Thursday, May 27, 2010

Bila 'RIMAU' demam.

"Are you ready to rockkkk!!" - Rimau buang tebiat...hoho. [gambo]

Penat aku cari ATM hari ni. Merata tempat aku pegi, sume system down. Ingat ni kugiran 'System of A Down' ke hape...! Aku tanya sorang brader Security yang jaga kat mesin, sambil pegang rifle. 


"Bila system ok bang? Kejap lagi ke? Penat dah tunggu nih." aku bertanya sambil menunjukkan rasa tidak puas hati.


"Sekejap ya mas, temen saya lagian beli air di stasiun minyak berdekatan. Sebentar lagi pulangnya. Tungguin dong!", tiba-tiba aku terasa seperti berada di Surabaya.


Dalam hati, "Aku yang silap tanya ke dia yang silap dengar?!!" KONPIUS jap.


Aku bergegas pegi ke PETRONAS. Situ ada ATM, harapan terakhir aku.


Sampai ATM aku tengok ada 2 barisan. Satu panjang amat. Satu lagi pendek sikit. Aku gi yang panjang. Brader yang beratur depan aku nampak barisan sebelah makin kurang orang, terus membuat pintasan maut. Seronok dia takyah beratur panjang. Akudapat rasakan dia tengah menyanyi lagu "Senyumlah..senyumlah...ahai cik mek molek..." sambil senyum-senyum kambing.


Aku peratikan je, ngan aura kecemburuan di mata.


Sampai turn dia...tup-tup dia terdiam. Dia belek-belek mesin tuh. Garu kepala yang tak gatal.


"Err...bang. Ni mane tempat keluar duitnya?", dia bertanya brader line sebelah dengan nada konpius.


"Waduuuh mas....ini mesin DEPOSIT TUNAI dong!", jawab brader tersebut sambil menutup mulut. Pastinya bukan nada simpati, kerana disertai gelak-gelak kecil [huf huf huf..]


Akhirnya dengan langkah longlai, dia mengambil tempat di belakang aku jugak. 


Walaupun kesian, tapi hari ni aku terasa seperti seekor kura-kura yang berjaya memintas seekor arnab yang eksen.


TAMMAT.


*SELAMAT BERCUTI SEMUA. YIPPIEEE! 

Wednesday, May 26, 2010

Sejadah Lusuh

Foto ini Ahmad Google yang punyaaa....!!



Satu hari, aku teringatkan Mak Su aku. Kami memang rapat. Lama tak bersembang. Aku hantar SMS.


"Mak Su, ada kat umah tak arini?", aku meminta kepastian.


"Ada je. Nak datang ke? Moh  le...boring gak kat umah ni...budak-budak cuti, kami berlonggok depan TV je la ujung minggu...haha." jawab Mak Su spontan.


"Orait, tungguuuu...!" aku balas ringkas.


Dua jam kemudian, aku dah tercongok depan rumah Mak Su. Dengan bungkusan berisi lauk-pauk antaranya asam pedas ikan pari, kerabu mangga, kerabu perut, sambal belacan dan tempoyak buat penambah rasa.


"Laa...beli apa ni? Susah-susah pulak. Ko cam tau-tau je Mak Su tak masak lagi...hehe."


"Takpela Mak Su, bukan selalu. Kita makan sama-sama ok!"


Kami makan depan TV. Sambil makan, sambil gelak. Sesetengah orang mungkin rasa kurang beradab barangkali, tapi suasana gembira cam ni jarang ada di rumah Mak Su. Lebih-lebih lagi sejak Pak Su meninggal lebih kurang 5 tahun yang lepas. Satu-satunya lelaki dalam family. Hilang takde ganti. Sampai sekarang. Aku dah dianggap cam anak sendiri. Anak-anaknya pulak dah anggap aku cam abang. Jadi bila datang, aku bawalah buah tangan. Suka tengok diorang makan.


Lepas Pak Su meninggal, ramai lelaki yang cuba mendekati Mak Su. Yang tua, muda, miskin, hartawan pun ada. Tapi semuanya Mak Su reject. Aku pernah tanya Mak Su, kenapa dia tolak semua lamaran. Jawab Mak Su mudah.


