Wednesday, June 23, 2010

Gol Saya Kelakar!



"Revenge is a dish best served cold..." - The God Father


Malam kelmarin aku membuat keputusan mencantas rambut aku yang panjang cam antu Jangan Pandang Belakang...


Ke Barber I go....


Nasib baik lengang...sume orang lepak kat kedai Mamak seberang jalan...sesak-sesak tonton Portugal-vs- Perak....agagagagagaga... People Republic of Korea daa...


"Ane, kasi cantas ini rambut...jangan pendek sangat ok...", aku bagi amaran awal kat Ane Tukang Gunting.


"Ok , Bos!" jawab Ane tanda patuh.


Sambil dipakaikan kain tutup badan, aku tengok sebelah kanan, owh....TV tengah pasang... Bola gak... Si Ane ni telah menduakan aku! Cis....


Kerja-kerja mencantas bermula.....


Oleh sebab terlampau asyik-masyuk tonton game yang memula cam haram, terus layan...kepala tak gerak, mata aku je kejap depan kejap kanan...kejap depan kejap kanan. Satu je yang aku risau. Si Ane ni mata dia lagi banyak tengok bola dari tengok kepala aku mase gunting... Memang ngeri abes.... 


"Kompem kepala aku botak!!", aku meraung desperado dalam hati. Aku dah bersedia menerima sebarang kemungkinan.


Game makin panas....aku pulak makin panas punggung. Gunting rambut biasanya 15 minit ni dah dekat setengah jam. 


Kat TV, Ronaldo menggelecek bola, kemudian dibentes pemain lawan, hampir tersungkur di situ namun berjaya menstabilkan badan, seumpama keajaiban, bola landing kemas atas kepala, distabilkan dengan skil sendiri, jatuhkan ke padang dan merembat penuh gaya ke gawang....dan.... 


"Goooool!!!", si Ane melompat gembira bersorak tak ingat dunia.....seraya gunting di tangan mencantas pantas....


"ZAAAAAAAAAS!", bunyi rambut dicantas ganas.


"Arghhh...tokak kepala aku!" 


Si Ane dah pucat lesi. Torek muka pun tak keluar darah. 


Ni sume C.Ronaldo punya pasal. Sape suruh buat lawak tak kelakar...!! T_T 


Sesapa ada marker itam...bak sini aku pinjam!!





Thursday, June 17, 2010

Aku, Abah & Piala Dunia

Sempena Hari Ayah, doa aku moga abah bahagia di sana.

Ini musim bola,
Ke ceruk mana pun orang cerita bola,
Sembang bola...gaduh pun bola...
Pelik tapi benar.

Dalam sibuk-sibuk orang bersorak gumbira,
Leka berjudi bola,
Aku teringat abah...
Arwah abah...

Empat tahun sekali bila musim ni tiba,
Aku tak terfikirkan sangat Torres, Messi hatta si Kaka. 
[sikit-sikit tu adalah]
Aku cuma teringatkan abah.
Mengingatkan kali terakhir aku bersembang dengan abah...
Lapan tahun lepas...
Waktu tu Piala Dunia 
Jepun - Korea tuan rumah.
Hari-hari aku sembang dengan abah...
Perbualan kekok jadi mudah.
Rumah jadi riuh sedangkan dulunya aku jarang bersembang dengan abah.
Semuanya kerana bola...suasana sepi jadi meriah...
Paling seronok tengok abah tersenyum gembira. Rindunya...

Seminggu lepas tu naik semester...
Aku balik kolej macam biasa.
Tak sempat cium tangan abah.
Abah pergi kerja sebelum subuh.
Kalau telefon rumah, jarang aku tanyakan abah.
Entah kenapa, seolah-olah ada tembok pemisah.
[menyesal tak sudah]
Sebulan kemudian aku terima berita...
Abah pulang ke Rahmatullah!
Bagai halilintar membelah dada. 
SAKIT...tapi tak berdarah.
Abah kemalangan maut di lebuh raya,
SEDIH.TERKILAN.HAMPA.
Sebab perjalanan jauh, aku tak sempat cium dahi arwah...
Aku cuma nampak selonggok tanah merah.

Hari ini kalau aku terbaca cerita,
Ada anak yang buang ayah,
Ada yang hantar ayah ke rumah orang tua,
Ada anak yang tak mengaku ayah.
Ada anak yang segan nak cium tangan, peluk cium si abah,
Aku cuma boleh kata...

"Kalau kau terima takdir sepedih aku...baru kau sedar, kasih abah syurga bagimu...ahh, RUGInya!"

Al-Fatihah...buat arwah ayahanda Kamdin bin Kasri.
Moga Rahmat-Mu sentiasa mencucuri arwah.
Amin ya Allah.

Friday, June 11, 2010

ESCAPADE



5 hari akan datang bakal melahirkan aku yang baru...mungkin.


Terlalu banyak konflik di otak yang tak terurus...semuanya semakin terbelit. Aku perlukan ESCAPADE!


2 hari di kampung, 3 hari di Damai Laut....insyaAllah aku akan kembali dengan lebih 'segar'.


Aku perlukan LAUT.AWAN.ALAM untuk lebih tenang...paling penting restu TUHAN.


Jumpa lagi...jika panjang umur. Jika tidak....maafkan aku, halalkan segala yang 'ter'.


Wassalam

Tuesday, June 8, 2010

Ramalanmu Silap Belaka

foto pinjam dari sini

A: Huiyooo zal....lame tak jumpa weh. Wahlaweiii....insap aku tengok ko.
B: Haha...nape plak?
A: Tuh...dahi gelap dah... Warak dah kawan aku skang... Alhamdulillah.
B: Errk... T_T


2 minggu sebelumnya....


