Friday, May 21, 2010

Show..show...daaauuuun!!


Seorang B-boy tegar sedang gigih melakukan aksi berani mati di kawasan pesiar kaki di hadapan Lot 10. B-boy Burn namanya. Dia dan sekumpulan B-boy lain memang punya nama besar di KL. Sebut saja nama, pasti ramai kaki-kaki break-dancers kenal. Krew Jalan Belakang. Perghhh...pengikut pun berbondong-bondong.


Dia mengambil 'step'. Rutin sudah ada di kepala. Tangan menapak ke lantai. Kaki ke atas, sambil meletakkan kepala ke lantai, dia cuba membuat 'headspin'. Laju putarannya. Lebih laju dari Eye-On-Malaysia. Dari satu gaya ke gaya-gaya lain. Bergabung 'crumping' dan power moves lainnya. Sedikit riak dan takbur jelas terpancar di wajahnya yang menggerutu. Jerawat. Biasalah...budak baru akil-baligh. Hormon pun tak seimbang.


Sambil melakukan aksi-aksi hebat dan lincah mengikut rentak lagu dari boombox, matanya menangkap susuk tubuh seorang gadis cantik yang sibuk memerhati. Ayu. Dia senyum sendiri. Makin galak dan ligat la dia menari. Habis saja rutin, dia bingkas bangun bergaya. Semua penonton bertepuk tangan. Dia lantas mengenyit mata gatalnya ke arah gadis tadi. Spontan. Kenyitan bersambut. Si gadis membalas kenyitan. "Rezeki aku la ni...hohoho," riang gembira bukan kepalang. Setan dah masuk dalam kepala. Dah tak ingat Tuhan.


Diam-diam dia perasan gadis itu sedang menulis sesuatu di atas kertas kecil. "Ahh, pasti nombor telefon! B-boy Burn beb, kemachoan takdak sape boleh celen!!?", getus hati kecilnya kegirangan. Riak dan takbur lagi. Kertas itu dihulurkannya kepada seorang budak kecil di hadapan yang dari tadi memerhati persembahan. Minta disampaikan. Gadis itu hilang dari pandangan. "Woosh!", laju macam ninja. B-boy Burn pun tak perasan.


Budak kecil tadi menuju ke arah B-boy Burn yang gatal tersebut. Kertas bersambut. Tertera mesej, "03-XXX XXXX....peminat tegar mu, B".


"Cuuun....malam ni gerenti gua call! Yipppiiiiiee!", bersorak kegembiraan 


Malam tu, di kamar tidur....B-boy Burn berbaring-baring di atas katil. Dia gelisah. Mahu call atau tidak. Dia menyambar bantal peluk kelabu. Memeluk erat sambil bergolek-golek lagak filem hindusetan. Sungguh tidak  macho. Gedik. Apparaaaa.....


Nekad. Akhirnya tangan mendail. Keypad menyalak mengikut rentak. Kemudian....


"Tut...tut.... Tut tut...."


Tidak berjawab.


Takpe, call lagi sekali.


"Tut...tut... Tut...tut..."


Telefon diangkat. Tiba-tiba muncul suara di hujung corong.


"Rumah Urut Bukit Bintang. Badrul bercakap. Sape tu??" kedengaran suara garau berkumandang. Kalah beruang.


[tidak berjawab]


"Hey...sape ni?? Jangan main-main. Benci tauuu!! Menci menci!!!"


[masih tidak berjawab]


Dari garau bertukar separa gedik. "Tup!", telefon diletak.


B-boy Burn pucat lesi. Dalam kepalanya tiada lagi gerakan power moves atau rutin hebat. Tiada 'crumping', tiada 'headspin'. Cuma gelap, likat,pekat. B-boy Burn pengsan. Malam itu, B-boy Burn memang burn abes. Rentung.


Padam. Titik.



[cerita rekaan semata-mata,, tiada kaitan ngan sesapa yang masih hidup atau pun yang belum lahir. sekian]

18 comments:

  1. menci tau... menci menci!


    adoi. mana la kau dapat idea

    ReplyDelete
  2. salam,

    dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, katanya:
    Maksudnya:
    “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat
    orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang
    perempuan yang menyerupai lelaki.”
    (Hadis riwayat al-Bukhari)

    dan Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah laki-laki menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki;- (Riwayat Abu Nu’aim).

    (t_t)

    ReplyDelete
  3. hahahha...padan muka B-boy..

    hati2..byk yg x original sekrg..huhu..

    ReplyDelete
  4. dush3!!!!
    menarik tertarik cite kau kali ni.heh~

    ReplyDelete
  5. penat bboy spinnnnnnnnnnnnnnn

    kahkah

    ReplyDelete
  6. hahahahaha....asal dia tak jawab : "saya masih suci lagi!" =P

    ReplyDelete
  7. hoh??
    b boy burn melalui satu mlm panjang yg menyeksakan hari tu. wakakakkakaka.

    alah nyah, apsal beliau x g jew kat sane tuw, mencikk tawww. boleyy lew kene uruts2 khenn?


    >>__<<


    ((stry ni xder kaitan ngan sesiapa tp wa syak ada kaitan ngan lu. sabar jeb ... wakakka))

    ReplyDelete
  8. MIRA: cite ni lahir akibat tensen dimarah bos! hohoho

    ReplyDelete
  9. melati: betol tuh....kat Uni pun ramai...ye dok? huhu...taktau mane silapnya...

    ReplyDelete
  10. kejora: hati-hati gak ye... ---> ditujukan pd cik kejora... HOHOHOHO :D

    ReplyDelete
  11. CHENTA : idea 5 minit sebelum loceng balik berbunyik...kriiiiiing... agaagagagaa :D

    ReplyDelete
  12. FARWALIS: B-boy Burn dah insap...skang gulung sejadah kat mesjid...dari spin depan Lot 10... [mode: insap]

    ReplyDelete
  13. shukri: dia jawab.....tapi Badrul yang tak caye... HUAKAKAAKAKAKAAA :D

    ReplyDelete
  14. Frodo: tiba-tiba aku loya tekak...tlg jgn buat suara camtu lagi....kang aku tak lalu makan megi...hihihi ;p

    [gile ke hape aku nak ngaku??!! mustahillah....lari dalam guni pun aku fail, inikan pulak buat headspin....muahahaahahahaah]

    ReplyDelete
  15. alhariesz :

    btol2..aritu terkejut sy tgk sorg sister x bertudung kt HS building..tgk kali ke dua brother rupenye..aduhai..dressing nye feminin sgt :) cantik org nye..hehe

    ReplyDelete
  16. itu kat kampus, kat kolej lagi la haru....ada pengalaman agak 'menggerunkan' la, tapi takmo cite...aib... hoho

    ReplyDelete
  17. aku mmg ngeri dgn kes-kes smcm ini..skrg ni pun aku dh rs ngeri2..aihhh

    ReplyDelete
  18. citah: ye aku ingat, ko pun pnah di ushar kan? HAHAHA.... bwk le tazer gun ke mana2...tak pun pepper spray... berusahalah! HOHO

    ReplyDelete