Thursday, July 23, 2009

Yasmin Ahmad - Doa Aku Untuk Dia

Ingat iklan PETRONAS ni? "Percintaan Tan Hong Ming & Ummi Qazrena" :)



Pukul 5.00 ptg tadi aku diberitahu oleh kawan yang berkerja di akhbar, berita Yasmin Ahmad dimasukkan ke Damansara Specialist Hospital akibat 'cardiac arrest' ketika menghadiri program di TV3. The Star pun ada buat follow-up.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/7/23/nation/20090723163731&sec=nation

Agak terkejut...kenapa?

Paginya aku ada melayari blog pembikin filem hebat ni, dan ada submit satu komentar tentang entry terbarunya. Aku pengunjung tetap blog http://yasminthefilmmaker.blogspot.com

Bila aku submit komentar kat entry-entry dia biasanya dia reply. Seolah-olah kita bersembang dengan dia. Macam dah kenal lama. Salah satu reply dia yang wat aku overwhelmed selepas aku congratulate dia untuk penyertaan filem di Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF):

yasmin said...

salaam, alhariesz. thanks, that was very comforting and encouraging.


Apa yang menarik, dia seorang yang sangat 'down to earth'...walaupun ada pembaca blog yang kutuk atau tanya soalan yg agak pedas, cara dia reply tu agak menyejukkan hati.

Pagi tadi, aku tambah lagi rasa hormat aku kat dia bila baca komentar ni kat entry terbaru (pagi tadi):
Anuar said...

Kak Min, nak tanya. Jgn marah saya ye. Nak tanya aje. Masa Kak Min arahkan filem, berada di set - ada tak break utk solat? Kak Min solat tak? Dan galakkan anak-anak buah solat tak?

Saya wonder aje. Thanks Kak Min.

yasmin said...

anuar, the answer to that is Yes. we do break for solat. and the reason for our solat break is not because we think we're good or anything, but because we need to seek allah's guidance and thank him for his blessings. we don't force others to solat with us -- they can see what we're doing, and that i think is enough of a reminder.


Aku tersenyum panjang.

Selain tu, dia jugak pernah singgah di blog aku dan tinggalkan komen. Deep down, I truly appreciate it.

Pada aku Yasmin Ahmad merupakan seorang penggiat seni yang prolifik. Karyanya bukan hanya ada kisah, ia ada mesej dan pengajaran...tentang kebenaran yang lazimnya cuba diselindungkan.

Aku rasa rugi jika tak dapat lagi menonton lagi filem hebat selepas Rabun, Sepet, Gubra & Talentime. Apatah lagi iklan-iklan hebat dia bila menjelang Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali mahupun MERDEKA. Kini Yasmin khabarnya sedang terlibat dalam sebuah projek untuk sebuah filem Jepun berjudul "WASURENAGUSA". Memang 1 dalam sejuta.

Anak Malaysia hebat kebanggan dunia (memenangi banyak anugerah di 'luar' negara) ini satu anugerah.

Jadi, doa aku hari ini adalah untuk dia, semoga dia sembuh dan dapat meneruskan perjuangannya.

Amin...amin ya Rabbal Alamin.

8 comments:

  1. ya .... me bisikan doa. agar kak yasmin selamat dan sejahtera adanya.

    Amat bergetar dada , bila menerima sms dan call petang tadi.

    Ramai yang bertanya dan tertanya-tanya.

    Me cuka mampu cakap ;

    " Kita duduk sebentar..dan tunggu..dan lihat "

    Yang nyata..bagaimana ada insan yang hidupnya bagaikan baraka yang mengalir , meyentuh damai kehidupan orang lain dengan caranya.

    ReplyDelete
  2. sama2 la kita doakan dia selamat!!!

    ReplyDelete
  3. Megat: doa insan teraniaya memang pasti dimakbulkan-Nya Megat...saya yakin, kak Yasmin seorang yang DEKAT dengan penciptanya... Maka tidak hairan jika jiwanya tenang, meski ramai yang mencebik bibir memandangnya.... mari kita doakan sama-sama :)

    ReplyDelete
  4. aku pun peminat kakak yasmin, dia punya cerita sangat lain dari yang lain.
    dia bagi inspirasi pada semua orang.
    aku harap dia selamat.
    kalau tak,
    dunia perfileman malaysia bosan.
    belum ada lagi pelapis kakak yasmin.
    doakan dia sembuh!

    ReplyDelete
  5. betul...tak boleh bayangkan Malaysia ngan filem-filem stereotype semata-mata....bila mau maju?

    semoga semua peminat mendoakan kesejahteraan yasmin...satu dalam sejuta...

    ReplyDelete
  6. al-fatihah untuk yasmin ahmad.

    ReplyDelete