"Lagi senang macam ni. Lagipun Mak Su kesiankan budak-budak ni, Takut tak boleh terima. Lagipun orang keliling dok bercakap. Rimas."


Betul. Aku perasan ramai orang yang dok mengata Mak Su itu dan ini. Buat itu salah. Buat ini tidak betul. Semuanya serba tak kena. Sampai Mak Su pernah menangis, sebab tak tahan. Aku cuma kata....


"Mak Su buatlah pilihan yang tepat. Jangan pedulikan sangat kata-kata orang. Masa Mak Su susah, diorang pun bukan amik kisah. Takde tolong pun. Tahuny amengutuk je. Bahagiakan diri sendiri dulu, tu yang penting."


Lama Mak Su diam. Berfikir agaknya. Selepas makan, aku minta diri. Nak balik. Sebelum bersalam dengan Mak Usu, mata aku melekat pada deretan sejadah-sejadah lusuh di ampaian. Banyak.


"Sejadah mane ni Mak Su? Banyak betul. Takkan rumah ni punya kot?" Aku menduga. Nyata tersasar.


"Surau kat kilang punya. Dah lama tak berbasuh. Dibiar camtu je. Mak Su bawak balik rumah le, basuh. Pas basuh bersih le, wangi. Best sikit buat solat. Senin ni Mak Su pulang balik." jawabnya selamba.


Aku cuma senyum. Tambah kagum.


Wanita berhati mulia dan secekal Mak Su, selalunya diperlekeh. Walau seorang ibu tunggal, dia menyara anak-anaknya dengan hanya bekerja kilang. Dengan rezeki yang halal. Cuma aku agak kesal dengan mulut-mulut lahanat orang keliling. 


Terbaru, aku diberi kejutan. Mak Su sudah ada pasangan. Graduan lepasan kolej swasta. Muda lagi. Orangnya baik, boleh tahan. Sudah lulus interview aku dan sepupu-sepupu lelaki lain. Semoga pilihan yang tepat dan berkekalan. Aku doakan. Dalam hati aku....


"WAKAAKAKAKAKAKAA....padan muka korang jiran-jiran!! Dok mengata je. Gigit kuku jari kaki la korang!"


PUAS.

Monday, May 24, 2010

Wabak Lu Busuk!

[anda tau anda BUSUK bila kucing anda membuat aksi sebegini...kemudian mati.]

Terima kasih kepada N** H****, dunia aku yang agak aman sejak dua menjak ni dilanda sindrom atau lebih tepat lagi wabak "Awak busuk".


"Tolong buatkan ni."
"Tak nak lah!"
"Ko jangan...kang aku panggil Awak Busuk! baru tau."
"Ok..ok..ngaku kalah!"


-ATAU-


"Mari sini sayang...peluk papa!"
"Tak mau...papa busyuk..."
"Nak jajan tak?"
"Naaak, ok..papa wangi!" [Tipu!]


-ATAU-


"Ko memang Busuuuk punye worang!"
"Apesal lak?"
"Sukati aku le nak panggil Busuk!"
"Ok, ko pun busuk gak....terima kasih."


Sana busuk, sini busuk. Itu busuk, ini busuk. Aku cuma duduk diam-diam kat tepi sambil gelak-gelak kuat lagi dan lagi...KAHKAHKAH! Tapi sayang tak kekal lama....


"Oii, sape kentut nih?? Gile busuk!"


"Sukati aku la.....alang-alang dah kena panggil busuk, meh aku busukkan sume orang...muahahahaaha!" [gelak jahat]


Sekarang sume orang sudah busuk dan dibusukkan. 
[sungguh beruntung mereka yang tidak pernah beli deodorant...ini tidak adil!]


Kepada vokalis itu...sila jawab!


"Kau harus wangi...wowowoooo.. Kau harus wangi di mana tempat ku berada.... wowo!".


Ok, jawapan diterima. Boleh mandi sekarang!

Friday, May 21, 2010

Show..show...daaauuuun!!


Seorang B-boy tegar sedang gigih melakukan aksi berani mati di kawasan pesiar kaki di hadapan Lot 10. B-boy Burn namanya. Dia dan sekumpulan B-boy lain memang punya nama besar di KL. Sebut saja nama, pasti ramai kaki-kaki break-dancers kenal. Krew Jalan Belakang. Perghhh...pengikut pun berbondong-bondong.


