Bukan nak condemn, cuma nasihaaaat... (quote Ahmad Nisfu...aktor pujaan aku...huahuahuahu)
Mungkin ramai yang tak setuju, tapi aku rase dah sampai masa ada orang tampil mengondem, demi kebaikan industri seni tanah air...though aku maklum, isu ni takkan ke mana-mana gak...bukan isu negara pun...akhirnya kat blog ni je terperap...
Alkisah, tadi balik solat Jumaat... Aku ngan dak2 opis gi soru. Tengah sibuk mencekik, mata aku dok landing baeeek punya kat TV tak jauh dari tempat kitorg lepak.
Berkerut dahi aku tengok drama Melayu tu...mana taknya, bila adegannya lebih kuang camni...
Mamat ni masuk penjara, kendian dalam jel tu dapat kad jemputan kahwin... Pahtu mamat tu guling-guling kat lantai. (Aku assume tu awek dia punya wedding gamaknye)
Tak nampak aku kat mana rasionalnye antor kad jemputan kat banduan. Kalo kad jemputan kosong ok lagi, ataupun bagitau melalui surat ... bersangka baik ada orang senyap-senyap sampaikan sekadar nak bagi maklum, masalahnye siap ada nama dia.
Kot ye pun galak nak buat duit, jangan le buat drama caca-marba je. Filem apatah lagi...malas nak cakap la... Tak mencabar minda langsung. Camne industri kita nak maju. Kesian kat penonton...
Cite-cite P.Ramlee banyak gak yang tak rasional dan tak masuk akalnye...tapi bleh pulak aku terima dan tengok berkali-kali sebab ada keistimewaan atau nilai estetika yang susah nak dihuraikan.
(Reviu ini ditulis oleh bekas calon temuduga FINAS yang gagal...huahuahuhauahuahua)
riz,bulan 12 ni muallaf kuar-aku bc metro ahad smlm.jom:-)
ReplyDeleteInsyaALLAH.... ok
ReplyDelete