B: Adoyaiii jerawat...banyak-banyak tempat, kat dahi gak ko tumbuh....tiga plak tuh. Hambik ko....dush dush! [bunyik jerawat di operate kejam].


-------------------------------------------


MESEJ: Apa yang anda lihat kekadang bukan yang anda sangkakan! 

Monday, June 7, 2010

The OTAIs







Hidup kita banyak insiden spontan yang tak disangka. Adakalanya buat kita ketawa macam nak gila.


Beberap hari ni aku sebenarnya agak rungsing, banyak urusan yang belum settle. Itulah aku. Bila ada masalah, semuanya tergambar jelas di muka. Kejadian tadi buat aku ketawa tak semena-mena.


Lunch tadi aku dan kawan-kawan menuju ke PKNS. Kami melintas dua orang warga senior yang sedang bersembang. Bunyinya seolah-olah sudah lama tak berjumpa.


Pakcik A: 
"Maaf lah lama tak jenguk. Saya sibuk kebelakangan ni. baru balik dari Europe." [dengan slang ye!]


Pakcik B: 
"Ooo...takpe...takpe. Pegi naik APA?"


Pakcik A:
"?????"


Dengar je, aku ngan si Pejal [member] dah bertampar pipi dah. Gelak tak ingat! WAKAKAKAKAKAKAA


Pakcik B memang pandai buat lawak spontan. Atau dia sebenarnya silap dengar atau tak faham ayat kekwat si kawan. Err...hipotesis aku yang ketiga adalah...dia menggunakan taktik PERLI tahap gaban.


HAHAHAHAHAHA


Tabik spring. Aku suka pakcik nih! Agagagagaagggaa :D


------------------


NOTA KAKI: Aku bukan jaga tepi kain orang. Sekian.

Thursday, June 3, 2010

The MARTYRS of Gaza





It hurts…bad…
Really really bad,
When the Soldiers of Darkness
Rampage through our tiny fortress,
Bulldozed our shelters like we were mere ashes.
For a while, we see light across the universe…
Shining bright!
Really really bright.
Then it suddenly went dim…dimmer…that leads to a total blankness.
It was dark.
Really really dark.
We were sacred, but not for long.
As we felt that our body were lifted up to the air.
Like a feather we flew above.
Free as if we were doves.
Pains were gone.
Blood was all over, but we felt none.
It no longer embodied our soiled with debris bodies.
A second later…
The light came again…
This time it looks brighter,
Accompanied with a sense of happiness we never felt…ever.
From above…we see them raped rampantly our holy city!
We cried…but with tearless eyes.
Then we reached a very peaceful place.
‘Twas white all over.
Our hearts were filled with spontaneous joy & laughter.
To us kids, the ground was like a playground we never had.
No restrictions. No borders. No soldiers!
‘Twas the freedom we longed for.
Then it suddenly crossed our mind…

“O Khaliq…are we in HEAVEN?”

We cried again…but this time, with endless joyful tears.

And SYUKUR.

---------------------------------------------------------------- 

*Seperti yang dipaparkan di SOLTURA. Sokongan untuk kempen KUBAH BIRU (BLUE BARRICADE). Kami tiada harta atau senjata, hanya doa & pena. TAKBIR!

Tuesday, June 1, 2010

La VIVA de la Palestina!


Sibuk-sibuk nak WORLD CUP nih, berjuang bergolok bergadai untuk team pilihan memasing, 
jangan lupa pulak semangat perjuangan untuk Palestine wokey!


Lunch adalah waktu makan paling penting bagi aku. Biar tak bersarapan pagi, atau malam. Lunch memang aktiviti santapan wajib [kecuali puasa la].


Sepinggan nasi putih di tangan, aku memilih lauk-lauk dekat deretan hidangan depan mata. BERJIMAT! Tu yang aku simpan dalam otak skang. Zaman kemelesetan dah hampir. Media sibuk uar-uarkan polisi baru kerajaan untuk mengurangkan defisit tunai dengan menarik balik subsidi sikit demi sikit. Orang mcm aku yang miskin ni la yang terima balanya. Owh, hadap saja! Hampir-hampir saja aku koyak-rabakkan akhbar Ahad lepas tanda protes, tapi mengenangkan akhbar boleh di kitar semula dan dijual sebagai surat khabar lama, maka aku tanamkan saja niat aku untuk 'amok'.


Berbalik kepada isu makan, aku ambil kuah tomyam dan siram ke atas nasi [disertai bunyi perut berhip-hop minta diisi]. Ayam goreng udah mesti. Aku capai seketul kepak ayam. Sambal belacan menu wajib, 3 sudu cukup. Sambal belacan tanpa ulam macam tak ngam. Macam lagu tanpa muzik. Umpama Megan Fox tanpa rupa yang vavavoom [ape kaitan??]. Jadik ku capai petai 3 keping. Tiba-tiba aku terdengar suara aweks gelak kecil. 2 orang awek sibuk mengisi nasi dalam pinggan memasing, sambil persendakan tindakan aku mengambil petai tadi. Macam mana aku tau? Sebab dia gelak sambil tengok aku. Aku yakin seluar aku tak koyak di belakang, hatta di depan. Aku juga yakin yang aku tidak memakai baju terbalik sepertimana kejadian pilu bulan puasa lepas. Aku makan petai, bukan makan ba.alif.ba.ya! Apa kau sibuk?!!


"Huwoiii....setakat muka, cun lagi muka orang Jakun...ada hati nak gelakkan aku. Tak makan petai konon...pigidaaaah!!"


[Aku marah dalam hati, sambil makan nasik lauk petai laju-laju]


-------------------


*Marah aku pada ISRAEL membawa hingga ke waktu makan. Sila jangan buat aku marah, kalau tak mahu diKARATE di bahagian tengkuk laju-laju. Harap maklum.