Dia mengambil 'step'. Rutin sudah ada di kepala. Tangan menapak ke lantai. Kaki ke atas, sambil meletakkan kepala ke lantai, dia cuba membuat 'headspin'. Laju putarannya. Lebih laju dari Eye-On-Malaysia. Dari satu gaya ke gaya-gaya lain. Bergabung 'crumping' dan power moves lainnya. Sedikit riak dan takbur jelas terpancar di wajahnya yang menggerutu. Jerawat. Biasalah...budak baru akil-baligh. Hormon pun tak seimbang.


Sambil melakukan aksi-aksi hebat dan lincah mengikut rentak lagu dari boombox, matanya menangkap susuk tubuh seorang gadis cantik yang sibuk memerhati. Ayu. Dia senyum sendiri. Makin galak dan ligat la dia menari. Habis saja rutin, dia bingkas bangun bergaya. Semua penonton bertepuk tangan. Dia lantas mengenyit mata gatalnya ke arah gadis tadi. Spontan. Kenyitan bersambut. Si gadis membalas kenyitan. "Rezeki aku la ni...hohoho," riang gembira bukan kepalang. Setan dah masuk dalam kepala. Dah tak ingat Tuhan.


Diam-diam dia perasan gadis itu sedang menulis sesuatu di atas kertas kecil. "Ahh, pasti nombor telefon! B-boy Burn beb, kemachoan takdak sape boleh celen!!?", getus hati kecilnya kegirangan. Riak dan takbur lagi. Kertas itu dihulurkannya kepada seorang budak kecil di hadapan yang dari tadi memerhati persembahan. Minta disampaikan. Gadis itu hilang dari pandangan. "Woosh!", laju macam ninja. B-boy Burn pun tak perasan.


Budak kecil tadi menuju ke arah B-boy Burn yang gatal tersebut. Kertas bersambut. Tertera mesej, "03-XXX XXXX....peminat tegar mu, B".


"Cuuun....malam ni gerenti gua call! Yipppiiiiiee!", bersorak kegembiraan 


Malam tu, di kamar tidur....B-boy Burn berbaring-baring di atas katil. Dia gelisah. Mahu call atau tidak. Dia menyambar bantal peluk kelabu. Memeluk erat sambil bergolek-golek lagak filem hindusetan. Sungguh tidak  macho. Gedik. Apparaaaa.....


Nekad. Akhirnya tangan mendail. Keypad menyalak mengikut rentak. Kemudian....


"Tut...tut.... Tut tut...."


Tidak berjawab.


Takpe, call lagi sekali.


"Tut...tut... Tut...tut..."


Telefon diangkat. Tiba-tiba muncul suara di hujung corong.


"Rumah Urut Bukit Bintang. Badrul bercakap. Sape tu??" kedengaran suara garau berkumandang. Kalah beruang.


[tidak berjawab]


"Hey...sape ni?? Jangan main-main. Benci tauuu!! Menci menci!!!"


[masih tidak berjawab]


Dari garau bertukar separa gedik. "Tup!", telefon diletak.


B-boy Burn pucat lesi. Dalam kepalanya tiada lagi gerakan power moves atau rutin hebat. Tiada 'crumping', tiada 'headspin'. Cuma gelap, likat,pekat. B-boy Burn pengsan. Malam itu, B-boy Burn memang burn abes. Rentung.


Padam. Titik.



[cerita rekaan semata-mata,, tiada kaitan ngan sesapa yang masih hidup atau pun yang belum lahir. sekian]

Thursday, May 20, 2010

MakCik Tujuh-Sebelas












Tadi aku melangkah kaki ke rangkaian kedai serbaneka Tujuh-Sebelas....kat bawah opis ni aje.


Selalunya hanya aweks-aweks yang menjaga kaunter. Atau brader-brader moto yang buat part-time ["saya menang motooo...." - iklan selingan]. Tapi hari ni, aku nampak seorang makcik yang duduk kat kaunter. Satu situasi aneh yang jarang-jarang aku nampak.


