauk & hidangan.


Setelah ambil nasi & ikan keli bakar, aku terus ke bahagian ulam-ulaman. 


Ada 4 balang kecil berisi; cincalok, tempoyak, budu & sambal belacan. Aku ambil semua. Sesudu setiap satu. Kecuali budu, aku letak dalam mangkuk kecil, ditambah perahan limau dan 2 potong cili api. Lalu aku duduk di meja.


Dia ambil tempat di sebelah aku, sambil bertanya....


"Kau orang 'mana'?" soal dia, sambil garu kepala.


Ringkas aku jawab.... 


"Aku? Aku orang Malaysia..." sambil meratah petai depan mata, tak pandang kiri kanan.




*Cuma cerita rekaan, harap-harap ada yang faham. Asal-usul tempat kelahiran tidak mendefinasikan siapa aku sebagai seorang manusia di bumi-Nya. Tapi memang, BENAR aku orang Selatan yang menggemari tempoyak, budu, cincalok & sambal belacan! ;)

Friday, April 2, 2010

Salar De Uyuni




Salar De Uyuni, Bolivia. Tempat ini dikatakan sebagai 'cermin pemantul @ refleksi semulajadi' terbesar di dunia. Asalnya aku fikir, "Uyuni" ada kaitan dengan istilah Arab bermaksud "mata-mata" dari kata dasar 'Ain, rupanya tidak. Kerana aku taksub dan takjub pada keajaibannya yang mengelirukan mata telanjang ku. [read: naked eyes]


Ia satu-satunya tempat di muka bumi di mana....


"TIDAK TERDAPAT GARIS PEMISAH ANTARA LANGIT & BUMI"


Sekali pandang, mengingatkan aku pada adegan dalam filem adaptasi karya "The Lovely Bones" tentang si mati yang menerawang di syurga.


The Lovely Bones oleh Alice Sebold


Maha Suci Allah, Dia yang mencipta seluruh alam, cakerawala dan segala isinya.



Hey, aku mau ke sini...kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, dan setelah aku berjaya menapak bumi Anbiyya' dan Rumah-Nya! Amiiin.