Thursday, July 30, 2009

Perginya Seorang MAESTRO

Favourite girls...tengok! Tarikh tu pun kebetulan tarikh lahir aku...hoho


Dah hampir seminggu sejak Allahyarham Yasmin Ahmad pergi menemui DIA. Sebelumnya aku sempat karang satu entry dedikasi khas untuk beliau. Minta pembaca mendoakan kesihatan beliau. Akhirnya hampa, sebab beliau tetap pergi juga...namun redha.

Pemergian beliau memang satu kehilangan yang amat besar.

Aku bukanlah seseorang yang kenal rapat dengan Y.A, bukan jugak ahli keluarga atau saudara mara...jauh lagi seorang sahabat. Aku hanya peminat yang mengagumi Pengarah Prolifik dan berbakat ni. Pengikut setia blog dan hasil-hasil karya beliau. Sebelum ni aku tak fikir pun nak karang satu tribute entry khas untuk Y.A., tapi macam diajak-ajak...diminta-minta untuk menulis. Semuanya gara-gara sampul surat aneh yang aku jumpa di atas peti surat aku. PELIK! Tengok je sendiri...



Aku jumpa sampul surat (bil. ASTRO sebenarnya) ni terletak baik je kat atas mailbox aku...takde sape yang ambil. Aku snap gambar, dan naik ke rumah. Lepas maghrib aku turun balik, nak gi dinner. Belek-belek sampul dah takde!

Maka, inilah hasilnya. Lagipun, apa gunanya seorang penulis, kalau tidak menulis sesuatu yang wajar dikongsi, kan?

Aku bekerja di sebuah syarikat pengiklanan. Menulis naskhah, skrip dan sebagainya. Kalau nak tau, inspirasi aku untuk terjun ke bidang ni sape lagi kalau bukan Y.A.

Dari dulu lagi aku dah sangkut dengan iklan-iklan beliau yang bersifat kemanusiaan. Penuh kasih sayang. Biasanya iklan-iklan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali mahupun Hari Kemerdekaan akan buat kita terfikir, dan kadang-kala menitiskan air mata. Memang ditunggu-tunggu.

Dalam satu temubual akhbar dengan Y.A. ketika hayatnya, beliau pernah berkata:
"Saya tonton semua jenis filem. Bagi saya, filem yang saya kategorikan sebagai baik bukanlah filem yang sarat dengan pelbagai element mahupun penggunaan teknologi semata-mata. Sekiranya ia berjaya menambat hati saya dan membuatkan saya tersentuh walau sesederhana bagaimana pun penghasilannya, ia sudah cukup untuk menjadi sebuah filem yang bagus."

Beliau juga tidak suka digelar pengarah yang versatile. Itulah jawapan beliau bila ditanya kenapa tidak menghasilkan genre filem berbeza. Filem yang bercorak kemanusiaan adalah jiwanya. Kerana itulah yang menjadi cermin sebenar kehidupan manusia. Meskipun karyanya ramai yang menganggap seolah impian semata-mata dan tidak realistik, seolah-olah mencipta satu dunia yang tidak wujud, dan mustahil, tapi itulah yang diimpikan oleh beliau, untuk hidup dalam negara yang tiada perbezaan warna. Yang hanya mampu direalisasikan menerusi lensa kamera.

Pengarah 'visionary' ini sememangnya hebat. Tiada dua.

Bidang pengiklanan dan perfileman kehilangan sebutir permata yang bersinar. Jika dulu aku bangga punya seorang anak Melayu yang hebat dan gah menjadi sebutan, kini aku tak pasti jika ada lagi anak Melayu yang bisa jadi ikutan dalam dunia pengiklanan. Aku hilang paksi. Mentor dalam diam.

Berikut merupakan petikan kata-katanya yang aku akan ikut dan jadikan panduan:
"Dalam kehidupan, jika kita berada di sebuah persimpangan, keliru untuk membuat keputusan tentang masa depan, fikirkan saja samada kita ingin jadikannya 'chicken shit' atau 'chicken salad'. Jika saya, pastinya saya akan menjadikannya 'chicken salad'.

Memang bernas!

Buat Yasmin, aku sedekahkan Al-Fatihah....moga ruhnya lebih tenang di sana. Amin.