Terus menuju ke bahagian 'roti-rotian'. Sudah gue bilang, sudah ujung bulan....bukan? Sambil mencapai Roti Gardenia berharga sebijik 90sen perasa coklat susu, pikiran juga ligat memproses maklumat. Eh, terasa janggal pulak. Selalu bertegur sapa dengan panggilan 'adik', tiba-tiba terpaksa menukar format kepada 'akak'...eh 'makcik'...eh, 'akak' la senang... Hormat sikit.... Weeee :p


Roti sudah dicapai, terus menuju ke kaunter. Keluarkan dompet [cuma ada beberapa keping 10 ringgit dan seringit-seringgit].


"Ni aje encik?" tanya akak 7E sambil senyum. Manis aje. [dia merujuk kepada roti, bukan duit aku yang tinggal serdak dalam wallet ye...harap maklum]


"A'ah kak," jawab aku, sambil senyum-senyum gatal. [Dalam hati : "mesti akak ni tau aku tengah pokai...owh...haruuuu"]


Akak tu mengambil roti yang aku letak tadi, dan cuba menyeken [read: scanning] kod bar roti Gardenia perisa coklat susu tersebut.


Cubaan pertama: GAGAL.
Cubaan kedua: GAGAL.
Cubaan ketiga: GAGAL.


Dia mencebik. Kecewa. Kesian pulak ngan akak ni.


"Maaf ye encik, lambat sikit," dia memohon maaf. Adoyaii...pilu plak aku kalu orang mintak-mintak maaf nih, lebih-lebih lagi kalu orang tu takde salah apa-apa. Simpati.


"Eh, takpe kak." jawab aku ringkas.


Dia cuba lagi. GAGAL.


Aku cuba membantu. "Cuba lagi sekali kak," aku memberi sokongan moral.


Dia cuba lagi...kali ni bila plastik roti bertemu muka alat pengimbas, aku bantu dengan memberi arahan. "Haaah, bawah lagi sikit kak...lagi sikit..." [bukan adegan yang korang sangka! hoho]


"TETTT!" [bunyi pengimbas]... Yesss...berjaya!


Akak tu senyum. "Maaf ye encik, saya baru lagi...." syahdu lagi.


"Err...takpe, akak baru keje sini ke?" [sudah gaharu cendana pula, sudah tahu...buat lawak ke hape!?? - mengeji diri sendiri]


"Ha'ah encik, tu la...saya selalu 'fail' bab-bab scan nih", jawab dia sayu.


"Takpe kak, biasalah tu...kalau saya pun, sama je agaknya....normallah tu, masih baru....haha!" [aku ketawa sendiri, sambil diiringi bunyik cengkerik]


"Terima kasih ye!", jawab akak tadi...senyum lagi. Manis.


"Takde apa la kak. Lama-lama nanti biasa la tu..ok", aku senyum pulak. Sambil berlalu pergi...membawa roti.


Sebelum menapak keluar pintu, ingin aje aku buat simbol PEACE dengan tangan kanan sambil bersorak "BERUSAHALAH!" atau "Chaiyok...chaiyok!" gaya GTO, tapi bimbang dikata gila atau tidak kacak pulak. HAHAHAHA! 


----------------------------


Sedikit galakan moral tidak salah kan? Walaupun untuk orang yang kita tak kenal.

Tuesday, May 18, 2010

Muntah Darah

[Amaran: Entry ini mampu membuat anda muntah. Sila sediakan laluan mudah ke mangkuk tandas yang berdekatan...pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah gangguan mental. Terima Kasih]


Muka aku sekarang...caye tak? Ni la muka donat...agagagagagaa :D


Ahad kelmarin, aku nampak sorang artis veteran buat lawak gila khinzir di Alamanda. Dia membayangkan dirinya sebijik kapal terbang yang sedang berlepas di eskalator. Owh...malunya aku sebagai orang Melayu dan orang Islam. Nasib baik aku tidak bawak kamera, kalu tidak, mau aje aku tampal gambo kat sini. Tapi mengenangkan yang mengaibkan orang tu dosa, jadik...lantak pi le. Cuma harap-harap ada la pengunjung lain yang amik gambo tuh... pahtu masukkan kat paper...takdela dpt dosa...HAHA. 


