Monday, October 18, 2010

Apa Guna Mercu Tanda Tinggi



R dan L berlari-lari anak menuju ke kereta. Hari sudah gelap. Maghrib sudah tiba di pertengahan. Suasana begitu pekat hitamnya, likat. Tiba-tiba...


P: "Hoi, mari sini!"


Kedengaran satu suara memanggil kasar. Seorang lelaki usia awal 20-an dan temannya memanggil dari dalam kereta. Langkah terhenti...


P: "Mintak IC!"


Pintanya kasar.


R & L: [TERPANA! Mengeluarkan IC dan menyerahkan].


P: "Apasal lari?" [sambil mengambil IC dan mencatat butiran 'penjenayah']


L: "Lari? Bila masa pulak kami lari?"


P: "Tadi. Nampak kami terus lari..."


R: "Bila masa pulak encik? Encik lalu sini pun kami tak perasan. Dah lah gelap! Kami bergegas sebab nak kejar Maghrib. [Tak pernah pulak dengar undang-undang yang tak kasi orang berlari!] Nak solat! [Encik uzur ke??]. Ada apa ni?"


P: "Takde, prosedur biasa. Buat apa kat sini?"


R: "Ziarah kawan. Ni kan Taman Perumahan."


P: [Menyerahkan kembali IC]


L: "Ada muka penjenayah ke kita?" 


P: [Tanpa MAAF atau TERIMA KASIH & terus berlalu]


R&L: "BIADAP!" [Serentak]




Kejadian ni berlaku dah dua (2) hari tapi aku masih terkesima dan terkejut sampailah ke hari ini.  


Kalau 'barisan hadapan' sendiri tak tunjukkan contoh yang bagus, apa jadik dengan barisan belakang. Kalau aku jadi pelancong pun aku bagi rating 'ibu jari' ke bawah. Bila badan antarabangsa melabelkan kita biadap, waktu tu baru lah sibuk kerajaan & media buat slot semata-mata nak menolak dakwaan yang dikatakan tak berasas kononnya.


SEWAJARNYA! 
Bajet membangunkan bangunan 100 tingkat untuk menaikkan imej Malaysia di mata dunia tu lebih wajar disalurkan kepada usaha untuk membangunkan sahsiah rakyat yang jelas semakin merudum akhlak, moral dan agamanya.


Wallahua'lam

16 comments:

  1. patutnya diorg yg kena tunjuk tata susila yg baik dulu, baru org lain respek dah ikut..

    ReplyDelete
  2. polis bai, polis.. hati dah kering.

    memang kuajo.

    aku banyak kali kena.

    kau bayang dengan kawan aku punya bapak pun aku kena siasat. macam haram buat mata terjegil.

    ingat aku goyang? ngahahaha

    ReplyDelete
  3. jue aziz [hoho]:
    bukan nak kagum ngan pihak berkuasa negara luar, tak perlu jauh, jiran kat selatan tu pun dia punya 'enforcer' interrogate secara berhemah. kira budi bahasa tu ada la gak. walaupun sekadar berbasikal...

    ni siap 'hoi-hoi' lagi...

    tak sekolah ke hape...

    at least mintak le mahap ke ape...

    cuba kalo mak-bapak dia kita buat camtu, marah ke dok...

    ReplyDelete
  4. caki: perrrghhhh...tang jegil-jegil mata tu pun aku kena gak...

    "hoi, sini kejap!" sambil jegil-jegil bijik mata.

    malu siot, org ramai yg lalu lalang tengok...

    ReplyDelete
  5. oh, bagusnya sapa orang dengan HOI macam tu

    ReplyDelete
  6. apsal ko tak sekolahkan balik diaorg tu tok..??
    geram pulak aku baca..

    ReplyDelete
  7. mira: mungkin mak bapak depa didik depa camtu...

    kepimpinan melalui teladan...hoho [gelak2 ada makna]

    ReplyDelete
  8. cho: tok mase tu tokojut tahap gaban pun ado, nak bergegas solat maghrib pun ado...

    kang silap2 sound kang, paham2 aje le...mcm2 buleh jadik...

    sape yg malu? "tok ngan kuarga tok gak..."

    ReplyDelete
  9. pemakaian tok terlalu ke arah pendatang ke?

    ReplyDelete
  10. kang caki: waduuuh, nggak sih... T_T

    tok siap pakai kasut Nike tuh...bukan Niki...mahupun Abibas...

    ke ko nak cakap muka tok?? [karate tengkuk!]

    agagaggagaggaga :D

    ReplyDelete
  11. hahahaha! caki..aku syak muka tok ni..sekali pandang mcm rhoma irama...dua kali pandang mcm hetty koes endang...aku rasa laaaa..

    hahahahah!!


    yg eklas:
    kakcho
    :P

    ReplyDelete
  12. oit...pierre andre la... pierre andre...!

    sukati deme pitnah tok!!

    ReplyDelete
  13. segelintir orang2 barisan hadpan ni kdg2 pakai kuase sambil lewe...kdg2 ok..tulah payah nk judge kan...

    ReplyDelete
  14. hb: tak dinafikan, sbg manusia mesti ada kurang sini sane...

    tapi apa guna kempen berhabis duit menyuruh org Berbudi Bahasa...

    takyah la hormat sampai tunduk-tunduk kepala...setakat cakap sopan... panggil "encik" pun dah cukup bagus... ni "hoi-hoi"...

    tak guna ada 'kuasa', kalau tak tahu camne nak manfaatkan otak & akal...

    ReplyDelete
  15. mak saya kata, mcm mana kita behave kat luar depends on apa yang kita dididik di rumah

    wonder kat rumah mak dia panggil dia "hoi!!!"

    hahahahaha..pendidikan awal kat rumah tu spunds easy in theory but it's hard in practical if kita tak betul2 laksakannya :)

    bagaimana acuan kek bahulu, begitulah bahulunya..takkan penah jadi donut :)

    ReplyDelete
  16. tekan butang 'LIKE' :)

    kekadang depa ni just 'plain ignorant'.

    sy pny stail senang aje. kalu kita sendiri tak suka org buat kita camtu, bmakna kita pun tak sepatutnya buat camtu kat orang.

    as easy as ABC.

    ReplyDelete