They called her, 'COLORblind'. And she was :)

Thursday, July 23, 2009

Yasmin Ahmad - Doa Aku Untuk Dia

Ingat iklan PETRONAS ni? "Percintaan Tan Hong Ming & Ummi Qazrena" :)



Pukul 5.00 ptg tadi aku diberitahu oleh kawan yang berkerja di akhbar, berita Yasmin Ahmad dimasukkan ke Damansara Specialist Hospital akibat 'cardiac arrest' ketika menghadiri program di TV3. The Star pun ada buat follow-up.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/7/23/nation/20090723163731&sec=nation

Agak terkejut...kenapa?

Paginya aku ada melayari blog pembikin filem hebat ni, dan ada submit satu komentar tentang entry terbarunya. Aku pengunjung tetap blog http://yasminthefilmmaker.blogspot.com

Bila aku submit komentar kat entry-entry dia biasanya dia reply. Seolah-olah kita bersembang dengan dia. Macam dah kenal lama. Salah satu reply dia yang wat aku overwhelmed selepas aku congratulate dia untuk penyertaan filem di Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF):

yasmin said...

salaam, alhariesz. thanks, that was very comforting and encouraging.


Apa yang menarik, dia seorang yang sangat 'down to earth'...walaupun ada pembaca blog yang kutuk atau tanya soalan yg agak pedas, cara dia reply tu agak menyejukkan hati.

Pagi tadi, aku tambah lagi rasa hormat aku kat dia bila baca komentar ni kat entry terbaru (pagi tadi):
Anuar said...

Kak Min, nak tanya. Jgn marah saya ye. Nak tanya aje. Masa Kak Min arahkan filem, berada di set - ada tak break utk solat? Kak Min solat tak? Dan galakkan anak-anak buah solat tak?

Saya wonder aje. Thanks Kak Min.

yasmin said...

anuar, the answer to that is Yes. we do break for solat. and the reason for our solat break is not because we think we're good or anything, but because we need to seek allah's guidance and thank him for his blessings. we don't force others to solat with us -- they can see what we're doing, and that i think is enough of a reminder.


Aku tersenyum panjang.

Selain tu, dia jugak pernah singgah di blog aku dan tinggalkan komen. Deep down, I truly appreciate it.

Pada aku Yasmin Ahmad merupakan seorang penggiat seni yang prolifik. Karyanya bukan hanya ada kisah, ia ada mesej dan pengajaran...tentang kebenaran yang lazimnya cuba diselindungkan.

Aku rasa rugi jika tak dapat lagi menonton lagi filem hebat selepas Rabun, Sepet, Gubra & Talentime. Apatah lagi iklan-iklan hebat dia bila menjelang Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali mahupun MERDEKA. Kini Yasmin khabarnya sedang terlibat dalam sebuah projek untuk sebuah filem Jepun berjudul "WASURENAGUSA". Memang 1 dalam sejuta.

Anak Malaysia hebat kebanggan dunia (memenangi banyak anugerah di 'luar' negara) ini satu anugerah.

Jadi, doa aku hari ini adalah untuk dia, semoga dia sembuh dan dapat meneruskan perjuangannya.

Amin...amin ya Rabbal Alamin.

Friday, July 17, 2009

Monolog KASUT




"Jangan jadi seperti KASUT, dari atas diinjak KAKI, dari bawah ditusuk DURI"


Mungkin sebab itu kasut dianggap hina...kerna bila kasut dilempar ke muka, itulah penghinaan yang paling hina....

Tapi dari sudut lain, kasut sangat besar jasanya... Berkorban demi kaki, walaupun kaki balas dengan bau pekung....sebusuk mana tetap terima seadanya....

Wednesday, July 15, 2009

A KID in ME...

"Nama je dah tuo, tapi cam budak2 la ko....!"

Ikkeekekkekekee.. Tu salah satu statement yg orang suka sound kat aku... Tak amik port pun... Janji aku heppi....

Meh tengok apa koleksi Transformers yg aku ada....

Jemputan Tayangan Perdana (Muka Depan)

(Muka dalam)

(Kulit Belakang aka Cover)

Notebook untuk Jurnal baru aku...with 3D visual....hoho

Pada aku....fizikal hanya TOPENG... Apa yang wujud dalam diri kita tu yang menggambarkan siapa kita sebenarnya.... Di depan orang kita 'berlakon' supaya tidak dianggap janggal...dan dapat diterima orang ramai.... Bukankah bagus dunia ini jika tiada DISKRIMINASI.... (ni kena nyanyi lagu Bunkface nih...hehe)

YANG JELAS....

Aku cuma sorang laki dewasa yang suka kartun...! U've got problem with that?