Cite pasal artis, alkisah....dulu mase zaman aku blaja...orang panggil aku Yusri KRU [ok, boleh muntah sekarang!]. Asal jalan-jalan kat kampus, pegi-balik kelas ada la mulut-mulut aweks yang menegur... "Oii Yusri!". Biasanya aku buat dek aje. Ye lah, takkan nak ngaku. Gile ke hape. [Ceh ceh ceh..!]


Kekadang tengah layan TV kat rumah, dapat SMS, "Oit, aku tengah tengok ko nyanyi kat TV2...mintak otograf ;p". Asalnya aku pikir orang main-main je, saje nyakat aku. Tapi bila kakak aku tipon dari kampung dan sembang-sembang menda yang sama, maka aku pun terimalah aje dengan redha...ewah. [poyo 5 saat]


"Usu, ni hah...anak sedara ko ni, si kecik...asal nampak Yusri KRU nyanyi kat TV je, mesti dia sebut Pak Chu..Pak Chu... Ni bila nak balik?? Peminat menunggu ni hah! Tak gheti-gheti?" 


Aku gelak je la... "HAHA".


Pernah sekali, aku naik LRT menuju ke Sri Petaling. Dalam LRT aku landing baik depan 2 orang awek. Dua-dua saling pandang memandang. Aku buat bodo sambil cuba melelapkan mata. Mata tutup tapi telinga menangkap apa yang disembangkan aweks tu. 


Awek A: "Iyelaah, serupa la...."
Awek B: "Mana ada...tak serupa pun..."
Awek A: "Iye..sama...cuba tengok betul-betul...!"
Awek B: "Hmm..bolehla....adalah 5%. Sikit je irasnye."
Aku: Amende yang korang merepek ni setaaaan...aku nak tido la...bising! [marah dalam ati aje..ahaks]


Sampai Stesen Bukit Jalil, budak bedua tu bingkas bangun. Sebelum keluar, sempat la awek A tu pasang ringtone popular time tu... [Dekat Padamu] lalaalalalaa...sambil senyum-senyum kambing kat aku yang buat-buat bodo. "Ooooo...." terpacul huruf keramat tu dari mulut aku...mase tu baru aku tau ape yang disembangkan. Tersenyum gak sendirik dalam LRT cam orang tua tak sedar diri sekejap..hehe. Err..tapi 5% je... WAKAAKAKAKAA


Tapi pas 7 tahun berlalu, nyata segala yang ada dalam dunia ni tak kekal lama. Pernah sekali aku jalan-jalan kat Taman KLCC....aku duduk kat bangku ngadap air pancut bentuk bunga raya sambil fokus kamera, sorang makcik buat aku rasa cam nak sembunyikan muka dalam tanah....sambil kambus laju-laju time tu gak.


"Shhh...jangan nangis sayang.... Hah, nangis lagi kang, abang tu datang makan!! Takot tak??" memujuk anaknya yang masih kecik sambil jarinya menuding ke arah aku. Terasa lebih hina dari sekor tikus makmal yang brutal yang tengah nazak di operate sekumpulan pelajar Medic.


Sumenye berubah bila pada satu hari tu, sekumpulan budak-budak skola lalu sebelah aku. Mase tu aku pakai 'cap'. Sorang budak tu tiba-tiba bisik kuat ngan kawan dia.... "Pssst, Pierre Andre!" 


Itu bukan pertama kali. Kakak aku jugak mula mengata menda yang sama. Apatah lagi anak sedara aku. Mungkin impak muka aku yang membulat skang...mak aku kata, muka aku cam donat.. Owh, haruuu....


Yusri KRU bertukar jadik Pierre Andre.... Err...tak nampak kat mana relevennya. Hampir-hampir kena nervous-breakdown....


Kalu dikata iras muka ustaz-ustaz...takpun kiyai-kiyai ke, atau pak haji...ok le gak...berkat sikit... Takpola, janji bukan muka penyangak*


[Kaf.ba.ra.kaf.alif.ta'.nun.......keberkataaaaan...bukan 'kabaret' ye Muhammad Adif!!]


