Friday, July 16, 2010
Mirage Silbi
Kerenah manusia di laman sosial adakalanya menggeletek urat kelakar aku. Geli. Ngilu.
Sesetengah orang yang aku kenal rapat seringkali mempersoalkan tentang erti persahabatan...
"sahabat sejatikah jika di depan senyum manis, di belakang menikam bagai duri dalam daging?"
-atau-
"apakah itu teman sejati?"
[disertakan icon 'menangis', mahukan belas dan komentar balas yang memujuk hati]
-atau-
"tak sangka, orang yang aku percaya rupa-rupanya musuh dalam selimut!"
bla bla bla....
Coretan status-status sebegini dalam laman sosial kadangkala melucukan! Apatah lagi jika aku kenal benar orangnya.
Mahu aje aku suakan cermin suruh mereka merenung dalam-dalam sambil berkata depan muka mereka...
"AHH, KAU PUN SAMA!!"
-----------------------------------------
*Lagi bagus kalau cermin tu bisa ngomong...bukan aku tak berani menghujan nista dengan bersemuka empat mata, cumanya bukan aku yang terkena... Kalau satu hari aku yang terkena, tidak ku suruh cermin itu berkata...mungkin aku hempukkan saja cermin itu ke muka mereka.
Tapi Mahaguru Shaolin aku pernah bilang, "kekerasan bukanlah jalan penyelesaian...."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ohh...mereka hanya mahu luahkan perasaan saja...biar org tahu apa yg dialaminya sekarang..
ReplyDeleteerr....pendapat aku laaa...
Jue: hmmm...betul juga... cuma mesej sy kat sini adalah...
ReplyDelete"kan bagus kalau mereka sedar mereka juga melakukan perkara serupa..."
diorang x sedar diorang pnh buat mcm gitu pd member lain...
ReplyDeletememang kelakar bila ketidakpuashatian diluah di fesbuk.
ReplyDeletemenggelikan
setakat musuh dalam selimut tu abg eq dah biasa dah bro...
ReplyDeletelagi2 kat opis yg dengki dengan kejayaan kita...
bro, ada ym? add saya: sebarau74...tq
citah: bagus kalu depa sedor...baru aman dunia...
ReplyDeletecaki: luahan perasaan bleh...cuma luahan yg membunuh diri sendirik tu yg kena pikir-pikirkan...
ReplyDeletekan same cam "menepuk air di dulang, tpercik gak ke muka sendirik"... huhu
brader EQ: oh...saya ada baca dlm entry brader arituh...sabar ye bro... dlm dunia ni mmg macam2 pesen manusia ada...
ReplyDeleteok, dah add dah...hehe
la ni orang duk lumba-lumba nak dedahkan diri kat facebook. rasa tak senang duduk kalau tak habaq kat orang lain.
ReplyDeleteaku cam setuju seratus persen je shuk...skang takde lagi istilah "as-sukutu alamatul redha"...atau "diam itu bijak" [au kama qal] sunnah Rasulullah...
ReplyDeletehadiah globalisasi..inilah dia...
cheersss!
ReplyDelete