Eh, topeng Optimus Prime pun ado....! :D

p/s: oh ye, aku baru je beli action figure Megatron kat Petronas.... weeee

FORWARD...BACKWARD (GOHED...GOSTAN)

Mendung berarak...HUJAN? Yahooo....

Kadang-kadang bila kita dah jauh ke depan, sekali sekala kena toleh ke belakang...supaya kita tak lupa sape kita...

Aku agak serabut lately...aku takdelah alami major conflict ngan sape2.... Cuma kekadang, konflik tu datang tanpa diduga.... Conflict minor, tapi mendalam... Aku rase tu lagi parah, sebab dia 'membunuh' dalam diam...

Alhamdulillah...last week, dapat balik kampung...sepupu kawin.... Ada peluang lepak umah pusaka arwah Embah @ Nenek... Aku rasa aman setiap kali balik ke sini. Biasanya bila dah kat kampung, handphone aku simpan je dalam beg. Aku nak lari dari sume2 perkara yang aku dah bergelumang hari2... Kat kampung, aku hidup sesimple mungkin...

Cuma ada AKU.FAMILY.ALAM...

Kampung aku memang tenteram, redup je....sejuk plak tuh... Aku suka kehijauan yang takde tara ni... Paling seronok, hujan pun sama bertandang...


Rumah kampung original....aku suka senibinanya!

Rumah ini banyak menyimpan kisah gembira...bahagia dalam kesederhanaan...

Keliling rumah penuh dengan dusun...hijau... Seronok ngan angin sepoi-sepoi bahasa...

Lampu laman buatan sendiri...waktu kecik, kami main bunga api dan mercun ditemani lampu camni...
(Masih lagi mendung)

Kolam kecil tepi rumah, dulunya tempat arwah atuk mandi manda....dan ambil wudhu'...

Si Dara tanpa nama di tepian kolam...

Tuesday, July 7, 2009

Mulut LONGKANG...!




Pagi-pagi dah bikin aku hangin.

Minggu ni turn aku parking luar (apartment, 1 umah 1 parking je...kena ikut jadual...)..sadistic..

Pagi ni dah la aku bangun lambat...nak cepat gi keja. Gi kat keta punyelah jauh. Malam tadi aku parking depan kedai tailor. Sampai kat keta, aku belek kiri kanan, sebab aku rase cam tayar ada problem malam tadi.

Elok je aku pusing keliling keta, akak yang jual nasik lemak kat depan koridor kedai tailor tu sound...

"Tak calar punya....saya kuarkan barang-barang dari keta tadi tak kena keta awak pun...elok je....!" keta dia parking sebelah keta aku.

Bila masa pulak aku tengok calar ke tak... Hilang akal ke apa?

"Bukaaaan....saya tengok tayar!!" sopan dalam perli....

"Hmm...tayar tak elok la tu....tu kempis tuh!"
Hampeh....dia balas balik...dah malu sebenarnya tu, tapi masih nak sindir... Sebenarnya tayar aku ok je, takde kempis pun.... Memang mulut longkang...!

Aku bolayan, masuk keta...hempas pintu.... "Daaaaaaam!"

Apa punya perangai ntah... Dah la imigran, buat-buat la style menumpang... Area apartment aku memang ramai imigran yang kaya raya, tapi takde adab dan budi bahasa... Buang sampah merata-rata... Aku bukan dengki diorang kaya, tapi tang adab tu kena lah jaga....

Monday, July 6, 2009

I am a SOMEBODY now? Weeeee....

For me, I'd rather choose the 'road less traveled'...


Petang semalam mata aku berpinar....tgk Bebeh (Satria aku) kena berak burung....
"%^%^#^ punya burung!! Pandai berak pandai la cuci...takde sivik tul...dasar binatang!!!"

Ngan berat hati, aku drive ke Caltex, nak cuci keta....sampai-sampai line punyalah panjang....

Masuk line, stop keta.... "Ane, cuci luar je eh...dalam tak yah.." (Pelanggan regular tu...hehe)

"Ok, boss...!" jawab Ane, laju. Sian gak, dia slalu kena marah tak tentu pasal ngan customer. Aku cuma mampu tengok je le. Sebab tak paham apa yang digaduhkan. Bahasa lain-lain.

Aku gi masuk kedai, beli sebotol air Ribena...aku memang berjiwa kanak-kanak riang ok.... :D

Teguk air ngan kaedah yang 'mengghairahkan'....hepp...jangan pikir bukan-bukan! Pernah tengok iklan Coke?