------------------------------------------------


p/s: *err...kecuali mase tingkatan 4, satu batch kitorang dipanggil 'penyangak'...tak patut betol pengetua...kat perhimpunan pulak tu weh....apa-apa pun, Selamat Hari Guru!


Thursday, May 13, 2010

Bila 'Jam' Aku Teringat Apa

[Kadang-kadang bila jam, aku lebih suka berhenti tepi jalan dan "snap!"]

Pagi tadi aku sampai office agak lambat. Jem teruk. Kat depan ada eksiden. KEBABOM!!


Pemandangan biasa kalau jem, banyak kereta dan motor mencilok, potong sane, potong sini. Hon-hon. Tunjuk jari tengah pun ada. Yang kat dalam kereta lagi la, banyak tatabahasa 18SX yang kedengaran...sambil hon-hon lagi. Kalau di UK, hon dianggap jalan penyelesaian terakhir. Mereka tak akan hon sesuka hati, sebab hon dianggap sesuatu yang biadap. Itu mereka, sini kita. Kita dengan cara kita.


Teringat dulu masa bertugas di kolej swasta. Selalu juga jem camni. Hari ni, aku masih melalui jalan sama ke tempat kerja, walau destinasi berbeza.


Dulu bila jem atas jalan, aku & kawan-kawan sepejabat akan sms dari dalam kenderaan masing-masing [anak-anak, jangan tiru aksi ini!]. 


Chris: "Hey, are you on the way?" 
Aku: "Yup, jem teruklah Chris."
Chris: "I pun sama. Lambat lah sampai office ni. Takpe, I sms bos."


Beberapa saat kemudian. SMS masuk.


Bos: "Hi, you on the way ke?"
Aku: "Ye la bos. Jem teruk."
Bos: "Its ok. Hey, tengok kiri."


[Aku menoleh. Bos melambai-lambai dengan senyuman nakal]


Aku: "Laaaa...terkandas gak ke...HAHA." [senyum, tunjuk simbol 'PEACE' & gelak-gelak sendiri]


SMS masuk lagi.


Chris: "Hai....I kat depan u la....."


[wakakakaakakakaka...gelak lagi]


Hmmmm, satu office terkandas atas jalan rupanya. 


SMS lagi.


Chris: "You dah breakfast belum? I ada karipap. You mau? HAHA" [nakal]
Aku: "Hmmm, you MMS je la... T_T"
Chris: "Alalalalala....kesian."


Tak lama kemudian, kesesakan jalan beransur pulih. Kami sampai di office. Sambung borak lagi. Kali ni, bukan SMS.


Aku: "Mane karipap I?"
Chris: "Hahahahaahaha...nah!" [sambil menghulur tupperware]
Bos: "I pun nak!"


Ini cerita dulu-dulu. Kenangan....kenangan. 


--------------------------------


NOTA: Chris adalah seorang ibu berbangsa Eurasian beranak dua, manakala bos aku pula seorang gadis berbangsa Cina yang aku panggil "Kakak", yang lebih fasih berbahasa Melayu berbanding segelintir kita-kita. SPM Bahasa Melayu dapat 1 wor. Selalu jugak mengingatkan aku waktu Solat, "Hey, dah masuk Asar. You dah solat?" ..... :)

Monday, May 10, 2010

Apolah Dosa Den? [sebuah entry keinsafan]

*kesinambungan dari entry lepas.






Aku tak paham betolla semut zaman skang....takde belas kasihan langsung. Ntah mane peginye nilai peri-keseranggan yang dipupuk sejak kecik. Mana peginye moral dan etika yang diajar mak bapak sejak masih bertatih...berlampin. Takde perasaan hormat kat privacy orang lain. 


Dah tau aku tengah sengkek.....nak jugak ko caras megi cup aku!! Bukan setakat tu, nescafe panas belas ihsan pantry opis pun ko nodai kesuciannya...


Owh...dugaan apakah ini...? T_T


Nak puasa Senin Kamis la camnih...dapat gak pahala, takdela aku sakit hati. Atau mungkinkah, memang sudah rezeki mu wahai semut....takpela, aku halalkan....sob sob...


* Aku pasrah dengan dugaan mu ya Allah [mode: muhasabah diri].

