Wednesday, May 5, 2010

Awan Untuk Kawan....AL-FATIHAH

Kawan...semoga engkau tenang di sana...

Baru-baru ni, tiba-tiba aku teringatkan seorang rakan blogger-follower yang dulu selalu ziarah blog aku yang tak semenggah ni. Tapi cam dah senyap sikit. Silap aku gak sebab dah lama tak ziarah blog dia. 


Dia cukup suka bersembang pasal fotografi.


"Kau guna SLR brand apa?", tanya dia satu hari menerusi ruang komentar.


"Ooo, aku pun bukan pro sebenarnya bro...suka-suka aje, kamera pun NIKON basic punya...HEHE," jawab aku.


Dia antara orang pertama yang puji foto-foto yang aku snap sendiri dan letak dalam blog ni. Dulu aku selalu kebas kat internet, tapi aku rase tu bukan tindakan baik. Unless mintak kebenaran owner...betoi tak? Sejak dari tu aku letak foto yang aku snap sendiri je.


"Beli la bro, skang SLR dah murah le...insyaAllah mampu," aku mencadangkan kat dia.


Aku tak ingat dia jawab apa. Tapi tak lama pastu, dia ada komen lagi.


"Bro, jom ada masa kita wat gathering...nak gak aku jumpa ko," dia menyatakan hajat.


Aku jawab, "InsyaAllah....kalau diizinkan, ok aje."


Semalam bila teringatkan dia, aku cadang nak terjah blog dia. Lama gak aku tak ziarah. Tapi sebelum tu, aku check updates blog kat reading list....tup-tup aku nampak title-title "TAKZIAH" & "AL-FATIHAH"....


Mula-mula aku tak perasan sape....tapi bila di bagitau arwah adalah sedara [UNREST MIND]...aku terdiam sekejap. Arwah meninggal disebabkan kemalangan jalanraya. Dikhabarkan beritanya masuk gak akhbar METRO.


Rasa macam tak percaya. SEDIH. MENYESAL pun ada.


Hajat nak berjumpa, sembang-sembang empat mata tak kesampaian. 


Apa yang aku boleh kata, arwah seorang yang sangat baik, bila kita sembang-sembang ngan dia, rasa 'sejuk' je, sebab gaya bahasa  yang dia gunakan buat kita terasa cam dah lama kenal. 
.
.
.
AL-FATIHAH buat arwah Hisham Sheikh Othman, semoga arwah dicucuri rahmat, amalannya diterima dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin ya Rabbal Alamin.


Dari Allah dia datang, kepada Allah dia pulang.

13 comments:

  1. citah: dah kurang 1 kawan.... T_T

    ReplyDelete
  2. :(

    Alfatihah.
    rasa kehilangan
    beliau mmg baik
    klaka n ske bg komen membina.

    semoga roh arwah bro hisham dicucuri rahmat.

    Amin.


    *sedih*

    ReplyDelete
  3. Frodo: betol tu bro....terkilan tak sempat kenal betul face to face ngan dia...ada potensi jadik kawan baik tu.... rugi rugi...

    ReplyDelete
  4. al-fatihah utk arwah...
    dah kurang seorang kwn yg baik
    kata2 dia byk nasihat...
    huhuhu..


    T_T

    ReplyDelete
  5. hanie: arwah kawan yg baik...kan? lagi terharu baca entry bekas rakan serumah arwah.... http://kawie2020.blogspot.com/2010/05/alfatihah-buat-bro-sham-ex-housemate.html

    ReplyDelete
  6. salam..

    alfatihah utk bro sham..btol ckp bro..arwah sgt mesra n caring jgk..tak sangka die pergi dulu..sangat terasa kehilangan sahabat blogger..smoga pemergiannya membuatkan kita semua lebih menghargai antara satu sama lain..

    frodo : *sedih jgk*

    ReplyDelete
  7. bertuah arwah, punya kawan2 setia...walau ada yg tak pernah bertentang mata, hati masih bertasbih doa...menitip takziah...

    harap2 kalau saya juga pergi esok, semoga ramai juga yang mengingat...mengiring doa... T_T

    ReplyDelete
  8. alhariesz : harapan sy juga..ameen...

    ReplyDelete
  9. alfatihah..

    tahun ni ramai betul kawan-kawan yg 'pergi'..

    ReplyDelete
  10. semoga terbaik dia di sana Insyallah

    ReplyDelete
  11. kejora: betol...

    *teringat lagu UKAYS, "Kita Akan Dijemput".

    ReplyDelete
  12. Firol: amin, insyaAllah.

    *sudah kurang 1 kawan...

    ReplyDelete