(Maaf, anakanda tak pandai lukis...)
3 Julai datang lagi - 6 tahun lepas, abah pergi menemui DIA, tak kembali lagi...
Malam tadi lepas baca Yassin untuk abah, aku termenung jap....cuba ingat balik rupa abah...dah 6 tahun dah, aku ingat abah sebelum meninggal, rambutnya dah beruban sikit...sekali imbas macam Jalaluddin Hassan. Orang kata muka aku paling iras ngan abah...kacak la maknanya...ehehehehe
Aku landing kat tilam dalam pukul 12.00 tgh malam...pusing kiri, pusing kanan....golek sana sini, tapi mata masih tak lelap.
Pukul 1.30 aku masih tak boleh lelap. Aku cuba ingat balik kenangan ngan abah. Paling sukar, untuk ingat balik perincian wajah abah. Ini baru 6 tahun, bayangkan 10 tahun lagi....harap-harap aku tak lupa. Kenapa? Ya, keluarga kami tak pandai bergambar. Dulu, kamera pun takde. Kalau bergambar, mesti menyorok2, atau tak pandai bergaya. Jadi, masa kecik aku, memang tak ada gambar. Gambar abah aku apatah lagi. Bukan takde langsung, cuma kamera waktu tu barangan mewah bagi kami. Kalau org lain ada gambar masa baby duduk atas kerusi dalam studio ngan backdrop pemandangan kat belakang, kami tak pernah ada. Bayangkan, aku tak pernah tahu macam mana rupa aku masa baby sampai la ke sekolah rendah.
Kalau aku pun tak pernah ada gambar, abah lagi la takde.
Pukul 1.45 pagi - Aku bangun dari tilam, bukak lampu living hall, capai drawing block, pensel dan mula draw. Ada teman pernah bagitau aku, kalau kita tak mampu zahirkan sesuatu melalui gambar, kita LUKIS.
Jadi, aku mula lukis wajah abah....
Memang tak perfect hasilnya, ye la...aku bukan pelukis....sketch suka-suka.... Hasilnya mestilah agak cartoonish sket...
10 TRIVIA TENTANG ABAH:
- Abah pendiam, tegas....tapi bila senyum, raut wajah abah mendamaikan....
- Suka berdikari dan cuba untuk tak makan gaji. Kami keluarga peneroka, bila tak menoreh, abah akan bersiap-siap untuk meniaga rojak, cendol dan goreng pisang dengan motosikal roda tiganya. Kat kampung kami, rasanya abah paling terer goreng pisang, ramai orang beli....sedap, rangup....dengan adunan tepung buatan mak, jadik enak...tak jumpa lagi goreng pisang sedap cam abah buat...
- Motosikal roda tiga abah unik. Pergi balik sekolah aku akan duduk kat tempat isi barang tu. Seronok. Tak pernah rasa malu. Bangga, sebab tak ramai orang yang BERANI cam abah.
- Abah suka tengok berita dengan baca surat khabar. Sebelum dia meninggal, abah mula pakai cermin mata. Aku suka tengok dia pakai cermin mata tu sambil baca akhbar, nampak cam professor... :)
- Abah tak banyak cakap, tapi abah selalu buat lawak spontan dengan slang jawanya...hehe.
- Abah paling terer main gasing. Selalu wakil kampung dan daerah. Aku pernah tengok abah lawan gasing, dan ikut dia buat persembahan gasing depan pelancong kat Desaru. Banyak piala dia kat rumah. BANGGA! Kat bawah kolong umah kami, abah ada mesin buatan sendiri untuk ukir gasing. Kat situ aku pernah PANGKAH kepala anak Pak Imam, sampai berdarah...sebab dia degil tak ingat.... Mak dia kata, "takpelah, Ijal kecik lagi...." selamaaaat aku...
- Bakat abah main gasing mungkin jangkit kat aku...masa sekolah aku jadi wakil ke pertandingan Reka Wau Bulan peringkat daerah...dapat terbangkan wau aku kat Desaru World Kite Festival...perghhh...bangga sket...hehe
- Abah happy, sebab aku berjaya dapatkan 3A, 1B masa UPSR untuk abah, dan masuk asrama.
- Abah dapat dokumen lesen memandu beberapa hari selepas dia meninggal....abah PASS...hurray...
- Paling tak boleh lupa, aku selalu menyusahkan abah, tapi abah tak pernah kisah dan marah kecuali masa kecik aku pernah kena libas ngan batang pokok bunga raya yang pijar, sebab ikut kawan jalan merata tak bagitau. Tapi aku tak marah, sebab dia kan ABAH....
" bila kasih sayang itu pudar....garisan akan mula terang "
ReplyDeletejangan bimbang ya ,
memori itu kan kekal sampai bila2.
malah camera pun tak mampu nak "RAKAM" kan semua...
Al Fatihah
ReplyDeleteTerima kasih megat...
ReplyDeleteInsyaALLAH, tak lupa...selagi kotak fikiran ni masih bernyawa... :)
Tengkiu Peeps..
ReplyDeleteAlfatihah to your late Dad too...