Thursday, July 30, 2009

Perginya Seorang MAESTRO

Favourite girls...tengok! Tarikh tu pun kebetulan tarikh lahir aku...hoho


Dah hampir seminggu sejak Allahyarham Yasmin Ahmad pergi menemui DIA. Sebelumnya aku sempat karang satu entry dedikasi khas untuk beliau. Minta pembaca mendoakan kesihatan beliau. Akhirnya hampa, sebab beliau tetap pergi juga...namun redha.

Pemergian beliau memang satu kehilangan yang amat besar.

Aku bukanlah seseorang yang kenal rapat dengan Y.A, bukan jugak ahli keluarga atau saudara mara...jauh lagi seorang sahabat. Aku hanya peminat yang mengagumi Pengarah Prolifik dan berbakat ni. Pengikut setia blog dan hasil-hasil karya beliau. Sebelum ni aku tak fikir pun nak karang satu tribute entry khas untuk Y.A., tapi macam diajak-ajak...diminta-minta untuk menulis. Semuanya gara-gara sampul surat aneh yang aku jumpa di atas peti surat aku. PELIK! Tengok je sendiri...



Aku jumpa sampul surat (bil. ASTRO sebenarnya) ni terletak baik je kat atas mailbox aku...takde sape yang ambil. Aku snap gambar, dan naik ke rumah. Lepas maghrib aku turun balik, nak gi dinner. Belek-belek sampul dah takde!

Maka, inilah hasilnya. Lagipun, apa gunanya seorang penulis, kalau tidak menulis sesuatu yang wajar dikongsi, kan?

Aku bekerja di sebuah syarikat pengiklanan. Menulis naskhah, skrip dan sebagainya. Kalau nak tau, inspirasi aku untuk terjun ke bidang ni sape lagi kalau bukan Y.A.

Dari dulu lagi aku dah sangkut dengan iklan-iklan beliau yang bersifat kemanusiaan. Penuh kasih sayang. Biasanya iklan-iklan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali mahupun Hari Kemerdekaan akan buat kita terfikir, dan kadang-kala menitiskan air mata. Memang ditunggu-tunggu.

Dalam satu temubual akhbar dengan Y.A. ketika hayatnya, beliau pernah berkata:
"Saya tonton semua jenis filem. Bagi saya, filem yang saya kategorikan sebagai baik bukanlah filem yang sarat dengan pelbagai element mahupun penggunaan teknologi semata-mata. Sekiranya ia berjaya menambat hati saya dan membuatkan saya tersentuh walau sesederhana bagaimana pun penghasilannya, ia sudah cukup untuk menjadi sebuah filem yang bagus."

Beliau juga tidak suka digelar pengarah yang versatile. Itulah jawapan beliau bila ditanya kenapa tidak menghasilkan genre filem berbeza. Filem yang bercorak kemanusiaan adalah jiwanya. Kerana itulah yang menjadi cermin sebenar kehidupan manusia. Meskipun karyanya ramai yang menganggap seolah impian semata-mata dan tidak realistik, seolah-olah mencipta satu dunia yang tidak wujud, dan mustahil, tapi itulah yang diimpikan oleh beliau, untuk hidup dalam negara yang tiada perbezaan warna. Yang hanya mampu direalisasikan menerusi lensa kamera.

Pengarah 'visionary' ini sememangnya hebat. Tiada dua.

Bidang pengiklanan dan perfileman kehilangan sebutir permata yang bersinar. Jika dulu aku bangga punya seorang anak Melayu yang hebat dan gah menjadi sebutan, kini aku tak pasti jika ada lagi anak Melayu yang bisa jadi ikutan dalam dunia pengiklanan. Aku hilang paksi. Mentor dalam diam.

Berikut merupakan petikan kata-katanya yang aku akan ikut dan jadikan panduan:
"Dalam kehidupan, jika kita berada di sebuah persimpangan, keliru untuk membuat keputusan tentang masa depan, fikirkan saja samada kita ingin jadikannya 'chicken shit' atau 'chicken salad'. Jika saya, pastinya saya akan menjadikannya 'chicken salad'.

Memang bernas!

Buat Yasmin, aku sedekahkan Al-Fatihah....moga ruhnya lebih tenang di sana. Amin.



They called her, 'COLORblind'. And she was :)

No comments:

Post a Comment