"Gluk...gluk...gluk....ahhhhhhhhh...."

Hoho... Ada brader bawak Satria gak, keta dia depan aku....tengok aku minum cam nak telan...terus telan air liur... Tiba-tiba dia blah, masuk kedai.... Keluar dari kedai, aku nampak dia pegang botol Ribena gak....!

"Yes!! Wakakakakakakakaakakaka.....STRIKE!" (gelak dalam hati je) terer gak aku....memang tak salah la aku masuk line advertising....ngeh ngeh ngeh.... (kuar tandok!)

Sambil nak 'bunuh' masa tu, aku kuar kan handset....bukak WAP... Nak surf ape ek? Tiba-tiba kuar idea nak Google nama sendiri... aku pun surf... 3,2,1...."Uikkssss....banyak le pulak?" Tak semena-mena terasa aura populariti...ceh ceh ceh....cam artis la pulok.... wakaakakakaakawakenabeb....

Check satu2...tiba-tiba aku perasan ada beberapa website yang quote nama aku! Ni gara-gara aku pernah bagi komen kat blog sorang ikon Malaysia... Boleh pulak ada individu lain ni yang quote aku dalam diorang punye website... Sampai ke international level pulak tu.... Sebab ada beberapa website yang bahasa Inggeris, Latin, Spanish, Mandarin (sekadar menyebut beberapa)...

English
http://globalvoicesonline.org/2009/06/01/malaysia-reshuffling-in-the-education-system/

Spanish
http://es.globalvoicesonline.org/2009/06/08/malasia-reorganizando-el-sistema-educativo/

Mandarin/Cantonese
http://zh.globalvoicesonline.org/hans/2009/06/05/2888/


Whoa...kalau tau jadik camni, siang-siang aku lagi aku dah bagi komen baeeek punya....ehehehehe.... Bila pikir-pikir balik, dulu masa aku buat assignment & thesis kat universiti, mesti kena quote somebody yang ada nama, sebagai bukti atau sokongan untuk teori atau idea yang dibangkitkan.

Hopefully, satu hari nanti, ada gak student-student yang quote aku dalam assignment diorang....ehehehehe... Best tuh!!! Tapi sebelum tu, aku kena la jadi SOMEBODY dulu.....

BERUSAHALAH!

Friday, July 3, 2009

ABAH ku pergi jua...


(Maaf, anakanda tak pandai lukis...)


3 Julai
datang lagi - 6 tahun lepas, abah pergi menemui DIA, tak kembali lagi...

Malam tadi lepas baca Yassin untuk abah, aku termenung jap....cuba ingat balik rupa abah...dah 6 tahun dah, aku ingat abah sebelum meninggal, rambutnya dah beruban sikit...sekali imbas macam Jalaluddin Hassan. Orang kata muka aku paling iras ngan abah...kacak la maknanya...ehehehehe

Aku landing kat tilam dalam pukul 12.00 tgh malam...pusing kiri, pusing kanan....golek sana sini, tapi mata masih tak lelap.

Pukul 1.30 aku masih tak boleh lelap. Aku cuba ingat balik kenangan ngan abah. Paling sukar, untuk ingat balik perincian wajah abah. Ini baru 6 tahun, bayangkan 10 tahun lagi....harap-harap aku tak lupa. Kenapa? Ya, keluarga kami tak pandai bergambar. Dulu, kamera pun takde. Kalau bergambar, mesti menyorok2, atau tak pandai bergaya. Jadi, masa kecik aku, memang tak ada gambar. Gambar abah aku apatah lagi. Bukan takde langsung, cuma kamera waktu tu barangan mewah bagi kami. Kalau org lain ada gambar masa baby duduk atas kerusi dalam studio ngan backdrop pemandangan kat belakang, kami tak pernah ada. Bayangkan, aku tak pernah tahu macam mana rupa aku masa baby sampai la ke sekolah rendah.

Kalau aku pun tak pernah ada gambar, abah lagi la takde.

Pukul 1.45 pagi - Aku bangun dari tilam, bukak lampu living hall, capai drawing block, pensel dan mula draw. Ada teman pernah bagitau aku, kalau kita tak mampu zahirkan sesuatu melalui gambar, kita LUKIS.

Jadi, aku mula lukis wajah abah....

Memang tak perfect hasilnya, ye la...aku bukan pelukis....sketch suka-suka.... Hasilnya mestilah agak cartoonish sket...

