Friday, January 8, 2010

Jahil -vs- Biadap




Solat Jumaat hari ini, walaupun khutbahnya sedap didengar, fikiran aku diganggu perkara yang tak sepatutnya.


- Sebelum solat, aku masuk ke toilet...barisan panjang....semuanya orang dewasa. Tak semena-mena seorang budak belasan tahun menonong masuk dan memotong barisan lalu terus masuk ke satu tandas yang kosong.  "Biadap!" (terpacul dari dalam hati aku, tapi tak terluah). Kami yang beratur saling pandang memandang antara satu sama lain, sambil geleng kepala.


Aku masuk ke dewan solat. Khutbah dah bermula. 


- Di sebelah aku, sebaris kanak-kanak sekolah tahfiz duduk khusyuk mendengar khutbah. Ironinya, di depan aku pulak, dua orang dewasa tengah bersembang-sembang, sambil yang seorang lagi tengah membalas SMS atau mungkin juga sedang bermain permainan JAVA! Sedangkan satu perkataan bakal meluputkan seluruh pahala Jumaat. "Jahilnye!" (terpacul dari dalam hati, tapi tak terluah). 


Habis solat, di sepanjang jalan menuju ke kereta di fikiran aku masih berlegar-legar tentang kejadian tadi. Aku bukanlah alim sangat, tapi sebagai orang Melayu, ada satu pepatah yang tak pernah aku lupa...


"Bila bapak kencing berdiri, anak kencing berlari...."


Ada benarnya juga...

3 comments:

  1. mcm-mcm pesen manusia ni time solat jumaat...

    ReplyDelete
  2. e2 belum ringtone bunyi time tgh solat...kira jahil ker biadap gak.bg aku 2-2 kot :D

    ReplyDelete
  3. citah: itu le...tp rasenye menda2 camni blaku kat mane...

    ayin: dua2 tu yin.... :)

    ReplyDelete