Monday, December 28, 2009

Balada Pelakon Pembantu


Gambar hiasan Abg. Ngah aku yang tengah gigih mengecat umah.

Sejak mengenali insan seorang ni, macam-macam kisah yang aku dengar. Aku cuma memekakkan telinga, sebab sebagai manusia yang tidak Ma'sum, kekhilafan adalah 'makanan ruji' kita. Jadi, aku tidak pernah bersikap 'judgmental' atau prejudis apatah lagi kalau aku tidak lihat sendiri ngan mata dan menganalisa dengan akal. Tidak lah rapat, cuma adakalanya bersembang kosong bila bertembung empat mata. Walau sering telinga aku disogok dengan cerita-cerita mazmumah, aku tengok dia tetap tenang, selamba dengan gayanya yang bersahaja. Bila aku berjenaka, dia ketawa. Tidak nampak riak-riak duka.


Terbit gak perasaan kagum. Nak juga aku tahu apa rahsianya yang membuatkan dia begitu tenang walau jiwa dilanda 'badai'....


Atas sebab-sebab kesihatan, dia bercuti agak lama. Sejak dia bercuti, lama aku tak dengar kisah pasal dia. Tiada yang bercerita, tiada pulak yang bertanya. Kehidupan diteruskan macam biasa. Jika tidak kerana hari ini, mungkin aku tidak terfikir langsung pasal dia.


Kebetulan aku membantu 'install' printer di komputernya. Volunteer. Sambil mencucuk wayar itu dan ini, mata aku menangkap satu nota kecil di hujung skrin komputernya. Asalnya dalam Bahasa Inggeris, setelah diterjemahkan, aku tafsirkan bunyinya begini:


"Ada kebenaran dalam setiap tangisan, dan ada tangisan di sebalik penipuan yang bertitik-tolak dari kesilapfahaman. Belajar daripadanya, dan kekal tabah...


Di akhir cerita, pasti ada hikmah..."


Ternyata, jiwanya juga tak kebal dengan badai. Walau kental di luar jelas, dia 'menangis' di dalam. Cumanya hebatnya hamba Allah seorang ini, dia mampu menyimpan racun di benak sehingga tak siapa yang sedar hati yang berdarah. 


Dan di akhirnya, dia hanyalah seorang pelakon pembantu dalam sebuah wayang kehidupan yang kehadirannya dipandang sepi; sedar dalam tidak, wujud dalam tiada.


Bila difikir dan direnung dalam-dalam...aku pun mula terfikir...dalam wayang kehidupan aku...


"Adakah aku...pelakon utama atau pelakon pembantu?"
.
.
.
ANDA?

11 comments:

  1. aku suke sikap ko ni..amat terpuji...aminnn
    ~aku perlakon pinggitan...hehe

    ReplyDelete
  2. learn to get in touch in d silent within urself and know that evrythg in life has a purpose.there are no mistakes and coincidence.all events are blessing given to us to learn from??

    aku, kau dan semua ialah pelakon tetap diatas pentas dunia.cerita kau melengkapkan cerita aku dan cerita dia melengkapkan cerita kau.hanya Dia yang tahu bila waktunya watak kita akan berakhir :)

    ReplyDelete
  3. kita pelakon utama dalam drama kita kawan...

    ReplyDelete
  4. hisham: alhamdulillah ko beranggapan camtu...kira doa tu...amin... hehe. ko pelakon pingitan bro? aku prop kat belakang je kot... HAHAHAHAHA :D

    chenta: bila dipkir dalam-dalam, betol gak...dalam wayang kita, kitalah pelakon utama...mungkin plot cerita yang buat kita kadang-kadang kelihatan seolah pelakon tambahan.... tq for the thought :)

    Firol: betul tu...tapi dalam gigih melakonkan watak, adakalanya kita terlupa penonton 'Yang Satu' tu... kita manusia mmg sering alpa dan khilaf, kan? semoga kita dilihat terpuji di sisi-NYA... amin...

    ReplyDelete
  5. kejora: macam tajuk lagu...huhu :p

    betul, kita hanya manusia biasa...kesempurnaan hanya milik DIA, kan?

    ReplyDelete
  6. yup..di akhir nanti, sentiasa terbentang luas kebahagiaan

    itu pun bagi yang sabar dan redha atas segala yang berlaku

    p/s : aku mmg x pernah dpt offer jd pelakon drama..heran juge...

    ReplyDelete
  7. perghhhh..ayat...cam skrip sinetron 3,106 episod tuh... hoho

    p/s: betol la citah...aku pun heran...tapi kalu ko dpt offer, lagi aku heran... muakakakakakakaaka.... :D

    ReplyDelete
  8. bro..xde en3 baru ke..bz la tu...hehe,,cntik pic abg ngah ko tu...

    ReplyDelete
  9. hehe...bz gotong-royong... 3 hari berturut-turut tu...

    ada..ada...nanti aku post... :)

    (sob sob...ada gak yg menanya...)

    ReplyDelete