10 TRIVIA TENTANG ABAH:
  • Abah pendiam, tegas....tapi bila senyum, raut wajah abah mendamaikan....
  • Suka berdikari dan cuba untuk tak makan gaji. Kami keluarga peneroka, bila tak menoreh, abah akan bersiap-siap untuk meniaga rojak, cendol dan goreng pisang dengan motosikal roda tiganya. Kat kampung kami, rasanya abah paling terer goreng pisang, ramai orang beli....sedap, rangup....dengan adunan tepung buatan mak, jadik enak...tak jumpa lagi goreng pisang sedap cam abah buat...
  • Motosikal roda tiga abah unik. Pergi balik sekolah aku akan duduk kat tempat isi barang tu. Seronok. Tak pernah rasa malu. Bangga, sebab tak ramai orang yang BERANI cam abah.
  • Abah suka tengok berita dengan baca surat khabar. Sebelum dia meninggal, abah mula pakai cermin mata. Aku suka tengok dia pakai cermin mata tu sambil baca akhbar, nampak cam professor... :)
  • Abah tak banyak cakap, tapi abah selalu buat lawak spontan dengan slang jawanya...hehe.
  • Abah paling terer main gasing. Selalu wakil kampung dan daerah. Aku pernah tengok abah lawan gasing, dan ikut dia buat persembahan gasing depan pelancong kat Desaru. Banyak piala dia kat rumah. BANGGA! Kat bawah kolong umah kami, abah ada mesin buatan sendiri untuk ukir gasing. Kat situ aku pernah PANGKAH kepala anak Pak Imam, sampai berdarah...sebab dia degil tak ingat.... Mak dia kata, "takpelah, Ijal kecik lagi...." selamaaaat aku...
  • Bakat abah main gasing mungkin jangkit kat aku...masa sekolah aku jadi wakil ke pertandingan Reka Wau Bulan peringkat daerah...dapat terbangkan wau aku kat Desaru World Kite Festival...perghhh...bangga sket...hehe
  • Abah happy, sebab aku berjaya dapatkan 3A, 1B masa UPSR untuk abah, dan masuk asrama.
  • Abah dapat dokumen lesen memandu beberapa hari selepas dia meninggal....abah PASS...hurray...
  • Paling tak boleh lupa, aku selalu menyusahkan abah, tapi abah tak pernah kisah dan marah kecuali masa kecik aku pernah kena libas ngan batang pokok bunga raya yang pijar, sebab ikut kawan jalan merata tak bagitau. Tapi aku tak marah, sebab dia kan ABAH....
Alfatihah untuk arwah Ayahanda Kamdin Bin Kasri. Kasih sayang dan pengorbanan mu takkan anakanda lupa, walau sampai penghujung nyawa....

Wednesday, July 1, 2009

Aku, Bas Ekspress & 2 Nurse


(Heppp....jangan pikir bukan-bukan..!) huhu :D


Dejavu atau tidak, tapi aku memang ada history dengan nurses....haha. And it is an affair that involved, the BUS...jeng jeng jeng... Jangan pikir bukan2. Not to 'that' extent...but, a bit kot. Hoho...

Dulu sebelum aku ada kereta sendiri, balik kampung mest naik bas ekspress. Seronok ar naik bas, rase cam gi rombongan skola...huhu.

INSIDEN #1

Berlaku masa aku 3rd year kat universiti. Balik cuti semester. Siap-siap naik bas, sampai kat dalam, aku tengok seat aku kat sebelah tu dah ada sorg pompuan duduk. Aku ni jenis tak bersembang. Biasanya orang akan tegur aku dulu.

Bila bas dah jalan jauh, mungkin keboringan kot penghuni bas sume...balik-balik tengok dinding, atau alih pandangan kat luar tingkap. Kalo ikut aku, malam2 journey biasanya aku tidoq je. Then suddenly, awek kat sebelah bukak bicara. "Memang asal Kota Tinggi ke?"...manis je orangnya, berkaca mata...dia seorang misi (panggilan nurse org. kampung aku).

"Yup, asal situ...lahir pun kat situ. Cuti sem, balik umah."

Sambil sembang tu, aku baru sedar yang aku lagi muda dari dia. Dia memperkenalkan diri dia sebagai Nana. Pangkat akak la ngan aku.