Friday, May 7, 2010

Doraemon Pinjamkan Aku Pintu

"Shaolin Kungfu Hoyeee.... Hohoyeee...."

Minggu yang kurang memberangsangkan.


1. Toilet umah aku tak repair-repair lagi. Umah bawah dah bising-bising.... "Oii umah atas, bila nak repair...habis aku bermandi ****??"


2. Laptop aku yang baru menjengah umur 5 tahun sedang nyawa-nyawa ikan. Mengikut 'doktor', hayatnya hanya bergantung kepada aku. Terpulang...sama ada mau tarik saje talian hayatnya....atau biar ia koma.... Owh, Euthanasia memang satu keputusan kejam! 


Tolak ke kedai... "RM200 saya amik. How?", kata bos. Mak aih, setakat dua rat, baik aku simpan buat arkib dalam muzium!!


3. Baru 7 haribulan, tapi poket dah kontang. Bayor hutang keliling-pinggang. Arghhh...sengal. "Megi Cup anyone??"


Adakalanya...aku cuma mau jadik Doraemon, menggunakan pintu suka hati....bolak balik ke depan ke mari. Atau  paling logik pun jadik Stephen Chow. Buat lawak kering, untung-untung kaya raya dengan cuma ketawa dan diketawakan.


Adakalanya aku berharap duit jatuh menjunam dari langit. Ribu-riban. Kalau Juta-juta....cam bohong sangat la pulak kan? HAHAHA [gelakkan diri sendirik]


Ah, mustahil bukan?


Hadapilah saja hidup ini dengan tenang....usah fikir yang bukan-bukan!


Ingat saja Tuhan.

Wednesday, May 5, 2010

Awan Untuk Kawan....AL-FATIHAH

Kawan...semoga engkau tenang di sana...

Baru-baru ni, tiba-tiba aku teringatkan seorang rakan blogger-follower yang dulu selalu ziarah blog aku yang tak semenggah ni. Tapi cam dah senyap sikit. Silap aku gak sebab dah lama tak ziarah blog dia. 


Dia cukup suka bersembang pasal fotografi.


"Kau guna SLR brand apa?", tanya dia satu hari menerusi ruang komentar.


"Ooo, aku pun bukan pro sebenarnya bro...suka-suka aje, kamera pun NIKON basic punya...HEHE," jawab aku.


Dia antara orang pertama yang puji foto-foto yang aku snap sendiri dan letak dalam blog ni. Dulu aku selalu kebas kat internet, tapi aku rase tu bukan tindakan baik. Unless mintak kebenaran owner...betoi tak? Sejak dari tu aku letak foto yang aku snap sendiri je.


"Beli la bro, skang SLR dah murah le...insyaAllah mampu," aku mencadangkan kat dia.


Aku tak ingat dia jawab apa. Tapi tak lama pastu, dia ada komen lagi.


"Bro, jom ada masa kita wat gathering...nak gak aku jumpa ko," dia menyatakan hajat.


Aku jawab, "InsyaAllah....kalau diizinkan, ok aje."


Semalam bila teringatkan dia, aku cadang nak terjah blog dia. Lama gak aku tak ziarah. Tapi sebelum tu, aku check updates blog kat reading list....tup-tup aku nampak title-title "TAKZIAH" & "AL-FATIHAH"....


Mula-mula aku tak perasan sape....tapi bila di bagitau arwah adalah sedara [UNREST MIND]...aku terdiam sekejap. Arwah meninggal disebabkan kemalangan jalanraya. Dikhabarkan beritanya masuk gak akhbar METRO.


Rasa macam tak percaya. SEDIH. MENYESAL pun ada.


Hajat nak berjumpa, sembang-sembang empat mata tak kesampaian. 


Apa yang aku boleh kata, arwah seorang yang sangat baik, bila kita sembang-sembang ngan dia, rasa 'sejuk' je, sebab gaya bahasa  yang dia gunakan buat kita terasa cam dah lama kenal. 
.
.
.
AL-FATIHAH buat arwah Hisham Sheikh Othman, semoga arwah dicucuri rahmat, amalannya diterima dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin ya Rabbal Alamin.


Dari Allah dia datang, kepada Allah dia pulang.