Monday, November 16, 2009

Tamparan Gaban...Layan Hindustan




Semalam Ahad yang agak buhsan...tahap gaban.

Sebab hari Sabtu dah kopak duit makan kat Chilli's (1st time makan), abiskan sehari ngan member yang bakal menamatkan zaman terunanya minggu depan...

HAHA!

Makanye, Ahad aku lepak umah le...cuma bertahan waktu pagi, tengah harinya aku ngulor ke IOI Mall. Gi Speedy. Aku jumpa vcd cite DOUBT. Perghhh, mmg mencari, kebetulan tinggal sekeping. So, aku rembat (rembatan HALAL namenye...)

Tiba-tiba aku nampak satu VCD industan....hoho. Bukan 'kaki' pun, cuma mane-mane yang production Yash Chopra bleh le aku layan. Sebab stail dia wat filem lebih kuang cam Kabir Bhatia...antaranya Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Kushi Kabhi Gham, etc. Bukan setakat hiburan kosong!

Cite ni tajuk dia Dil Bole Hadippa.

(Semangat dia nih pemain Malaysia patut amik contoh...walaupun cuma filem, tapi bukan ke "LIFE IMITATES ART"??)


Apa yang buat aku rembat vcd nih?

1) Aku mula-mula tak perasan mamat Bhangra Singh dlm gambo cover tu sebenarnya Rani Mukherjee. Bila tengok cam ada something yang unik, aku mula la baca sinopsis kat belakang cover. Terus rembat...! (Rembatan HALAL gak).

2) Jalan cerita dia ada sikit cam filem She's The Man yang diadaptasi dari karya Twelfth Night oleh Shakespeare. Ternyata, sebahagian besar filem dan ending dia tak tiru bulat-bulat cite tu. Syabbas inspektor sahab!

3) Mesej PEACE @ Keamanan agak bijak digambarkan menerusi game Kriket. India & Pakistan memang ada konflik yang agak lama bersarang. Demi menyatukan dua buah negara yang berjiran ni, Pengurus pasukan Indian Tigers & Pakistan yang dah lama berkawan menganjurkan kejohanan AMAN CUP. Namun setelah 8 tahun, India tidak pernah sekali pun memenanginya.

4) Diskriminasi Gender gak menjadi elemen utama yang dipaparkan. Rani @ Veera merupakan Pemukul Bat Kanan & Kidal terbaik di kampungnya dan mampu melakukan pukulan Sixers, malah lebih hebat berbanding mana-mana pemain lelaki yang ada. Sewaktu sesi pemilihan untuk pasukan Indian Tigers, Veera dihalau oleh Pengawal Keselamatan yang menjaga pintu pagar Kelab Kriket dengan alasan, perempuan tiada tempat dalam pasukan kriket. Sejurus selepas dia diherdik, kebetulan muncul sekumpulan lelaki berarak yang mengusung dan memuja patung Dewi Durga lalu membuatkan kesemua lelaki yang sedang beratur panjang termasuklah si Pak Gad tadi menundukkan muka tanda hormat. Ironi & sarcasm wujud dalam adegan ni yang buat kita berfikir dan memahami emosi Veera yang diperlekehkan, hanya kerana dia manusia dan bukan Dewi. Lantas Veera menyamar sebagai Veer, maka bermulalah kerjayanya sebagai pemain kriket terhebat India.

* Tengok camne dia 'basuh' Pak Gad...menikam jantung.

5) Adegan cinta dah memang wajib la, dalam cite ni apa yang menariknya, Yash cuba menampilkan mesej Kenegaraan yang semakin terhakis dari dalam diri rakyat India. Even kalau kita perasan, di Amerika dan UK, semakin ramai warga India yang menetap di sana. Konflik kenegaraan dicetuskan menerusi watak Shahid Kapoor @ Rohan, anak Pengurus pasukan (lakonan Anupam Kher) yang menetap di London. Ayah si Rohan meminta bantuan Veera yang agak kekampungan untuk 'membasuh' anaknya supaya menjadi lebih 'India'.

Yang bestnye tentang filem ni:

1) Nilai-nilai cintakan negara yang cuba diterapkan semula. Satu line dari Veera yang menyentap perasaan adalah:
"Jangan kisahkan aku lelaki atau perempuan, cukuplah jika kalian dapat menyaksikan aku membantu negara mencapai kemenangan, sebab apa yang aku lakukan cuma untuk dia (India)."

2) Nilai-nilai keamanan yang mudah difahami. (Malaysia & jirannya mungkin boleh amik iktibar).

3) Paling best...tonton adegan broken English si Veera ngan si Rohan atas lori angkut lembu sambil kunyah tebu. Klaka nak mampus... Slalu kita dengar broken English atau Manglish (Malaysian English) kan? So ni kira India kampung + English.

4) Dari buta kayu, aku dah boleh faham rules game kriket cuma ngan menonton filem ni. Basic idea tu boleh digest la.

5) Kalau kita ada 1 Malaysia, dia ada 1 India...boleh tengok keghairahan & kesatuan penyokong-penyokong India dan Pakistan dari konteks ethnicity & agama. (Penyokong Malaysia pun boleh amik iktibar, jangan sibuk nak baling mercun atau bakar kerusi je...huahuahuahua)

Pendek kata, tonton filem ni cam kena tamparan gaban le... JAI HO!

Sekian, reviu filem dari aku yang buta seni.


P/S: menonton filem ni mampu mengisi mase terluang aku selama 3 jam di hujung minggu yang buhsan...tahap cipan.

10 comments:

  1. TQ-x yah tgk citer,ko dh citekan.huhuhu

    ReplyDelete
  2. ooo...aku dah cite abis eh?

    ikekekeekekekeke....

    ReplyDelete
  3. aku pun mula-mula baca ingat review filem...
    alih2 macam full version je tapi versi blog

    ReplyDelete
  4. tibe2 aku pun terasa poyo la plak meletak reviu pelem industan kat sini...haha...

    xbleh blah btol...wakakakkakkakaka

    ReplyDelete
  5. layan juga ko hindustan
    bagus2
    hindustan memang best

    ReplyDelete
  6. setaun adala dlm sekali aku tgk cite industan...

    hoho

    ReplyDelete
  7. waaa!! cam best!! kene tgk neyh!!!

    ReplyDelete
  8. i'm a huggeee Hindi movie lover. tp x tgk lg cite ni =( cinema kat penang xbyk tayang cite Hindi. =( =(
    nnt nk carik dvd. hehe

    ReplyDelete
  9. jimah: mmg kena tgk...huhu... Tq sudi singgah... ;)

    ReplyDelete
  10. Julia d'Buih: cite ni tak masuk panggung i guess... bleh la cari vcd... pahtu boleh gOyang-gOyang "Shava-shava!"

    HAHAHAHA :D

    ReplyDelete