Sembang punya sembang, gelak punya gelak sepanjang 5 jam perjalanan tu sedar-sedar dah sampai stesen bas Kota Tinggi. Sebelum kami bawak hala tuju masing-masing, Nana sempat mintak no. tipon aku...mase tu mane ada hanset, den tak mampu. Bagi je la no tipon umah. Sebelum dia pergi, dia kata something kat aku, "Jadi adik angkat kakak ye?", aku tak terkata....dia berlalu sambil tersenyum.

Esoknya kat umah, tengah aku santai-santai depan tv, bunyi tipon bunyik. Aku angkat. "Ni kak Nana ni..."

"Ooo....ingat-ingat...hehe"

Kami sembang...sampai petang....

Pas hari tu, aku pulak tak penah telefon dia...aku pemalu sket.... Hubungan kami putus cam tu je.

INSIDEN #2

Waktu tu aku dah kerja setahun pas graduation. Keta takde lagi, so balik kampung pun ngan bas. Abis cuti, aku pun naik bas gak untuk ke KL. Bas baru beb...aircond sejuk yang amat. Nyesal aku tak bawak sweater...atau long sleeve shirt. Aku cuma pakai baju round neck Nike shirt kaler hitam ngan jeans.

Sampai kat seat, dah ada sorang awek dok kat sebelah tingkap. So, aku amik seat yang bersebelahan. Ikut no. tiket. Awek tu pandang aku pun tak. Muka masam, tapi cun abis. Aku pun bolayan je ar. Aku ngan perangai aku. Haha...

Bas bergerak...aku agak kesejukan time tu. Perghhh...tak tahan. Bila bas dah bergerak jauh sikit, tiba-tiba awek sebelah tu paling muka kat aku sambil kata... "Sorry, can i hold your hand please?", ngan muka seductive....manja-manja....perghhhh....

Aku tergamam...tak terkata (lagi sekali). Ikutkan hati jahat aku, dah lama dah aku pegang...tapi iman masih kuat...sabar...sabar... Mak aku kata, kalau berdua-duaan, yang ketiga tu mesti SETAN. Jadi, masa tu aku anggap, setan tengah bersarang kat kepala awek tu time tu.

Bila aku tak bagi respon (sebab masih tergamam, terlopong), awek tu tiba-tiba muka merah padam. Then paling muka ke tingkap. Kami tak bercakap sepatah kata. Bila dah suku perjalanan, tiba-tiba dia mulakan perbualan...

"Maaf ye, sejuk sangat tadi...saya pun tak tau kenapa saya buat macam tu..." (sambil muka pandang bawah...)

"Its ok, jangan risau...saya cuma terkejut sikit...." jawab aku...

Kami pandang satu sama lain, dan tergelak....mengingatkan balik insiden tadi.

Dia hulur gula-gula... "Nak?", dia mempelawa.
"Boleh gak, terima kasih". Aku simpan dalam poket tak makan.

Kami mula sembang. Kongsi cerita, gurau-gurau dan gelak. Dia bagitau yang dia on the way ke Perak, so akan transit kat Pudu. Seorang nurse yang tengah praktikal. Kecil molek je orangnya. Tang mata yang aku tak tahan tu...galak tapi redup. (Confession: Kelemahan aku memang part mata pompuan...boleh cair...sadis..)

Dia sangat percayakan aku sampai sanggup bukak cerita family dia. Aku memang pendengar yang setia...ya, itu la personaliti aku. Kalau tak percaya boleh tanya kengkawan... :)

Dia anak pompuan tunggal, sekarang duduk ngan mak, sebab ayah dah tinggalkan mak dia. Aku simpati gak, tapi cuma boleh bagi nasihat dan pendapat untuk dia teruskan hidup, sebab dia masih muda.

Dia ucap terima kasih. Aku senyum.

Sampai di Pudu, aku tolong dia bawak beg sampai ke stesen bas. Kesian, sorang2. Aku tak pernah tanya siapa nama dia, dan tak pernah mintak no telefon dia.

Kami berpisah kat Pudu dan bawa haluan masing-masing. Sebelum pergi, dia sempat senyum. Aku balas ngan senyuman, berlalu dan tak toleh lagi.

Kejadian ni dah 5 tahun berlalu, tapi baru-baru ni aku kemas beg. Tiba-tiba aku terjumpa sebijik gula-gula masih terbungkus lagi. Lama berfikir, baru aku teringatkan dia. Aku tersenyum sendiri... :)


Note: Kalau ada mane2 nurse yang baca ni, sorry if its offend you. I mean no harm. Its a depiction of true events. Maaf kalau tersinggung. PEACE!