Thursday, July 22, 2010
Aku Ditaja
Dulu mase kat Uni, agak mewah gak hidup sebagai student ni. Mana taknye, 'pitih-pitih-anne' sponsor [bukan oghe Kelate]. Bunyi cam ditaja, tapi tak sebenarnya. Konsep along gak le. Cuma versi berhemah sikit. Kalu kutip hutang takdela simbah-simbah cat. Antor surat aje. Kiranya budaya ketimuran masih kuat lagi la dipegang. [Bagus budak anne nih...anak sapo tah]. Tang 'bunga' je la yang berat nak bayarnya. Tapi aku bayor gak. Cuma kalau senak sket, aku lego la bulan tu. Jama' ke bulan depan. Mahap ye cik anne. Lagipun takde pilihan. Kalau ada pilihan, mau aje aku apply tajaan kerajaan. Apa boleh buat, jawapan standard..."Kursus awak bukan kursus kritikal, tak boleh mohon." Kesian budak-budak Sastera cam aku nih. Kalau aku lari kerja kat oversea ko kata aku tak patriotik plak. Cis...
Gombak memang tenang. Nak-nak bila scene pas hujan. Perghhh...sayup-sayup mata memandang. Kebetulan masa study dulu bilik aku memang menghadap bukit bukau. Memang sejuk mata. Satu objek yang tak pernah lari dari mata bila pandang keluar tingkap adalah Genting Highland. Ye...tempat 'lagha' tuh. Boleh nampak dengan jelas lampu-lampu berkelipan bila malam. Terletak baeeek punya, betul-betul atas bukit. Kecik aje, macam kerlipan bintang kat langit.
Member-member yang ada kereta dulu selalu la drive naik atas sana. Aku sempat pergi sekali aje. Naik bas [sedor diri]. Masa tu tiket RM 20 aje. Pegi-balik skali main kat Park Outdoor. Cover gak dalam pakej skali naik keta kabel. [Gila gayat!] Lantai cam nak terbobos plak aku tengok keta kabel tuh. Bab makan sendiri mau ingat laa. Nak bawak cikedis doposen, cam tak rock plak. Lagipun kompem kat atas tu sejuk, perut mesti berhip-hop setipa empat-belas minit sekali. Jadik aku beli nasik lemak 50sen 3 bungkus kat Terminal Putra LRT sebelum naik bas. Mana berani pak gad Genting nak selongkar beg aku? Ni cucu Pendekar Mustard la...eh, Mustar...
Seronok la gi ngan kengkawan. Member baik pulak lagi. Cuma tak cunnya time pegi tu satu hari hujan. Perghh...tak nampak apa...cuma nampak awan...putih...pekat. Itu cerita 6 tahun lepas.
Semalam balik kerja aku lalu Bukit Jalil. Nampak bas Genting lepak, parking baik punya. Peluang baik nih. Dekat dah ngan umah aku, senang la aku nak gi, parking kat LRT, naik bas je pegi. Tapi kejadian tadi tengahari buat aku rase haru biru. Cam nak gigit kuku kaki.
Pegi ATM. Masuk kad. Pling!
Baki Akaun Wadiah Anda: RM 23.30!!
Apa lagi...terus aje aku ke Econsave, borong Maggi 5 kati!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hehehe teringat zaman darurat..takpe
ReplyDeleteheeee
ReplyDeletetapi duit pitih pitih anne tu cepaaaattt je habis
lalalalla
aku tgk dari atas ni...gombak/batu caves tu mcm bintang dekat langit. mcm kelip2 pun ada.
ReplyDelete:P
Tima kaseh pitipiti-n kerana meminjamkan duit. Byk betul hutang nak kene byr ni..agak2 takde ke potongan diskaun ke..nak raya la katakan
ReplyDeleteFirol: aku hari2 darurat beb...ngahahahahahaha
ReplyDeletenis: betol3x...tp yg bagusnya dah tak mintak kat mak-pak...
ReplyDeleteerr..ye ke? [sedang merewind balik]
hoho
hanie: cis...eksen ye? awat tak habaq? boleh aku numpang...
ReplyDeletelain kali belanje gwe skali...ok
[batu caves ado lampu ke? golap yo den ghaso...]
mimizuzuhahahuhu: pitih-pitih-anne mengamalkan dasar keadilan & kesaksamaan...maka, takdela diskon...kecuali dapat 1st class...rasenyela...
ReplyDelete[rasionale yg tak bape nak rasionale]
dapat gaji pegi beb. manjakan diri dengan shutter space apajadah tah tu..
ReplyDeletehilang telur aku kejap naik benda alah tu
caki: agagagagagagaga :D
ReplyDelete[jaga baik2 beb, skang telur naik harga...nak2 yang Omega3...susah nak cari spare-part]
kehkehkeh..nak numpang tang mana..dah mmg aku duduk atas ni..hahahahaha!!
ReplyDeletenengok dr jauh sayup2 ni..mn nak tau batu caves ke gombak..nampak kelip2 lampu jek..
ooo...kolej yg kat genting tu kah? huiyooo... eh, diorg ada nak pakai tukang kebun tak?
ReplyDeleteagagagaggagagaga :D
Hahaha. U made me laugh bro.
ReplyDeleteTotally agree. Dulu bilik aku pun, bukak tingkap pepagi nampak Genting Highlands (GH) di balik kabus pagi yang menyegarkan. Tengok kat phone pun ada tulis cell info GENTING 3.
I miss Gombak. I miss GH (or, Mordor, as i call it). Selalu aku naik GH dulu... naik bas n cable car jela. Lebih kurang ko gak, beli nasi lemak bwk naik atas. harga pun murah. Memori indah tu semua.
Cik anne... tu pun satu hal.
nice entry bro :)
Is Otromen: ngahahahahaaha :D
ReplyDeletekita serupaaaa...kita serupaaaa.... jgn lupa poem paling hebat abad ini...hoho
We real cool. We
Left school. We
Lurk late. We
Strike straight. We
Sing sin. We
Thin gin. We
Jazz June. We
Die soon.
-Gwendolyn Brooks