Friday, July 9, 2010

Pilih Antara 2 Pintu



Tengah pale otak aku melayang jap tadi, memikir idea untuk execute iklan utk client....aku terfikir satu benda...


Semua orang mengejar syurga, tapi...berapa ramai yang berusaha ke arah itu? Semak-semak balik kelakuan sehari-harian..setiap detik, minit dan jam... Setiap patah kata... Ke arah itu, atau menyimpang?


Atau mungkinkah kita terlalu taksub dengan kisah pelacur & anjing? Kerana memberi minum binatang yang haram dek kehausan dan kelaparan, dianugerahkan syurga oleh Tuhan... Indah bukan?


Semudah itukah? Maka, ramai yang tidak kisah halal-haram...ikut nafsu, bertuankan Syaitan... Dalam hati terselit pengharapan, moga ada antara tingkah-lakunya yang mendapat keredhaan Tuhan, diiktiraf Syurga dalam diam...


Alpanya kita, kerana selalu lupa...mati itu datang tiba-tiba...dan syurga neraka itu urusan-Nya... 


Memang...pintu taubat itu sentiasa terbuka...tapi jangan lupa! Seven-Eleven yang doploh-pat jam tu pun adakalanya tutup juga...kalau black-out... Inikan pula urusan agama...bila-bila masa boleh tutup, "no warning-warning punya!"


Mungkin entry ni membosankan bagi sesetengah orang...tapi aku cuma mengatakan yang haqq. Barangkali juga, aku teringatkan kawan aku Ibrahim @ Raju...seorang mualaf yang begitu berat ujian diberikan...dibuang keluarga dan kawan...bangun Subuh untuk solat bagai satu mimpi ngeri awalnya, lama-kelamaan dia tidak kisah bersolat 5 waktu tanpa jemu walau dikelilingi golongan kufur... Semuanya gara-gara terdengar Azan tanpa henti di telinga.... Hidayah yang turun buat segelintir kita yang terpilih dan berusaha mencari keredhaan-Nya... 


Sayangnya, ramai juga dari kita yang dilahirkan dengan janjian Syurga, akhirnya hanyut ke pintu neraka...


Wallahua'lam...


[aku cuma manusia yang belum tentu terlepas hukuman-Nya]



14 comments:

  1. *fikir apa yang saya ada untuk hereafter*
    mashaAllah!still empty.(T__T)
    "chentatiku, jgn menyesal dgn apa yang kau dah buat, menyesal dengan apa yg perlu kau buat tapi kau tak pernah buat"

    dush2.hentak kepala kat dinding.pandang cermin, nampak semua cela diri(T__T)


    alhariesz,tulis yang macam ni selalu ye.

    ReplyDelete
  2. hmm.
    tak layak ke syurga tapi takut ke neraka

    ReplyDelete
  3. kita ni cukup beruntung untuk dilahirkan sebagai muslim.

    aku ambil masa 18tahun untuk faham hakikat tu.
    [thx uia, sedikit sebanyak aku berubah jugak la.. tade la macam setan sangat. hehe]

    ReplyDelete
  4. aku harap Raju terus kuat dan kekal imannya. subhanallah.... memang besar dugaan saudara baru. harap kau dapat bantu sikit2 yg termampu.

    ReplyDelete
  5. kita yang terleka sedangkan Allah itu terlalu pemurah.

    ReplyDelete
  6. pilihan ditgn kita,sendiri mau ingt ler kan zal ?

    ReplyDelete
  7. citah: tiba2 cam mari nak karaoke lagu..."bila izrail...."

    ReplyDelete
  8. chenta: slalu? err..kena kaji balik kitab usrah dolu2 nih... agagagagagaa :D

    *insyaAllah

    ReplyDelete
  9. nis: "ilahilastulilfirdausi ahla..." dah lame tak berzikr munajat camnih...

    thanks for reminding

    ReplyDelete
  10. mira: huhu...i know how u feel..been there... ada something yang mengubah kita dari dalam...dalam diam... kan? alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. farwalis: insyaAllah...susah nak jumpa Raju sebenarnya... tapi kalau diizinkan Dia, nape tak...

    ReplyDelete
  12. shuk: kita slalunya ingat bila dah terhantuk berkali-kali...kalu bernasib baik, sempat tobat...kalu tak...'selamat'...

    ReplyDelete
  13. ayin: betol3x...hehe...

    dah cam afundi akhirat gamaknye nih...hehe

    insyaAllah, moga2 dibawa menuju ke pintu yang tepat. amin

    ReplyDelete