Foto ini Ahmad Google yang punyaaa....!!
Satu hari, aku teringatkan Mak Su aku. Kami memang rapat. Lama tak bersembang. Aku hantar SMS.
"Mak Su, ada kat umah tak arini?", aku meminta kepastian.
"Ada je. Nak datang ke? Moh le...boring gak kat umah ni...budak-budak cuti, kami berlonggok depan TV je la ujung minggu...haha." jawab Mak Su spontan.
"Orait, tungguuuu...!" aku balas ringkas.
Dua jam kemudian, aku dah tercongok depan rumah Mak Su. Dengan bungkusan berisi lauk-pauk antaranya asam pedas ikan pari, kerabu mangga, kerabu perut, sambal belacan dan tempoyak buat penambah rasa.
"Laa...beli apa ni? Susah-susah pulak. Ko cam tau-tau je Mak Su tak masak lagi...hehe."
"Takpela Mak Su, bukan selalu. Kita makan sama-sama ok!"
Kami makan depan TV. Sambil makan, sambil gelak. Sesetengah orang mungkin rasa kurang beradab barangkali, tapi suasana gembira cam ni jarang ada di rumah Mak Su. Lebih-lebih lagi sejak Pak Su meninggal lebih kurang 5 tahun yang lepas. Satu-satunya lelaki dalam family. Hilang takde ganti. Sampai sekarang. Aku dah dianggap cam anak sendiri. Anak-anaknya pulak dah anggap aku cam abang. Jadi bila datang, aku bawalah buah tangan. Suka tengok diorang makan.
Lepas Pak Su meninggal, ramai lelaki yang cuba mendekati Mak Su. Yang tua, muda, miskin, hartawan pun ada. Tapi semuanya Mak Su reject. Aku pernah tanya Mak Su, kenapa dia tolak semua lamaran. Jawab Mak Su mudah.
"Lagi senang macam ni. Lagipun Mak Su kesiankan budak-budak ni, Takut tak boleh terima. Lagipun orang keliling dok bercakap. Rimas."
Betul. Aku perasan ramai orang yang dok mengata Mak Su itu dan ini. Buat itu salah. Buat ini tidak betul. Semuanya serba tak kena. Sampai Mak Su pernah menangis, sebab tak tahan. Aku cuma kata....
"Mak Su buatlah pilihan yang tepat. Jangan pedulikan sangat kata-kata orang. Masa Mak Su susah, diorang pun bukan amik kisah. Takde tolong pun. Tahuny amengutuk je. Bahagiakan diri sendiri dulu, tu yang penting."
Lama Mak Su diam. Berfikir agaknya. Selepas makan, aku minta diri. Nak balik. Sebelum bersalam dengan Mak Usu, mata aku melekat pada deretan sejadah-sejadah lusuh di ampaian. Banyak.
"Sejadah mane ni Mak Su? Banyak betul. Takkan rumah ni punya kot?" Aku menduga. Nyata tersasar.
"Surau kat kilang punya. Dah lama tak berbasuh. Dibiar camtu je. Mak Su bawak balik rumah le, basuh. Pas basuh bersih le, wangi. Best sikit buat solat. Senin ni Mak Su pulang balik." jawabnya selamba.
Aku cuma senyum. Tambah kagum.
Wanita berhati mulia dan secekal Mak Su, selalunya diperlekeh. Walau seorang ibu tunggal, dia menyara anak-anaknya dengan hanya bekerja kilang. Dengan rezeki yang halal. Cuma aku agak kesal dengan mulut-mulut lahanat orang keliling.
Terbaru, aku diberi kejutan. Mak Su sudah ada pasangan. Graduan lepasan kolej swasta. Muda lagi. Orangnya baik, boleh tahan. Sudah lulus interview aku dan sepupu-sepupu lelaki lain. Semoga pilihan yang tepat dan berkekalan. Aku doakan. Dalam hati aku....
"WAKAAKAKAKAKAKAA....padan muka korang jiran-jiran!! Dok mengata je. Gigit kuku jari kaki la korang!"
PUAS.
jodoh pertemuan di tangan tuhan... wahwah.. pasni dapat paksu la yer? :P hehee.. smoga maksu berbahagia ^__^
ReplyDeleteSUMI: pak su lebih muda dari saya...hoho.. err,nak panggil ape ekk?
ReplyDeleteHAHAHA
baik betul hati maksu & paksu
ReplyDelete:)
salam,
ReplyDeletetrbaik la ur maksu, kagum :)
semoga maksu terus tabah dan bahagia dalam rahmatNya..ameen.
best entri ni,happy ending ..hehe
nis: hehe...maksu mmg baik..
