Friday, July 2, 2010
'Beca' Abah
Terima kasih kepada chentatiku sebab mengingatkan aku kembali di mana bumiku berpijak. Menyedarkan aku asal fitrah yang menjadikan aku siapa aku hari ini. Foto ini benar-benar buat hiruk-pikuk dunia aku yang berputar tanpa penat...berhenti seketika. PAUSED!
Kerana aku pernah berada di situ...aku pernah jadi si baju Biru. Sama, cuma abah tidak cacat. Itu saje. Abah tak benasibbaik sebab abah tak berpelajaran tinggi.
Dulu arwah abah aku minat berniaga. Abah meniaga cendol dan ABC. Tak lupa rojak petis yang top satu FELDA. Balik motong buah dan noreh getah, abah keluar meniaga...jelajah satu FELDA.
Tahu aku pergi sekolah naik apa? Naik ni lah. Duduk dalam tempat letak barang @ passenger seat yang aku panggil 'beca', sebab sampai sekarang aku tak tahu nak gelar apa. Duduk sama-sama dengan barang-barang jualan dan payung besar. Balik sekolah naik lagi sekali, kali ni abah hantar balik rumah tapi kemudian aku naik semula ke dalam 'beca' dan ikut abah meniaga. Kawan-kawan tengok, aku buat bodoh aje. Sikit pun rasa malu takde. Entah kenapa. Bila tengok cerita kat TV pasal askar Jerman dan motor roda tiganya, aku mesti ingat kat abah.
Bila abah sibuk melayan pelanggan, aku cuma teman sembang-sembang dengan abah. Atau main 'ceper' dengan kawan-kawan. Kalau takde kawan,aku main korek-korek tanah tepi jalan. Aku tak tahu nak tolong apa, kecuali tolong pulangkan duit baki pelanggan. Sen-sen aku taulah, tahap duit kertas aku 'pass' kat abah. Abah ketawa [Haha!]. Mana taknya, sifir 3 pun aku tak pass.
Satu peristiwa paling menyayat hati pernah aku alami dengan abah, satu hari kami balik lewat dari berniaga. Rumah kami atas bukit. Sape pernah duduk atau pergi FELDA mungkin perasan yang perumahan FELDA agak terancang. Ada sederet yang belah bawah, ada sederet lagi yang belah atas. Rumah kami belah atas. memang seronok, dapat tengok pemandangan seluruh kampung. Kampung sebelah pun nampak, kadang-kadang kalu cuaca baik. Tapi paling best suasana lepas hujan...perghhhh, cam kat Cameron.Sejuk...nyaman...brrrrr.....
Kembali pada cerita.
Mungkin sebab barang banyak sangat, motor abah tak boleh naik. Masuk gear pun berbunyik kuat. Aku dengan mak cepat-cepat turun bawah, tolong tolak dari belakang, mungkin sebab momentum tolakan yang terlalu kuat, motor bergerak laju...tak terkawal, habis barang-barang jualan jatuh terhempas ke tanah. Habis mesin air batu abah, habis pecah bekas air abah. Masa tu kami tak nangis pun, entah kenapa. Mungkin sebab kami dah biasa susah. Walaupun tak nangis, tapi hati kami macam sama-sama dihempas ke tanah...berderai, pecah. Sebak. Sampai sekarang kalau diingat semula, perasaan sebak masih ada.
Dengan duit-duit jualan tu lah abah sara aku dan keluarga...sampai aku masuk Universiti, sampailah aku jadik 'manusia' hari ni. Aku harap aku tak hampakan abah. Walaupun aku cuma seorang copywriter cabuk si kuli majikan.
Esok 3hb Julai, genap 8 tahun arwah abah pulang ke-Rahmatullah. AL-fatihah untuk abah, semoga ruhnya dicucuri Rahmat Allah. Amin ya Rabbal-Alamin.
[Rindunya...abah]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"...a very touching entry. A must-read for person who never appreciate life bestow upon them."
ReplyDelete- WajahWajah Times.
nak tau, aku tak ada kenangan langsung dengan arwah abah.
ReplyDeletecuma ada gambar, dan kadang2 bila teringin aku cuba hidupkan gambar2 dalam album tu berdasarkan cerita daripada nenek aku.
Alfatihah utk beliau...
ReplyDeletesedih..sob..sob..(sambil lap air mata)
aku terus diam
ReplyDeleteal fatihah utk arwah abah..
ReplyDeletesetiap yg bernafas atas muka bumi ini akan kembali juga ke pangkuan Illahi
(:
teruskan dengan memori dan kenangan sebab tu akan buat kita hargai setiap yg berlalu..
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletesedih la bace entri ni (t_t)
al fatihah utk arwah abah kamu,dan semoga kamu sekeluarga diberkatiNya selalu..ameen.. :))
alfatihah bro...
ReplyDeletegua pun rindu arwah ayah gua..
doa bebanyak ok...
-_____-
i couldn't bring myself to read this entry for the 4th time tonight.it's too heartbreaking and it remind me the ungrateful part of me.
ReplyDeletelama aku tidak menangis sebanyak malan ini.
thank you so much,alhariesz.
Is Otromen: huuhu...is, aku terharu... rase cam dah masuk review NST lak... :)
ReplyDeletemira: owh, aku tumpang simpati... sedih tak berjumpa, sedih lagi tak mengenali dia... kan? tapi, kesukaran buat kita lebih kuat & tabah... :)
ReplyDeleteJu Asu Ra @ Kejora:
ReplyDeletecuma kongsi kisah...harap korang tak kisah...huhu
citah: jgn diam lame sgt... :D
ReplyDeleteAnisa: time kasih...
ReplyDeletebetol...hargai selagi ada, ingati bila tiada...dgn doa...
Firol: kesusahan itu memungkinkan kejayaan dan kebahagiaan hari ini...pasti takkan lupa...wlw sesaat...
ReplyDeletetime kasih utk reminder :)
melati: salam...
ReplyDeleteterima kasih utk doa sis...
kisah ini utk semua, agar menghargai yg di depan mata...dan yang dah tiada... :)
Farid: kita serupaaa...kita serupaaa...
ReplyDeletedoa itu paling penting bro, insyaAllah dia kat sana pun tak lupa kita...
"let the memories remain...."
Chenta: time kasih itu untuk kamu...sudah lama mencari foto camtu, tapi tak jumpa... dia muncul tepat pada masanya... :)
ReplyDeleteal-Fatihah.
ReplyDeleteShuk:
ReplyDeleteSyukran :)
al fatihah
ReplyDelete;)
sungguh dgn doa, kite akan lebih dekat dgnnya;)
time kasih jane...
ReplyDeletesampai bercerai jasad ini dengan ruh pun tidak akan sekali-kali lupa...insyaAllah
salam :)
ReplyDeleteada award dari melatidaisy, jemput dtg ambil ye ^_^
semoga arwah tenang di sana punya anak yg masih ingat jasa2nya.
ReplyDeleteayin: insyaAllah...mmg tu yg diharapkan... harap2 aku tak lupa. :)
ReplyDelete