Friday, October 30, 2009

C.U.C.I (bukan The Musical)




(bukan Satria aku, tapi keadaan dah lebih kuang)



Cam nak marah, tapi kesian.

Pagi tadi, aku bangun awal sikit. Cadangnya sebelum gi keje nak isi minyak keta kat Petronas. Skali nak withdraw duit kat ATM. Tau-tau je la, orang sibuk nak gi keje, malas nak beratur kat petrol station.

Sampai je kat pam, park keta...kuar-kuar je dah ada sorang brader Bangla greet aku, "Selamat Pagi", aku pun balas, "Pagi..."

Mulut gatal pulak request mintak lap cermin keta, sebab berdebu.

"Bang, tolong kasi lap..." sambil tunjuk pada cermin.

"Ok!", jawab dia ringkas.

Aku pun berjalan ke kaunter, nak bayar minyak. Ramai pulak orang kat kaunter. Beratur.

Habis bayar, aku pusing balik ke keta...sambil ternganga... gaga....

Keta aku abis basah di basuhnya dek brader Bangla tu...

Ringan je mulut aku... "Bang, cermin je....!"

"Ok...Ok..." sambil basuh pulak bahagian belakang keta pulak, siap bersiul-siul lagi.

Dalam hati aku, "Ni paham ke tak paham ni?"

Pastu aku dah tak tegur dah...terus capai nozzle, isi tangki kasi penuh....sambil mata aku dok pandang ngan mata berapi kat brader tu yang dengan gembiranya memandikan keta aku...

Kalau basuh siap lap takpe, ni cam baru pas kena simbah air.

"Ok bos, siap!", ngan wajah gembira kerana misinya mengelap keta aku berjaya.

Aku?

Cuma mampu... T_T

Nak marah, tapi kesian...

Sampai opis, keta aku tak ubah cam kobau kuar bendang...

-------------------------------

Teringat adegan dalam filem 'Dunia Baru...The Movie' ngan dialog popular Bangla stesen Petronas:

"10? 20? 30?" (bape mau isi?).

Satu-satunya dialog yang dia tau.


7 comments:

  1. ada org kata rajin x bertempat,tp kes ko ni...rajin bertempat.tempatnya stesen petrol :-)

    ReplyDelete
  2. aku rase macha tu 1st day kije...sivik kemain...aku taknak 'demotivate', so aku ucap time kasih je la.... tapi dalam ati terase cam nak gigit selipar pun ado...

    ReplyDelete
  3. buleh kah ko srh bangla tu g kja kt k.sel plk?

    ReplyDelete
  4. uiks....aku dah jadik ejen plak dah...haha... ada komisyen tak Citah? :D

    ReplyDelete
  5. Oh my! What's wrong with this car? Birds?

    ReplyDelete
  6. err...it's not mine. same model though, almost similar effect, but due to different causes... T_T

    ReplyDelete