ReplyDeleteerr bakal paksu... weeee :D
MELATI: Salam...
ReplyDeletememang...mak su mmg terbaik...dialah makcik, dialah kawan... kami sembang mcm kawan2 borak kat kedai makan... terlalu rapat... doakan mak su saya semoga beroleh bahagia ye ;)
Syukran
bila kau cerita pasal sejadah tu aku terkenangkan arwah mak aku...
ReplyDeletedlu mak aku sangat suka basuh sejadah surau, langsir surau..kalau ade majlis2 ilmu, dia kerah kitorang basuh pinggan mangkuk...
sungguh aku rindu kenangan dulu...
happy for your maksu.
chenta c koala: [hoho]
ReplyDeleteooo....alfatihah utk arwah...
pasti apa yang di'tanam' kat dunia ni, 'subur' elok kat sana... amiiin
selalukan doakan arwah dia ye...
terbaikkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :)
ReplyDeletechenta c koala ye..
ReplyDeletehik...okay jugak tu.hik~
chenta al-koala: sobab gambau koala...hoho
ReplyDeleteFarid: time kasih bro...
ReplyDeletepssst...anak dia cun2 wor...
agagagagagagaa :D
apsal x gtau awal2?
ReplyDeletebley jadik lu nyer paksu.
ehkekekkekke
>>___<<
big hugs tuk maksu ..
anak beliau?? kim salam yer abang besar.
wooohaaaa!
frodo: ko pun nak gak...tlambat seminit...
ReplyDeletesesi interview agak ketat...sila pakai bow tie...
WAKAKAAKAKAAKAA
cayalah mak su...bukan sng jadik ibu tunggal nih...
ReplyDeletep/s : umur mak su brp kh?
citah: ekekekeeke..tengkiu...
ReplyDeletemak su umur lewat 40an...tapi bila jalan ngan anak-anak2 yang awal 20an, orang kata adik beradik... jadik, cuba-cubalah bayangkan ye cik bulma.... eh, citah...
agagagagagaga :D
ooo..begitu kesahnye incek pierre andre celup..
ReplyDeletephm lah saye..
no wonder lah the jiran olwes dengki
**versi kantoi - zee avi
Salam
ReplyDeletemaksu umo bape bro?
org baik2 senang jodohnya..
=)
p/s - nasib baik frodo tk sempt jd paksu..hahaha
umo paksu pulak brape?
ReplyDeletehehehhe....teringat sejarah Nabi dan isteri Baginda..
cik Bulma. wakakakakaka
ReplyDeletenasib baik tak bulam. ahaahah citah citah
salam bro...
ReplyDeletenanti singgah blog abg eq ye...
mesti singgah! hehe
citah: ya, bulma....weee :D
ReplyDelete*aku suka yg versi Afdlin Shauki pny...muahahahaha
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteYusuf M:
ReplyDeleteMaksu 40an bro...tp nampak muda rumaja... hwahwahwahwa :D
*Frodo = paksu?? susah la plak aku nak manggilnya kang...hoho
Kejora:
ReplyDeletebakal paksu awal 20an... hehe
kami anak sedara tak mintak banyak, dpt jaga maksu & anak2 pun cukupla...
farwalis: bulam tu menda bro?
ReplyDeleteulam atau ghulam khan pnah le den dengo...hoho
brader EQ:
ReplyDeletehehe...worry not bro....mmg pengunjung tetap...kekadang komen...kekadang silent reader je... sbb traffic 'jem' sgt... :)
heh, mulia betul tindakan tolong basuh sejadah tu. tak ramai yang berfikiran macam ni
ReplyDeletemira: mak su yg saya kenal begitulah orgnya....
ReplyDeletecuma bengang ngan mulut yg mengata, menilai dari rupa, padahal diri sendirik macam anjing tersepit...menyalak bukit...bukit tak terjejas, sendirik yang sakit...
[perumpamaan semata]
semalam u call i, i x answer
ReplyDeletetak paham ke i mmg i dah x suke
dari dulu i dah cuba nk break dgn u
tapi u ugut nak tunjuk video itu
sudahlah lh saiko, jgn ganggu
u pakai bomoh u ingat i tak tahu
u mmg selalu buat i berbulu
no wonder lah mak i pun x suka u..
hahahaha...
betul weh...mmg versi nih lagi best
fuyooooo....hafal tuh...
ReplyDeletemmg terbaeeek ar citahruddin...
agagagagaggagaga :D