Kekadang lagi senang jadik Pili Bomba...
Aku baru realised yang aku dah tak cam diri aku 5 atau 10 tahun lepas. Ataupun, maybe gak 15 atau 20 tahun lepas.
Aku jadik pendiam. (Bunyik cengkerik)
Banyak gak aku terima komen-komen cam..
"Ko ni pendiam sangat la Zal..."
Sape yang baru kenal aku 5 atau 10 tahun lepas, mungkin tak perasan. Actually perubahan ni pun aku baru je perasan...lepas aku muhasabah diri.
Lately aku bertemu banyak kawan baru. Tapi, agak susah bagi aku nak 'break the ice'. Amik masa gak la nak mesra, boleh gurau-gurau. Kalo nak diikut 'gen' keluarga, mungkin gak la menyumbang, sebab family aku sume tak banyak cakap. Maybe gak sebab tu kitorang takde musuh (at least yang aku tau la). Alhamdulillah...
Masa kecik, aku lain sikit dari siblings yang lain. Banyak cakap gile gaban. Cakap main lepas. Orang Jawa kata "Semberono!". Sebab tu aku slalu kena sound ngan arwah abah aku. Kalo kuar main, dari pagi lepas sarapan sampai maghrib baru nampak batang idung. Ada sekali tu masa main rounders (kalo tak silap), aku baling budak team lawan dengan batu besor...kawan-kawan aku apa lagi....bersorak cam menang loteri... "Lari...lari.....!" Dengan mudah aku menang game tu... (sebab takde Referee!) HOHOHO
Then bile Form 1, aku masuk asrama. Time tu aku ada sorang member baik. Kitorang diletak satu dorm. Oleh sebab junior, baru masuk, aku dapat katil atas, dia katil bawah. Double-decker beb. Tapi kitorang dapat kelas lain-lain. Kena ragging pun sama-sama...hampeh...
Masa tu aku kalau bercakap memang tak pandang kiri kanan, atas bawah...then at one time, aku tak sengaja tercakap something yang agak brutal dan tak sepatutnya disebut oleh seorang kawan.
Member tu baru lepas kematian adik, arwah melecur teruk satu badan sebab insiden kebakaran. Budak-budak mungkin, jadi bab perasaan ni masih tak berperasaan agaknya. Kawan tu cuti lama, sebab adik dia meninggal. Then, bila dia naik cuti aku pun banyak spend time ngan dia. Bila dia dah boleh senyum balik time kitorang joke-joke, mungkin secara perlahan-lahan, elemen sedih tu hilang la bagi aku. We act like normal. Gurau-gurau, gaduh-gaduh, baling-baling pen kena kepala..."Kelekuk!" (bunyik dia).
Sampai satu masa tu, insiden yang aku takleh lupa sampai arini. So far, aku rasa tu lah perkara paling jahat pernah aku buat, secara tak sengaja.
Satu hari tu, balik sekolah, cam biasa student memang kena gi straight ke Musolla, kena solat Zohor jemaah. Sementara tunggu Azan, aku ngan member ni sembang la cam nak rak. Kononnya nak bikin member tu happy (tapi tak kena tempat, dalam Surau tu...hoho). Tiba-tiba, speaker asrama berbunyi bagi pengumuman.
"Kepada pelajar bernama *Polan bin Polan*, sila pergi ke Bilik Tetamu, kerana ayah anda sedang menunggu!" Roger & out.
Dengar je nama member tu, mulut aku yang belum diinsurans tu spontan je lepaskan satu statement....
"Hmm, sape pulak yang meninggal?" (Selamba katak je...)
Lepas je aku kuarkan statement kamikaze tu, kami terdiam. (Bunyik cengkerik lagi...nyit nyit nyit). Aku baru realized yang aku terlepas cakap something yang tak sepatutnya aku kata. Paling aku tak boleh lupe pandangan mata member aku time tu, ngan statement dia yang buat aku insaf & terngiang-ngiang kat tinge sampai arini.
"Sampai hati ko Zal..."
Aku tak tunggu lama untuk mintak maaf. Aku tau aku salah masa tu. Tapi kata orang, "terlajak perahu boleh diundur....terlajak speedboad, amik ko..."
Berkali-kali gak la aku mintak maaf. Akhirnya member tu maafkan gak. Though dia maafkan secara verbal, tapi dalam hati dia aku tau dia tak boleh terima.
Sejak hari tu secara perlahan-lahan aku jadik pendiam. Aku gak dah tak jadik defensive cam dulu. Sebelum tu kalo orang kutuk aku, aku akan maki balik, tak kiralah apa jadik. Siap pernah wrestling, bertumbuk. Guling-guling atas lantai. Langgar-langgar almari asrama sampai nak terbalik. (Brader senior tengok je...diorang pun terkejut badak time tu gaknye).
Pas kes tu, tak lagi. Mungkin aku terkena badi aku sendiri kot.
Skang aku leka ngan dunia aku sendiri. Tak kaco orang. Ke mana-mana pun sendiri. Istilah kawan baik tu agak susah nak lekat kat aku. Kawan biasa memang ramai.
Alhamdulillah, skang aku dah ada insurans. MAA, Takaful Ikhlas, Kurnia dan Etiqa...banyak ekk... HAHA... Aku rasa lagi tenang bila jadik pendiam, sebab bagi aku...
"DIAM ITU BIJAK!"
Moralnye: Cakap siang pandang-pandang, cakap malam...dalam kelambu aje...
--------------------------------------------------------
PANDAI-PANDAI LA KORANG KAITKAN NGAN "PILI BOMBA" TUH...