Thursday, January 21, 2010

BAGASI sampai






Aku terima LAGEJ hari ni. Sudah sampai ke tangan. Bos aku yang menerima bungkusan dari Penghantar Courier mengancam nak bukak depan semua staff. Aku cakap, "Uiks...bos, jangan....segan...hehe."


Akhirnya terbocor jugak rahisa, satu office datang kerumun. Aku beli lebih, untuk simpanan sendiri. Buat kenang-kenangan. Personal archive. Ada yang tumpang baca. Ada yang terkedu baca cerIta pertama aku. Tengkiu. Ada gak yang baru tau akulah tuan punya blog JSA (kini ONOMATOPOIEA). Seperti kata KEJORA dalam entri terbaru dia mengenai LAGEJ, "terasa cam selebriti". HEHE.


Susah nak gambarkan perasaan. Gembira. Suspense. Terharu. Paling seronok....terasa dihargai. Macam mimpi (tolong cubit-cubit manja pipi aku! hoho).


Lebih-lebih lagi kata pengantarnya oleh Sinaganaga dari Sindiket Sol-Jah yang super-hebat! 


Mana pernah aku terfikir, ada buku yang memuatkan hasil karya aku & 13 blogger lain. Terutama sekali karya spontan. Semuanya dari blog, satu medium yang dulunya aku rase macam tak relevan. Agak malas nak menulis. Segalanya berubah bila aku baca KOSMO tentang seorang pelukis. Kisahnya dalam satu artikel membuatkan aku berfikir sejenak, apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup. Yang membuatkan aku kagum adalah, bagaimana individu semuda beliau punya fikiran dan kreativiti yang jauh kehadapan... Kalau beliau membaca ini, aku ingin memberitahu bahawa, kisahnya yang bergelumang dengan pallete warna dan kanvas mengubah aku menjadi seorang manusia yang punya hala tujuan, punya matlamat dan impian. Maka terciptalah Jurnal Sang Arian


Bermula dengan menulis sekadar suka-suka, entah dari mana makin lama bertambah pembaca yang aku tak kenal. Tapi terasa rapatnya ukhuwah. Lagi rapat dari kawan-kawan yang aku kenal sejak dari sekolah rendah. Seronok membaca komentar-komentar yang ditulis. Hinggalah akhirnya, saudara Firol singgah di blog aku yang kerdil. Maka, terhasillah... LAGEJ. 


Terima kasih buat saudara Firol, Soltura dan semua yang terlibat...mengangkat titah Arian ke medium koran. Buat pembaca-pembaca dan rakan-rakan blog, aku ingin ucap jutaan terima kasih kepada kalian yang sudi membaca dan mendengar tatkala 'onomatopoiea' aku bertitah. 


InsyaAllah, jari-jemari aku akan terus menarikan rentak lagu-lagu indah.


SYUKRAN JAZILAN KATHIRA  :)

16 comments:

  1. chewaaaahhhhh...
    peeewwwwiiiiit!!!!!

    p/s ; sori weh..aku x buleh nk cubit2 manja pipi ko..
    kalu cepuk ngan buku buleh x?
    hahaha

    ReplyDelete
  2. selebriti blog...
    okeh what!

    tahniah! semoga terus berblogging selagi mampu bernafas..

    ReplyDelete
  3. yeh.
    biar kite tolong cubit2 pipi

    :P

    ReplyDelete
  4. citah: buku 555 boleh (bukan buku 5)....jgn buku tipon udah...mau koma namblas hari....muehehehehehe

    kejora: mintak otograp bleh? ikekekekekeke ;p

    ReplyDelete
  5. anisa: ouwh....sedaaap.... lagi sedap kalu belanja makan.... ngehngehngeh :p

    ReplyDelete
  6. Tahniah En Alhariez

    :)

    hey...ada pelangi jatuh..atas kamu

    ReplyDelete
  7. cayalah.aku tumpang glamour.khihkhihki

    ReplyDelete
  8. Megat: kamu tau? adanya JSA juga sebenarnya bertitik-tolak dari kesungguhan & passion yang saya lihat dalam AP... :) terima kasih untuk pelangi tu...sekarang saya sudah berwarna-warni... HOHO

    ReplyDelete
  9. ayin: bleh...meh-meh naik...tambang percuma... HEHE..

    ReplyDelete
  10. cubit cubit manja?? boleh ke?? haha

    ReplyDelete
  11. cik epal: boleh...mau cuba? (sambil mengembungkan pipi ready untuk dicubit) ikekekekekekeke....

    ReplyDelete
  12. ohhho...miang kuda juge rupenye ko ni...hahaha

    ReplyDelete
  13. miang keladi itu bukan keperibadian sebenarnya hamba.... ewah... :p

    ReplyDelete
  14. terima kasih kepada penerbit yang telah bersusah payah mengumpul 14 penulis. terharu aku...

    ReplyDelete
  15. farwalis: betol3x bro....kdg2 peluang tak mengetuk pintu kita lebih dari sekali....

    ReplyDelete
  16. :)...TERIMA KASIH KAT KORANG....KARYA KORANG BEST

    ReplyDelete