(Filem ini mungkin tidak akan ditayangkan di Malaysia)
Tengok poster pun dah boleh tahu ini merupakan sebuah karya filem yang cukup hebat. Kenapa aku tertarik untuk muatkan poster filem ini di sini?
Bagi aku filem ini bukan filem komersial, sebaliknya ia satu karya hebat yang kaya dengan nilai tradisional. Ia sudah cukup bermakna tanpa perlu disolek dengan VFX atau segala macam mak nenek kesan khas. Aku rimas dengan sesetengah filem yang kononnya gah dengan kesan khas kurang cerdik yang membodohkan minda dan menipu wang penonton.
Paling hebat, dari posternya saja aku dah boleh mengagak apa mesej yang ingin disampaikan walau tidak 100% tepat, tapi essence nya sudah aku 'genggam'. Imej seorang wanita bertudung hitam yang menentang arus wanita-wanita bertelekung putih litup begitu mudah dihadam maksud simboliknya. Mungkin kesan pembelajaran dari kuliah dalam kelas Prosa & Sastera masa di universiti dulu di mana pelajar diminta menganalisa sesuatu secara mendalam lantas menggalakkan pelajar berfikir secara KREATIF.
Kenapa aku suka Sastera? Sebab dalam Sastera, tiada yang betul dan tiada yang salah. Semuanya subjektif, maka apa yang kita rasa betul, maka betullah ia, dan vice versa. Namun, kita harus cari bukti dan hujah yang kukuh untuk menyokong sesuatu pernyataan. Bukan percaya buta & berhujah kosong! Secara tidak langsung, pelajar Sastera juga boleh jadi Peguam tidak bertauliah.
Di universiti dulu, aku cukup bengang dengan seorang Senior dari jurusan Undang-Undang yang tidak berhenti memperlekehkan jurusan yang aku ambil.
"Kau tak nak tukar course ke? Amik la Law ke...senang dapat kerja best...gaji pun masyuk."
Kali terakhir aku diberitahu seorang rakan menerusi SMS, terlihat kelibat Senior tersebut dihentam juri dalam rancangan "So You Think You Can Dance"....! Dan itu barulah peringkat ujibakat. (Ketawa dengan kuat!)
Terasa rugi tidak menonton gelagatnya di atas pentas.
Reaksi spontan aku. "Ek eleh...poyo..."
Paling aku suka reaksi dia bila satu hari terserempak dengan aku di KL, waktu tu aku bersut lengkap dan bertali leher kerana mewakili organisasi selaku Eksekutif bagi menghadiri satu program.
Al-Poyos: "Eh, kau kerja kat mane?"
Aku: (Gelak kuat-kuat dalam hati sambil guling-guling atas lantai)
Sering berkunjung ke panggung, rakan-rakan mula memanggil aku 'Kaki Wayang Era' (dulu ada segmen dengan nama serupa di Radio Era.fm). Sebenarnya, aku bukan sekadar menonton dan berhibur kerana aku bukan seorang Hedonist (boleh rujuk kamus DBP), sebaliknya filem buat aku berfikir di luar lingkaran kotak fikiran.
Tergeliat lidah, cukuplah aku berbahasa baku untuk hari ini...penat daa... :D
--------------------------------------
Moral: REZEKI itu di tangan ALLAH. USAHA itu di tangan MANUSIA.
Tengok poster pun rasa nak tengok.... skrg ni nak tgk filem pun kena cari yg bagus dan tak merepek..
ReplyDeletefilem macam ada profesor kat mesia tu buat..Entahlah...sedih pun ada walau lucu macamana pun citernye
sastera sesuatu yang tak diduga....
Setuju sangat la Firol...
ReplyDeleteMenariknya Sastera sebab ia representasi Realiti & Maya...kita hidup dalam dunia nyata, hanya dengan Sastera kita mampu menelusuri alam Maya...sambil berpijak di bumi yang nyata.
Hedonistik=bersifat mementingkan keseronokan
ReplyDelete(kamus dewan Ed ke-4:page 523)
:P
tak aci woii...mentang2 kije library.... HUAHUAHAUHUAHUA :D
ReplyDeletefilem yang dicerita sudah ditonton beberapa bulan yang lepas, walau secara tidak halal.....
ReplyDeletefilem bukan sahaja kaya dengan mesejnya, malah menjadi medium pengkaji seni bina bagi merungkai dan mentafsirkan kepelbagaian ruang dan manusia yang memenuhi ruang tersebut lantas menghuraikan teori-teori2 seni bina walau ruang itu hanyalah lubang tikus, hehs
tapi mesejnya juga yang aku lihat dalam dalam, sehinggakan aku gagal subjek filem dan seni bina itu, kerana aku sukakan mesejnya dari berkhayal sesutu yang tidak pasti.
hehehe :p
smlm singgah SPEEDY, jumpa vcd cite nih...meaning, tak masuk cinema la kot...
ReplyDeletesatu lagi elemen dlm filem yg buat aku terbuai-buai adalah, skor muzik dia...
buat aku berangan jadi team orkestra (cita-cita tak tertunai...huahuahuahuahua).... dpt main bonggo pun jadik la..... :D